Selepas kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain, terdapat lagi satu kes melibatkan kematian bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Nashriq Othman yang meninggal dunia setahun selepas pemergian Zulfarhan, iaitu pada tahun 2018 bakal dibuka semula.
Ia susulan Peguam Jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar difahamkan akan berkunjung ke kediaman Allahyarham Amirul dan bakal membuat persediaan untuk membuka semula kes berkenaan.
Sebelum ini, menurut laporan, hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018.
Namun, kematiannya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, selain ada juga mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Ads
Dalam pada itu, media juga pernah melaporkan bapa Allahyarham, Othman Yusoff ada membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya selepas melihat kecederaan dialami Amirul Nashriq termasuk kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa dua (2) hari sebelum kejadian.
“Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris, dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang”
Ads
“Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas, sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat hantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior”
Susulan kes Zulfarhan yang baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial selepas enam pelaku dijatuhkan hukuman gantung, warganet berharap agar kematian Amirul Nashriq turut mendapat pembelaan sewajarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, difahamkan seorang peguam jenayah iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dilaporkan akan membawa kes Amirul Nashriq ke pihak pengadilan.
Sekadar info, Datuk Ahmad Zaharil sebelum ini pernah mengendalikan pelbagai kes termasuk membantu menyelamatkan seorang wanita yang ditahan atas kesalahan mencuri bekas kotak pensel untuk dihadiahkan kepada anak lelaki berusia 10 tahun, daripada menerima hukuman yang berat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Haiwan peliharaan sememangnya menjadi kesayangan. Tidak kiralah haiwan apa sekalipun,mereka layak dilayan seperti sebahagian dari keluarga. Menerusi satu hantaran di akaun TikTok Amy Pets, pengguna tersebut telah berkongsi kisah mengenai seorang tuan yang terlupa memberi anjingnya makan.
Menyedari kekhilafannya itu, dia kemudiannya memesan makanan menerusi aplikasi penghantaran makanan, GRAB, untuk menghantar makanan untuk dimakan oleh anjingnya. Apa yang menarik perhatian adalah pekerti yang ditonjolkan oleh penunggang GRAB tersebut. Dia boleh sahaja sekadar meletakkan makanan dan berlalu pergi. Namun sebaliknya terjadi.
Telatahnya yang menyantuni haiwan tersebut dengan sangat baik menyentuh hati warganet. Dalam rakaman CCTV, dapat dilihat abang GRAB tersebut tiba membawa sebungkus makanan untuk diberikan kepada anjing tersebut.
Menerusi perkongsian itu, “Alkisahnya, owner lupa nak bagi anjing dia makan. Pastu dia call Grab suruh letak makanan kat depan pagar tu. Tapia bang Grab tu punya effort siap kipas makanan sebab panas dan gaul rata… sediakan air lagi. Teman sampai anjing habis makan,selepas itu buang polisterin dalam tong sampah.”
.
.
.
.
Sikap penunggang GRAB tersebut menunjukkan yang sikap sayangkan binatang perlu disemai dalam diri semua rakyat Malaysia. Haiwan merupakan mahkluk tuhan dan menyantuni ciptaan Allah SWT itu dengan baik sangat dipuji.
Comel penulis tengok gelagat anjing tersebut yang sabar menantikan penunggang Grab menyediakan makanan. Apa yang pasti, anjing tersebut tidak kelaparan sementara menanti tuannya pulang.
Sebelum ini penyanyi negara jiran, Raffa Affar pernah mengundang amarah netizen Malaysia kerana dikatakan merosakkan lagu Tiara nyanyi kumpulan Kris.
Nyanyian penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu Cinta Sampai Mati itu dikatakan sumbang dan warganet turut mempersoalkan suara secara langsungnya yang berbeza dengan suara rakaman.
Walau bagaimanapun, sebuah lagi cover lagu Tiara telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Alwin Paul, namun kali ini dia memberi kelainan dengan menyanyikannya dalam bahasa Tamil.
Versi cover 1 minit 37 saat yang dimuat naik di TikTok itu mendapat pujian ramai kerana alunan muzik dan bait-bait lirik seakan kena dengan lagu legend itu. Malah, ia juga kedengaran merdu dan sedap didengar.
Untuk info, lagu Tiara merupakan ciptaan sepenuhnya Datuk M. Nasir dan single yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan Kris. Selepas 31 tahun, lagu ini masih menjadi siulan peminat dan popular hingga ke hari ini. Jadi, tidak hairanlah jika penyanyi seberang juga turut membuat cover lagu tersebut kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suasana di lokasi kejadian nahas kemalangan membabitkan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) setelah bertembung dengan sebuah kenderaan jenis MPV benar-benar menyayat hati.
Menurut saksi di lokasi; tangisan, raungan dan laungan meminta tolong jelas kedengaran di tengah malam sunyi ketika tragedi yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI itu berlaku, awal pagi tadi.
Selepas kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di Lebuhraya Gerik–Jeli berhampiran Tasik Banding, Perak; Razali, 45 yang tinggal di Jeli menjadi salah seorang individu terawal yang tiba di lokasi.
“Saya tiba di lokasi sekitar jam 1.50 pagi dan ketika itu, anggota bomba dan ambulans sudah sampai.
“Sangat menyedihkan melihat kejadian di depan mata,” kata Razali yang menyifatkan situasi pada waktu itu cukup tragis.
Menurutnya; terdapat mangsa dalam keadaan tersepit, ada yang menangis kesakitan malah ada juga yang tak putus harapan cuba membimbing rakan mereka mengucapkan dua kalimah syahadah walaupun mereka menyedari rakannya itu sudah tidak bernyawa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!