“Alhamdulillah, perasaan happy sangat-sangat, perasaan yang tak pernah rasa sebelum ini, tercapai impian ingin menjadi bapa…”
12 March 2023 menjadi detik istimewa buat pelakon, Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung, baru-baru ini.
Safwan Nazri dan isteri di majlis perkahwinan mereka.
Fathin selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.6kg di Hospital Putrajaya dengan kehadiran Safwan yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.
” Allah permudahkan segala urusan, hanya 4 jam isteri bertarung di dewan bersalin.
” Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak. Pengalaman di dewan bersalin betul-betul membuatkan saya membuka mata tentang pergorbanan seorang isteri dan ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Pengalaman ini juga membuatkan saya lebih menghargai ibu. Hebat jasa dan pengorbanan ibu ini.” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.
Ads
Bercakap kepada REMAJA, Safwan menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.
Ditanya mengenai persediaan menjadi seorang bapa. Safwan mengakui sudah lama bersedia untuk mengalas tanggungjawap sebagai seorang bapa sejak bayi yang pertama. Namun, tidak ada rezeki apabila isterinya keguguran sewaktu kehamilan masuk ke empat bulan.
” Alhamdulillah Allah ganti dengan rezeki yang lain. Tapi sebenarnya kami masih trauma dengan kehilangan bayi yang pertama tapi bila lahir baby ni kami masih terkejut. Sebab itu kami ambil langkah untuk tidak menghebahkan kepada umum dan media, takut kejadian yang lama berulang lagi.”
Cinta Sofea, Cinta Yang Menawan
Ads
Dikesempatan ini, Safwan sempat berkongsi secara ekslusif bersama pembaca Majalah Remaja bahawa mereka menamakan bayi sulungnya dengan nama Cinta Sofea yang bermakna cinta yang menawan. Safwan mendirikan rumah tangga bersama Fathin Nur Amalina pada Mac 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedai serbaneka kegemaran masyarakat Malaysia, FamilyMart sekali lagi telah melebarkan sayap perniagaan mereka dengan mewujudkan vending machine serbaguna kepada pelanggan.
Menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat di laman Facebook rasmi FamilyMart Malaysia, kiosk pintar itu telah pun diperkenalkan di Shell Karak Highway 2.
Antara pilihan makanan yang boleh didapati di vending machine ini ialah onigiri, sandwic, pemanis mulut dan banyak lagi produk FamilyMart lain yang korang selalu beli sebelum ini. Jangan risau, setiap produk makanan yang dijual adalah segar, baru dihasilkan dan diedarkan pada setiap hari.
Bukan setakat itu, kiosk pintar ini juga menggunakan sistem automatik di mana pegguna boleh membeli tanpa sentuhan, tanpa pembayaran tunai dan hanya menerima kredit, kad debit atau pembayaran e-dompet. Ia direka untuk gaya hidup yang lebih selesa, memudahkan pengguna dan selamat; seiring dengan norma baharu yang kita lalui sekarang.
Sebelum ini, FamilyMart pernah membuka cawangan pertama drive-thru di Klang. Dengan pengenalan kiosk pintar ini, ia dilihat sebagai satu lagi usaha mereka untuk memberi kemudahan maksima kepada pelanggan. Diharap lebih banyak kiosk pintar yang akan disediakan di kawasan lain.
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.
Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (Kg) demi menjayakan watak sebagai seorang pesakit Sindrom Guillain-Barré dalam filem Babah.
Perkara ini bukanlah satu perkara yang mudah malah dia terpaksa menurunkan berat badan hampir 10 kilogram demi menampakkan sosok tubuh yang kurus dan cengkung.
Untuk watak sakit tu saya memang dah rancang nak kuruskan badan, nak diet tapi saya tak terfikir pula producer cadangkan saya untuk dapatkan rundingan dengan pakar diet. Mereka suruh saya buat liquid diet.
Kebetulan pula masa tu baru kahwin jadi berat saya naik 53 kilogram, saya terpaksa turunkan sebanyak 10 kilogram dalam masa sebulan. Dalam tempoh seminggu tu, memang saya minum susu sahaja dan kalau lapar sangat saya hanya akan makan buah epal sahaja dan sebiji telur.
Saya berjaya turunkan 5 kilogram tapi penerbit minta saya kuruskan lagi supaya nampak cengkung. Selepas jadual penggambaran disusun kembali, saya berjaya turunkan 10 kilogram.
Dalam pada itu, Sweet berkata salah satu faktor dia menerima tawaran untuk melakonkan watak Maya dalam filem Babah adalah untuk mencabar dirinya menjadi seorang pelakon yang versatil dan mampu membawa pelbagai jenis watak.
Filem Babah
Secara jujurnya, saya terima tawaran ini sebab dua perkara iaitu watak yang mencabar termasuk watak sakit sebab saya kena kuruskan badan.
Bagi saya itu adalah satu lagi penambahan dalam karier saya sebagai pelakon. Kedua adalah disebabkan penggunaan bahasa isyarat. Tak semua filem atau drama ketengahkan perkara itu.
Dalam perkembangan lain, filem Babah sudah tiga minggu ditayangkan di pawagam dan hasil kutipan terkini sudah mencecah RM6 juta. Filem arahan Mohd Shah Faizul ini bakal memasuki pasaran Singapura dan pawagam di Sabah serta Sarawak.
Untuk info, filem Babah telah ditayangkan bermula 5 Disember lalu dengan membariskan Qi Razali, Qistina Suzzane, Sweet Qismina, Adam Lee dan Kis Aisha.
Sidang media bersama Hero Remaja 2021 baru sahaja berlangsung sebentar tadi dengan menyaksikan kehadiran rakan-rakan media yang memberi sokongan buat para finalis Mierul Aiman, Aqil Taqee, Afiq Hamidon dan Syazani Zainal.
Buat pertama kalinya barisan finalis bertentang mata dengan para media kerana ekoran daripada wabak pandemik COVID-19, peserta Hero Remaja 2021 tidak diperkenalkan kepada umum menerusi sidang media sebelum program bermula.
Perjalanan mereka dalam pencarian tahun ini juga jelas sekali tidak mudah kerana perlu patuh dengan SOP yang ketat untuk meneruskan penggambaran.
Namun, semua itu tidak menjadi alasan buat kesemua finalis menempuh cabaran yang diberikan sepanjang 16 episod yang ditayangkan, termasuk lapan episod prelude.
Kelainan yang ditampilkan tahun ini juga menyaksikan hanya empat orang finalis berentap di pentas finale, sekali gus menobatkan Mierul Aiman sebagai Juara, Naib Juara disandang oleh Aqil Taqee, tempat ketiga milik Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon berada di kedudukan keempat.
Manakala, hasil undian peminat untuk Hero Favourite kali ini berpihak kepada Syazani Zainal dan Hero Inspirasi milik Aqil Taqee.
Dari kiri: Fazziq Muqris dan Syazani ZainalHero Inspirasi Aqil Taqee
Menjawab pertanyaan daripada pihak media, antara soalan yang diajukan kepada Sang Juara adalah bagaimana Mierul mampu untuk meletakkan dirinya dalam persaingan bersama juara-juara Hero Remaja yang lepas seperti Nadhir Nasar, Alif Muhaimin, Fattah Amin dan ramai lagi. Pasti ada yang membandingkan mereka, namun remaja ini dengan tenang memberikan pandangannya tersendiri.
“Mierul Aiman is Mierul Aiman. Fattah Amin is Fattah Amin. Nadhir Nasar is Nadhir Nasar. Macam mana kita susun strategi dan percaturan di dalam industri nanti, itulah yang memainkan peranan. Kita tak tahu rezeki dalam industri ini bagaimana, tetapi Mierul percaya rezeki Tuhan itu ada dan Mierul percaya pada bakat Mierul. Mungkin Mierul berbakat kecil, tetapi Mierul ada jiwa yang besar untuk terus berada dalam industri hiburan tanah air,” jelas Juara Hero Remaja 2021.
Apa-apa pun kami di pihak Remaja mengucapkan ribuan terima kasih buat para media yang hadir tanda memberi sokongan buat Hero Remaja 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...