Senario pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa dalam aspek mendidik. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin diri, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : Guru Matematik Mahu KPM Sedia Terima Teguran, Ibu Bapa & Guru Sokong!

Bapa Pelajar Dakwa Anak Didenda Kerana Pakai Kasut Sekolah, Tali ‘Suci’ Dipotong?
Fotp Hiasan Via Sinar Harian

Namun, tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang bapa berusia 38 tahun dikenali sebagai Mogan mendakwa anak perempuannya telah didenda untuk melutut ketika sesi perhimpunan kerana memakai kasut sekolah tanpa tali.

Menurut laporan Free Malaysia Today , peristiwa tersebut menyebabkan pelajar berusia 13 tahun itu mengalami trauma akibat hukuman yang dianggap tidak masuk akal itu. Malah, bapanya memberitahu anaknya menangis selepas pulang dari sekolah dan menghantar rakaman suara menceritakan pengalaman pahit itu kepada ibunya.

Tali suci dipotong dan ‘pottu’ ditanggalkan

Katanya lagi, anaknya juga mendakwa tali suci penganut Hindu berwarna merah yang dipakai telah dipotong pada pergelangan tangan manakala titik hitam (pottu) pada dahi pula diminta untuk ditanggalkan.

IKLAN

Mogan menceritakan perkara itu dalam satu sidang media di Butterworth, Pulau Pinang yang turut disertai oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng. Berikutan itu, Mogan telah menggesa Kementerian Pendidikan untuk menggantung guru berkenaan dan membuat laporan polis.

Bapa Pelajar Dakwa Anak Didenda Kerana Pakai Kasut Sekolah, Tali ‘Suci’ Dipotong?
Foto Via Asian Parenting Malaysia

Tak Nampak Kelibat Pelajar Didenda Ketika Perhimpunan

Rentetan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Radzi Ahmad memaklumkan keterangan awal dari saksi bahawa mereka mendakwa tidak melihat kelibat pelajar Tingkatan Satu itu didenda melutut dalam perhimpunan.

IKLAN

Menurut keterangan dari beberapa pelajar serta guru berbangsa Melayu dan India di sekolah itu, mereka masih melihat tali merah berkenaan pada pergelangan tangannya dan tanda di dahi sehingga tamat waktu persekolahan.

Hasil siasatan awal juga mendapati pelajar itu baru sahaja ditukarkan ke sekolah berkenaan sebulan lalu. Pihak polis juga mengesahkan menerima satu laporan polis yang dibuat oleh guru terbabit bagi menafikan segala dakwaan yang dilaporkan oleh bapa pelajar itu.

Hmm…moga hal ini diselesaikan dengan baik malah pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keharmonian masyarakat.

IKLAN

BACA : Pelajar 12 Tahun Maut Ketika Guna Telefon Bimbit, 10 Tip Elak Disambar Kilat Petir

Sumber : Free Malaysia Today

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI