As’ad Motawh Jadi Pelakon Pula, ‘Mulut Masin’ Ubat Rindu Filem Genre Kanak-Kanak

Share

 

Korang ingat lagi tak filem bergenre kanak-kanak yang popular dahulu seperti Tentang Bulan (lakonan Erin Malek, Aedy Ashraf, Nik Adruce, Fatin Afeefa) ataupun Mukhsin (lakonan Syafie Naswip, Sharifah Aryana)?

Mukhsin dan Tentang Bulan (foto kecil) masing-masing telah menjadi sebuah filem ikonik kanak-kanak sehingga melahirkan ramai pelakon pelapis berbakat besar.

Dah lama kan kita tidak mendapat peluang untuk menonton filem baharu bergenre kanak-kanak di Malaysia. Rata-rata penggiat filem lebih gemar menonjol filem aksi, cinta ataupun seram.

Haa, nak khabarkan kepada korang bahawa sebuah filem baharu akan mengembalikan semula rasa rindu kita semua kepada genre yang didominasi oleh pelakon kanak-kanak dan remaja.

Mulut Masin merupakakan sebuah filem sentuhan pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rasyid dan ia menampilkan pelakon cilik dan pelakon baharu seperti Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman.

Selain barisan pelakon muda ini, Mulut Masin juga diperkuatkan dengan kehadiran Faradhiya, Maria Farida, Khatijah Tan, Lan Pet-Pet dan ramai lagi. Kita tahu Danish Hazriq, 11 pernah dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2018 menerusi Cucu Atuk.

Sementara itu, Jayy Nazif pula pernah terpilih sebagai Ikon Kesenian Pulau Pinang pada tahun 2018 oleh YB Nurul Izzah Anwar. Bakat lakonan mereka berdua memang tidak boleh disangkal lagi.

Justeru menerusi Mulut Masin, kami ingin melihat sama ada penyanyi popular, As’ad Motawh mempunyai potensi untuk bergerak jauh sebagai seorang pelakon atau tidak.

*

Secara ringkasnya, filem Mulut Masih mengisahkan tentang lima orang sepupu yang merasakan diri mereka telah disumpah dengan sumpahan mulut masih arwah nenek mereka. Ini terjadi setelah mereka menghilangkan surat wasiat nenek.

Untuk membatalkan sumpahan itu, mereka terpaksa mencari semula surat wasiat yang telah hilang sebelum ia memecah-belahkan keluarga mereka.

Sepanjang usaha mencari itu, pelbagai insiden berlaku kepada mereka berlima. Dan adakah mereka sedar bahawa gerak-geri mereka turut diperhatikan?

Secara keseluruhan menerusi klip acah Mulut Masin yang dimuat naik sejak 12 November lalu, garapan komedi, kekeluargaan dan sedikit unsur suspen dapat dinikmati oleh para penontonnya. Sesuailah dengan idea untuk mengangkat kisah kanak-kanak yang jarang ditonjolkan kebelakangan ini dalam industri perfileman Malaysia.

Penulis pasti, apabila korang duduk menonton di hadapan televisyen bersama satu keluarga, korang akan lebih menghargai peluang untuk pulang ke kampung dan menikmati family-time bersama kaum keluarga sendiri. Mesti korang akan teringatkan perangai saudara sendiri. Hehe

..

Iyalah, sepanjang tahun ini, ramai saja dalam kalangan kita yang masih tak berpeluang untuk ke kampung halaman disebabkan oleh musim pandemik.

So, jangan lepaskan peluang untuk menonton Mulut Masin bermula 19 November di Astro Go atau On Demand. Hanya dengan bayaran RM15, korang boleh menonton selama 2 hari berturut-turut.

*

Baru-baru ini, Astro First juga baru melancarkan filem berjudul Bikin Filem yang dibintangi oleh Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah, Azhan Rani, Scha Alyahya dan ramai lagi. Korang dah tonton?

 

IKLAN