Untuk kali kedua berturut-turut, permohonan ikat jamin bagi anak teruna Shah Rukh Khan, Aryan Khan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road dekat Mumbai, India telah ditolak oleh Makhamah Khas Mumbai.
Penahanan akibat kes kesalahan penggunaan dadah itu sekaligus menyaksikan kemungkinan remaja berusia 23 tahun itu bakal menghabiskan sambutan perayaan Deepavali yang bakal menjelang 4 November ini di dalam tahanan.
Ini berikutan ‘cuti panjang’ yang akan diambil oleh pihak makhamah pada awal November ini bagi memberi peluang kepada para pegawainya untuk meraikan sambutan perayaan paling penting di India itu.
Untuk pengetahuan, Aryan telah ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua orang wanita oleh pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) semasa mereka berada di sebuah kapal persiaran di Mumbai pada 3 Oktober lalu. Nama popular lain yang ada di tempat kejadian termasuklah pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
Pada malam kejadian, NCB telah merampas dadah jenis kokain (13 gram), charan – kanabis pekat (21 gram), 22 pil methamphetamine, mephedrone (5 gram) serta wang tunai lebih 1.3 juta lakh rupee.
Apa yang menjadikan siasatan kes ini berpanjangan bukan saja disebabkan penglibatan Aryan Khan sebagai anak sulung pelakon paling popular di India. Tetapi menurut Peguamcara Negara, Anil Singh; ia disiasat secara lebih teliti kerana melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan belia.
Ads
Lebih mendukacitakan apabila Aryan berjaya dibuktikan merupakan seorang pengguna bahan terlarang sejak beberapa tahun lalu selepas siasatan dilakukan setakat ini. Malah, media di India juga melaporkan bahawa Aryan mungkin sekali terlibat dengan sindiket kartel dadah antarabangsa berdasarkan rekod perbualan di antara Aryan dan anggota kartel menerusi aplikasi WhatsApp.
Tidak hairanlah permohonan ikat jaminnya ditolak demi membantu siasatan.
Aryan dan ayahnya, Shah Rukh bagaimanapun tidak akan berputus asa. Peguam yang mewakili Aryan serta dua lagi tahanan iaitu Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin ke Mahkamah Tinggi Mumbai selepas ini. Hujah yang akan digunakan dipercayai terarah kepada ketiadaan penemuan dadah pada Aryan sewaktu serbuan dilakukan di kapal persiaran tersebut.
Buat masa ini, keadaan di rumah agam Shah Rukh Khan dikhabarkan agak tegang apabila aktor itu meminta rakan selebritinya untuk tidak mengunjungi kediamannya buat seketika kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga saja.
Malah, isteri Shah Rukh, Gauri Khan juga dikatakan melarang tukang masak keluarganya untuk menghidang sebarang juadah manis sehinggalah Aryan dibenarkan pulang ke rumah.
Untuk pengetahuan korang, juadah manisan seperti kheer biasanya dikaitkan dengan upacara keraian dan simbol khabar gembira serta kesyukuran dalam budaya masyarakat di India.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.
Di Arab Saudi sehingga 150 ahli keluarga kerabat diraja sah dijangkiti coronavirus (Covid-19), berita ini telah dilaporkan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kedua-duanya telah dikuarantin bagi mencegah dijangkiti penularan ini dari ahli keluarga mereka.
Doktor elit dari King Faisal Specialist Hospital di Riyadh yang memberi rawatan kepada ahli kerabat diraja Arab Saudi ini, telah menyediakan lebih 500 katil untuk pesakit yang dijangkiti.
Pihak hospital Arab Saudi telah mengeluarkan tanda kecemasan tinggi menerusi alat elektronik pada hari Selasa lalu kepada doktor senior berikutan kes penularan Covid-19 di negara mereka. Meski mesej dan tanda kecemasan yang dikeluarkan tidak memberitahu berapa banyak kes mereka (pihak perubatan) terima, tetapi arahan telah dikeluarkan agar kesemua pesakit kronik di keluarkan secepat mungkin dari hospital dan hanya kes kecemasan yang penting akan diterima masuk untuk di rawat.
Kesemua kakitangan yang dijangkiti wabak maut ini di rawat di hospital yang kurang elit, supaya ruang di hospital elit boleh digunakan untuk merawat keluarga diraja.
Raja Salman yang berusia 84 tahun telah dikuarantin di istana berdekatan Jeddah, manakala putera mahkota Mohammed bin Salman telah dikuarantin di sekitar pantai Laut Merah.
Menurut Daily Mail, jumlah ahli kerabat diraja Arab Saudi sekitar 15,000 orang dan kebanyakkan mereka telah mengembara di sekitar eropah dan berkemungkinan telah dijangkiti virus berkenaan semasa melancong sebelum pulang ke Arab Saudi.
Putera Arab Saudi Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al Saud yang juga merupakan gabenor bagi bandar Riyadh telah dimasukkan kedalam unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti wabak berkenaan.
Kini di Arab Saudi, terdapat 2,932 kes telah dijangkiti Covid-19 dan 41 kematian dicatatkan. Difahamkan Arab Saudi bakal menerima lebih 200,000 kes dalam tempoh seminggu ini, menurut menteri kesihatan Arab Saudi. Kini Arab Saudi telah menutup kesemua bandar-bandar seperti Mekah dan Madinah akibat penularan Covid-19.
Sebab tu pentingnya seluruh rakyat Malaysia mendengar arahan kerajaan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Bila tiba musim perayaan di Malaysia tak kira la Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas , sudah tentu rata-rata pusat membeli-belah di seluruh negara sedang giat mempersembahkan dekorasi terbaik mereka.
Berbeza di musim pandemik ini dan kita terpaksa membiasakan norma baru, namun kita tetap merasai kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok hari 12 Februari 2021.
Semalam, tular di media sosial apabila seekor lembu emas kelihatan realistik perlahan-lahan hidup dan nampak seperti ia ‘keluar’ dari skrin besar berdefinisi tinggi.
‘Together Fight Against COVID-19’
Kalau tak baca caption memang ingat real dah lembu yang diwarnakan dengan warna emas ini sebelum ia bergerak melompat ke arah tanda bertulis ‘Together Fight Against COVID-19’ lalu keluar daripada skrin.
Untuk pengetahuan semua, Pavilion Kuala Lumpur sekali lagi tak mengecewakan rakyat Malaysia apabila mengeluarkan persembahan 3D animasi lembu emas ini.
Bukan sahaja anda boleh melihat persembahan animasi lembu emas tetapi anda juga boleh melihat patung lembu emas dalam pusat beli-belah sehingga Mac 2021.
Untuk info, tahun 2021 merupakan Tahun Lembu Emas dalam zodiak Cina dianggap sebagai ‘Tahun Pemulihan’. Menurut Master Kenny Hoo, Pakar Feng Shui Good Feng Shui Geomantic Research, ketika memasuki Tahun Pemulihan, warna yang bertuah tahun ini, termasuk dalam kategori Brave Ground / Wright Stone Brown ( coklat tanah), sama ada untuk pakaian peribadi, aksesori, hiasan rumah atau pejabat mahupun pembungkusan jenama.
Kalau korang nak lihat secara real, bolehlah berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur dan pastikan korang sentiasa mengamalkan SOP untuk menangani wabak pandemik COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja tidak kenal dengan drama sinetron Indonesia yang pernah mendapat tempat dalam kalangan penonton pada suatu ketika dulu iaitu Bawang Putih Bawang Merah. Penulis pun salah seorang penonton setia sinetron ni ye…
Pelakon utama yang sering menjadi bualan hangat pada ketika itu ialah Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah, Revalina S Temat sebagai Bawang Putih dan Dimaz Andrean sebagai Ferdi iaitu heronya.
Tapi selepas sinetron ini, nama Revalina S Temat jarang didengari kan?
Pelakon yang berumur 34 tahun itu lebih memilih penampilan yang sopan dan muslimah tambahan pula dia sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
A post shared by Revalina Temat (@vatemat) on Jul 20, 2019 at 5:26am PDT
Rata-rata gaya yang ditampilkan pelakon jelita itu adalah dengan memakai tudung bawal dan pakaian yang kelihatan longgar serta kemas sesuai sangat para hijabi dan remaja untuk meniru penampilannya.
A post shared by Revalina Temat (@vatemat) on Jul 11, 2019 at 4:45am PDT
Rata-rata Memuji Penampilannya
Revalina yang sering memuat naik gambarnya di laman Instagram telah mendapat pujian daripada pengikut apabila dirinya sentiasa menutup aurat dengan sempurna.
Apapun Revalina memang cukup cantik dan menawan walaupun sudah menutup aurat dengan sempurna. Teringat pula penulis dengan bawang putih yang sering dibuli oleh bawang merah..hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!