Pelakon, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah dan isteri, Alia Natasha selamat bergelar ibu bapa dengan kelahiran bayi lelaki, Isnin lalu di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.
Perkhabaran gembira yang dikongsikan oleh Atiq, 26 menerusi akaun Instagram itu turut mendedahkan nama yang diberikan buat cahaya mata sulung mereka berkenaan.
“Raja Muhammad Aaryan. Selamat datang ke keluarga kami, bayiku yang amat istimewa. Alhamdulillah atas rezeki yang sangat indah dari Allah SWT,” catatnya.
Dengan penuh harapan, Atiq yang menempah populariti menerusi drama bersiri Nur mendoakan agar Aaryan membesar menjadi seorang anak yang soleh, kuat, bijaksana dan dilindungi Allah dalam setiap langkah kehidupan.
“Semoga Allah memberkatimu dengan rezeki kesihatan berpanjangan, iman yang teguh, rezeki yang luas dan hati yang sentiasa penuh dengan kasih sayang.”
Pada masa yang sama, Atiq turut memanjangkan ucapan panjang lebar buat isterinya sambil menyifatkan Alia sebagai wanita paling kuat yang pernah dikenalinya.
Ads
“Dan buat isteriku tercinta, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran dan kekuatan yang tidak terungkap dengan kata-kata.
“Awak adalah wanita paling kuat yang saya kenali, dan hari ini menjadi saksi betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.
“Terima kasih kerana menghadiahkan keluarga ini sebuah anugerah yang paling berharga,” ungkapnya lagi.
Ads
Rakan Selebriti Ucap Tahniah
Tinjauan di ruangan komentar mendapati barisan selebriti menjadi antara pengguna media sosial terawal untuk memberikan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.
“MashaAllah, congratulations to the new parents.” – Penyanyi, Yasmin Aziz
“Congrats brother.” – Penyanyi, Zynakal
“Tahniah brother!! Alhamdulillah.” – Pelakon, Esma Daniel
Ads
“Alhamdulillah, tahniah Atiq dan isteri.” – Penyanyi, Tajul
Sebagai info, Atiq dan Alia telah mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2025 dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada bulan Jun, tahun yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Julai lalu, kita baru sahaja mendapat khabar bahawa kesemua suspek yang membuli sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan akan mendapat hukuman gantung dan ini juga sekaligus menunjukkan keadilan telah pun berpihak kepada arwah dan juga keluarganya.
Bukan setakat itu, malah kes arwah Amirul Nashriq juga berkemungkinan akan dibuka semula bagi menuntut keadilan kerana kematiannya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, selain ada juga mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Terbaru, filem thriller suspense berjudul A Place Called Silence yang diarahkan oleh pengarah berbakat, Sam Quah telah mencipta fenomena luar biasa di China apabila mencatat kutipan sebanyak 1.3 billion RMB (kira-kira RM 815 juta) dan kini ia sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Ogos.
Filem hebat ini bakal mencipta impak besar kepada penonton dan masyarakat kerana ia akan membuatkan penonton berfikir tentang isu-isu yang sering dianggap tabu seperti buli sekolah, keganasan rumah tangga, dan juga pembunuhan bersiri.
Dalam pada itu, Sam Quah juga berjaya mengupas sisi gelap tingkah laku manusia dengan cara yang begitu mendalam, memaksa penonton untuk berdepan dengan kebenaran yang pahit dan sering diabaikan.
Tambahan, filem ini turut menekankan mesej kepada orang ramai apakah yang akan berlaku sekiranya tindakan berdiam diri dilakukan sehingga memudaratkan mangsa dan A Place Called Silence mengisahkan tentang siri pembunuhan berantai yang menakutkan bermula sejak kematian tragis seorang pelajar akibat perbuatan buli berterusan.
Plot filem ini memfokuskan kepada Lin Zai Fu (dibintangi oleh Wang Chuan Jun), seorang penjaga sekolah dan bapa kepada Hui Jun (dibintangi oleh Josie Xu), seorang pelajar yang kehilangan nyawanya akibat buli sekolah.
Disebabkan rasa dendam oleh kematian anaknya, Zai Fu bertindak membalas dendam bukan sahaja kepada pembuli tetapi juga terhadap orang mendiamkan diri dengan membiarkan kekejaman itu berlaku.
Dalam waktu yang sama, Li Han (dibintangi oleh Ning Chang) merupakan ibu Xiao Tong yang hidup dalam keadaan tertekan tetapi memilih untuk terus berdiam diri walaupun menyaksikan penderitaan anak perempuannya dibuli sekolah sehingga pada satu hari kes kehilangan pelajar seorang demi seorang turut melibatkan anaknya berlaku.
Sementara itu, pegawai polis Dai Guo Dong (Francis Ng) yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini akan menunjukkan bagaimana satu demi satu siri cerita dikembangankan melalui filem ini, pastinya akan membuatkan jiwa penonton lebih ‘meronta’!
Selepas menempa kejayaan besar di China, filem A Place Called Silence mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula pada 8 Ogos. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang penuh emosi ini dan katakan tidak kepada keganasan dan buli!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya ramai yang sudah mengetahui bahawa model terkenal antarabangsa Bella dan Gigi Hadid merupakan seorang Islam dan bapanya berasal dari Palestin. Maka tidak hairanlah kita sering melihat dua beradik ini mempertahankan rakyat Palestin daripada serangan Israel.
Menerusi temu bualnya bersama Harper’s Bazaar, Bella menjelaskan bahawa agama dan budaya adalah perkara penting yang sering diajarkan oleh bapanya, Mohamed Hadid yang merupakan seorang hartawan hartanah berketurunan Palestin.
“Bapa saya sangat bersemangat (mengajar hal agama dan budaya) dan itu menjadikan saya teruja untuk tahu lebih banyak perkara tentang asal usul saya,” jelas Bella.
Bella juga turut berkongsi cerita bagaimana keluarganya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan, termasuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Namun, dia mengakui apabila usia semakin meningkat, ditambah pula dengan kesibukannya dalam dunia hiburan dan menjadi seorang model, dia semakin lalai menjalani ibadah itu.
“Kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Saya menjalankan ibadah puasa sejak kecil. Tetapi apabila semakin dewasa, mula bekerja dan melanjutkan pelajaran, saya semakin sukar untuk berpuasa untuk tempoh yang panjang,” tambahnya.
Bella tidak malu untuk membuat pengakuan ini dan ayahnya turut memuat naik foto mereka menyambut Ramadan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum ini, kami pernah saja mendengar nama pelakon Hong Kong hebat, Tony Leung diperkatakan dek pengalaman beliau yang begitu luas dalam bidang perfileman.
Siapa sangka, filem terbaru Marvel Cinematic Universe berjudul Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (Shang-Chi) yang kini ditayangkan di seluruh dunia (kecuali untuk kita di Malaysia yang terpaksa menonton pada skrin komputer saja, sedih!) akhirnya menjadi filem yang mengangkat Tony Leung ke Hollywood.
Banyak sebenarnya perkara positif yang boleh diperkatakan mengenai kehebatan filem Shang-Chi. Namun tumpuan kami lebih terarah kepada Tony. Ramai penonton remaja (dan kami) yang tidak menyangka beliau telahpun berusia 59 tahun! What a hot daddy – err – maksud kami dalam filem inilah!
Tony membawakan watak ayah kepada Shang-Chi iaitu Wenwu yang mempunyai kuasa luar biasa. Bukan saja dia mampu menjayakan aksi berlawan mendebarkan pada usia 59 tahun.
Malah, Tony juga berjaya bermain dengan emosi penonton tanpa memerlukan aksi seni mempertahankan diri ataupun ‘special effect’. Itulah yang membezakan pengalaman Tony Leung dengan pelakon muda lain.
Jom lihat beberapa babak dari filem Shang-Chi yang membuatkan kami penonton terpegun dengan Tony Leung.
Okay, lihat sajalah pada wajah. That is one money-maker face.
Berkerut pun handsome!
Tony Leung put on one of the best villain performances we’ve seen in the MCU. What a legend. pic.twitter.com/jqEsub1X9z
Selalunya watak antagonis dalam sesebuah filem akan dibenci penonton. Namun kali ini, kami semakin teruja apabila Wenwu ditampilkan walaupun dia tidak bertanggungjawab terhadap anak-anaknya dan ingin menganggu keamanan penduduk dunia.
Jadi raja pun hot
Jadi orang biasa pun hot!
Untuk berabad lamanya, Tony telah membina namanya menjadi pelakon berkaliber di Asia. Dia bermula sebagai pelakon televisyen dan juga berbakat dalam bidang muzik. Namun menerusi filemlah, nama Tony Leung berkembang seiring dengan era kegemilangan dunia perfileman Hong Kong sekitar 80-an dan 90-an.
Tengoklah semasa Tony menjadi seorang model pada akhir 90-an, hot!
Bagi generasi yang membesar dengan filem-filem lakonan Tony, tentunya mereka teruja apabila pelakon kegemaran mereka ini akhirnya diiktiraf dalam dunia seni hiburan Hollywood.
Bagi kebanyakan daripada korang pula yang baru mengenali siapakah gerangan insan bernama Tony Leung ini, Shang-Chi ialah filem terbaik untuk memperkenalkan korang kepadanya. Penulis pasti, ramai yang akan ‘mengorek’ semula arkib filem-filem lakonan Tony selepas ini dan melakukan ‘maraton’ filemnya satu persatu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!