Pelakon muda, Atiq Azman mencuri perhatian warganet selepas membuat hantaran di platform Threads mengenai hasratnya untuk mencari kerja sambilan.
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, menjelaskan dia bersedia melakukan apa sahaja pekerjaan demi menambah pendapatan.
“Assalamualaikum, saya dengan rendah diri, ada kerja kosong tak bergaji yang okay, kalau ada boleh pm saya tak?
“Insya-Allah boleh komit, bahagian pemasaran ke, jadi pemandu peribadi,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, keputusan itu bukan kerana ingin meninggalkan dunia lakonan, sebaliknya sekadar ikhtiar mencari rezeki tambahan buat masa ini.
“Bukan saya tak nak belakon cuma sekarang, nak cari gaji lebih itu sahaja. Terima kasih,” coretnya.
Ads
Ads
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen tampil memberi cadangan kerja yang bersesuaian.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar perjalanan kerjaya dan rezeki Atiq dipermudahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“I nak tengok filem Melayu macam filem Hollywood.”
Impian untuk menerbitkan sebuah filem gempak dan diminati oleh ramai orang itu memanglah bukan satu kerja yag mudah.
Tak semua orang tahu betapa susah dan renyahnya proses menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Yang kebanyakan orang kita tahu adalah mengkritik sesebuah filem kerana kurangnya teknologi CGI, jalan cerita yang klise dan lakonan yang kurang memberangsangkan.
Tapi di sebalik filem berdurasi lebih sejam yang korang tonton itu, adakah korang faham apa yang dilalui oleh pihak produksi?
Penulis merasakan itu adalah satu kekuatan yang dipegang oleh filem terbaru Astro Shaw berjudul BIKIN FILEM ini.
Kata penerbitnya iaitu Mohamad Zubir Badarshair, BIKIN FILEM memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.
“Kami ingin membuka mata lebih ramai pihak agar tidak mengkritik secara keterlaluan terhadap filem tempatan yang dihasilkan. Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan meraka yang melaluinya saja yang dapat memahami,” jelas Zubir.
Secara ringkasnya, BIKIN FILEM menceritakan mengenai kisah yang selalu terjadi di sebalik pembikinan sebuah filem. Haa, gosip-gosip yang selalu korang baca dalam portal dan surat khabar tu. Agak-agak betul ke semua tu terjadi?
BIKIN FILEM bermula dengan adegan seorang bintang filem (Sherry Alhadad) bernama Khaty Bale yang terkenal dengan gosip-gosip liar. Khaty ingin menerbitkan sebuah filem berjudul ‘Dendam Berbalas’ dan diarahkan oleh Rahim G (Azhan Rani).
Sepanjang pembikinan Dendam Berbalas, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh pihak produksi dan pelakon untuk menjayakan filem tersebut. Bukan itu saja, setiap kru, barisan pelakon dan pengarah Dendam Berbalas juga mempunyai macam-macam kerenah dan ragam sendiri.
Well guys, Remaja belum berkesempatan untuk menonton filem karya Latiff Zami dan terbitan Zubir Badarshair ini.
Namun menerusi klip acah yang baru dimuat naik oleh Astro Shaw semalam, nampaknya filem ini mempunyai lebih banyak mesej tersirat walaupun ia bergenre komedi. Macam nak ‘menganjing’ industri lakonan tempatan pun ada juga. Hehe..
Pada hemat penulis, BIKIN FILEM mampu menjadi di antara filem terbaik tempatan yang pernah ditayangkan pada tahun ini. X-factor yang ada BIKIN FILEM bermula dengan barisan pelakonnya.
Gabungan ‘3 Sharifah’ iaitu Sherry Alhadad, Sharifah Sakinan (Yasmin Gamat) dan Scha Alyahya (Zarina Ishak) saja sudah membuatkan kita bayangkan gelak dekah yang akan menyusuli babak masing-masing.
BIKIN FILEM juga kelihatan ‘kuat’ di atas kertas dengan adanya kemunculan Azhan Rani, Mark Adam (Malik Rizzuan Chin), Ucopppp (Sufian Kassim), Erra Fazira (Datin Azizah), Jasmin Hamid (Kakak Zarina lakonan Scha), Syazwan Zulkifly, Azrel Ismail, Amerul Affendi dan ramai lagi!
Malah, dalam klip acah berdurasi 2 minit 7 saat ini, kemunculan sebentar Kamarool Hj Yusoff sebagai Bomoh Hujan sudah menjadikan Bikin ‘worth-watching’.
Penulis juga tertarik dengan beberapa dialog yang dimasukkan ke dalam klip acah (teaser)
Contohnya seperti monolog Erra Fazira yang menyebut, “Kalau awak benar-benar seorang pembikin filem, awak mesti nak penonton merasa puas dengan karya kolaborasi kan? You have to be strong.” Ia menunjukkan betapa pentingnya kualiti dan strategi yang perlu ada untuk menjadikan sesebuah naskah itu berjaya.
Monolog ‘royan’ yang menyebut, “Kenapa filem kita tak laku?! Tahu tak puncanya? Puncanya sebab kita!” juga merupakan satu persoalan yang selalu bermain di minda pengkarya dan peminat dunia filem tempatan.
Kadangkala skripnya bagus, para pelakonnya berpengalaman tetapi entah di mana silapnya, filem terbitan Malaysia masih tidak mendatangkan keuntungan atau tidak mampu menarik perhatian penonton untuk mengunjungi pawagam. BIKIN FILEM cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan itu.
BIKIN FILEM bakal ditayangkan menerusi Astro First (Saluran 480) bermula 5 November ini. Dengan hanya RM15, korang boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Korang juga boleh strim filem ini menerusi aplikasi Astro Go atau On Demand.
*
Selain BIKIN FILEM, ini adalah satu lagi filem terbaru yang diterbitkan oleh Astro.
Pengorbanan pengarah Raja Mukhriz selama lima tahun bersengkang mata menelaah pelajaran membuahkan hasil apabila menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik di Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.
Berkongsi kejayaan diraihnya, Raja Mukhriz atau nama sebenarnya, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 51, yang mengambil jurusan Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif berkata, anugerah itu diberi berikutan pencapaiannya sebagai pelajar paling cemerlang antara semua bidang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.96.
“Pada sidang pertama Majlis Konvokesyen ke-36 UUM, baru-baru ini, saya antara 65 penerima anugerah pelajar cemerlang dari pelbagai jurusan dan fakuliti.
“Ini berikutan kejayaan mendapat anugerah dekan sembilan semester berturut-turut, ‘4 Flat’ tujuh kali dan juga mengambil kira pencapaian lain dalam karier.
“Sejujurnya, saya memang tak sangka dipilih pelajar paling cemerlang antara semua bidang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.96.
“Bukan mudah untuk saya capai kejayaan ini. Boleh dikatakan saya memang bergelut kerana perlu bahagikan masa untuk belajar dan pada masa sama, sibuk dengan kerja pengarahan, selain menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa,” jelasnya menurut BH Online.
Tambah pengarah filem sejarah, Pagari Bulan itu, keinginan melanjutkan pengajian didorong atas dasar ingin menjadi ahli akademik, selain memenuhi permintaan arwah bapanya.
“Sebelum ini, arwah ayah pernah bercakap, belajar daripada awal kerana kalau sudah bekerja atau berumah tangga, susah. Namun, saya tak hiraukan kata-katanya, walhal daripada keluarga arwah, semuanya hebat-hebat belaka.
“Mereka memang diterap dengan kepentingan memiliki pendidikan. Kalau ikutkan, saya memang sudah terlewat. Bagaimanapun, saya perlu menukar hala tuju kerana dunia perfileman hari ini sangat kompleks.
“Selepas lebih dua dekad berada dalam industri, saya sudah membuat persediaan untuk masa depan untuk bergelar pensyarah. Kalau ada rezeki, saya juga nak buka sekolah filem.
“Sekarang saya juga menjadi pensyarah jemputan di UUM.
“Saya mula mempersiapkan diri ke arah itu (pensyarah) sejak 2015. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada isteri. Mungkin tumpuan saya hanya pada kerja penerbitan filem,” katanya yang sedang menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Buat makluman, seramai dua puluh tujuh tokoh terkemuka industri kreatif Malaysia, termasuk pembikin filem, penyanyi dan pelakon, berjaya menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Majlis Konvokesyen ke-36 universiti itu.
Antaranya ialah penyanyi Tomok, Haziq Rosebi (Haziq AF), Aril Pilus, Akma Abdullah, pelakon Pekin Ibrahim, dan Pencetus Ummah (PU) Helmi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas menerima Anugerah Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencipta sejarah apabila dianugerahkan Felo Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (FeMPPM).
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Siti Nurhaliza menerusi satu hantaran di media sosial, yang meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut.
Menurut penyanyi tersohor itu, anugerah berkenaan merupakan satu penghormatan besar dan menjadi suntikan semangat untuk terus menyumbang kepada masyarakat, industri serta negara.
Anggap Pengiktirafan Sebagai Amanah
Menerusi perkongsiannya, Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) atas penganugerahan yang diterimanya.
“Alhamdulillah, segalanya dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) atas penganugerahan Felo MPPM (FeMPPM) ini.
Pengiktirafan ini amat bermakna buat saya dan akan terus menjadi pembakar semangat untuk saya memberikan yang terbaik kepada masyarakat, industri dan negara.”
Perkongsian tersebut turut menerima ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang menyifatkan Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima pengiktirafan berprestij itu.
Terus Diiktiraf Atas Sumbangan Dalam Pelbagai Bidang
Sebelum ini, Siti Nurhaliza turut menerima Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University, sebagai penghargaan terhadap sumbangan besarnya dalam industri seni, pembangunan kreatif serta pengaruh positif yang dibawa sepanjang lebih dua dekad dalam dunia hiburan.
Penganugerahan Felo MPPM ini sekali lagi membuktikan bahawa pengaruh Siti Nurhaliza bukan sahaja diiktiraf dalam bidang seni, malah turut dihargai atas sumbangan dan komitmennya terhadap pembangunan masyarakat serta dunia keusahawanan di Malaysia.
Tahniah TokTi! Terus menjadi inspirasi buat ramai menerusi dedikasi, kerja keras dan jasa yang dicurahkan kepada industri serta negara.
Sumber: Instagram Siti Nurhaliza
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...