Terbaru, ketabahan dan semangat luar biasa seorang wanita berusia 73 tahun mencuri tumpuan apabila Dr. Rafiah Kassim, ibu kepada tiga juruterbang dan nenek kepada empat cucu berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan pada Istiadat Konvokesyen ke-103 Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Khamis, semalam.
Difahamkan, hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja, Dr. Rafiah menyempurnakan tesis bertajuk ‘Pendekatan Guru Prasekolah Malaysia Bagi Memupuk Kemahiran Sosial Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Untuk Kesediaan Bersekolah’ dan kejayaan ini lahir daripada disiplin diri serta usaha mengekalkan kecerdasan minda agar sentiasa aktif, bukan sahaja dalam hal duniawi, tetapi turut merangkumi perkembangan rohani.
Perjalanan Awal Dalam Dunia Pendidikan
Menurut Dr. Rafiah, beliau mengakui minat untuk menyambung pengajian sebenarnya sudah lama berputik sejak muda, namun keinginan itu tertangguh bertahun-tahun kerana komitmen mengurus sebuah prasekolah di Bangsar selama lebih dua dekad.
“Kita tidak boleh membiarkan minda pasif. Belajar tidak mengenal usia. Saya memang berminat untuk menyambung pengajian ketika muda, namun banyak gangguan,” katanya.
Dalam pada itu, mengimbas kembali perjalanan membangunkan prasekolah yang pernah menempatkan murid dari pelbagai negara, beliau mendedahkan bahawa jumlah pelajar yang meningkat daripada enam kepada 70 orang bukanlah alasan untuk mengejar keuntungan semata-mata. Baginya, keikhlasan mendidik sentiasa menjadi prinsip utama.
Ads
“Bila mula, hanya enam murid, kita jangan terlalu fokus keuntungan. Semua orang sukakan wang, tetapi ikhlas itu lebih penting,” katanya.
Falsafah Pendidikan Yang Dipegang
Dalam aspek disiplin kanak-kanak, Dr. Rafiah menekankan bahawa memahami punca masalah murid lebih penting daripada terus menghukum. Tindakan ketika marah boleh membawa kepada keputusan yang tidak wajar. Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya mendidik anak menghormati semua orang tanpa mengira latar belakang.
Ads
Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun mengemudi beberapa tadika di Lembah Klang, juga percaya pendidikan awal adalah asas penting yang membentuk sahsiah dan kemahiran sosial kanak-kanak. Pengalaman luas itu turut menjadi pemangkin kepada kajian tesisnya yang berkait rapat dengan pembangunan sosial prasekolah di Malaysia.
Sokongan Keluarga & Kejayaan Yang Menjadi Inspirasi
Pada hari penuh bermakna itu, Dr. Rafiah Kassim turut ditemani oleh anaknya, Najib Rahim, serta adiknya Abu Bakar Kassim bersama isteri yang hadir memberikan sokongan moral. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah keluarga yang menyaksikan kejayaan besar ini.
Kisah beliau menjadi bukti bahawa usaha gigih, kesabaran dan keazaman mampu menewaskan batasan usia. Ramai menjadikannya inspirasi, khususnya golongan warga emas yang ingin kembali menimba ilmu. Kejayaan tersebut juga mengingatkan masyarakat bahawa pendidikan tidak pernah terikat dengan usia, selagi seseorang itu mempunyai kemahuan untuk belajar.
Dengan pencapaian luar biasa ini, Dr. Rafiah Kassim bukan sahaja memberi contoh kepada generasi muda, tetapi turut membuktikan bahawa semangat menimba ilmu adalah perjalanan yang boleh diteruskan sepanjang hayat—dan setiap langkah menuju ilmu sentiasa berharga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pemandu mabuk bagaikan sentiasa berulang-ulang. Ramai antara kita mungkin pernah mengalami kesengsaraan bukan saja akibat kehilangan orang tersayang tapi penderitaan akibat kecuaian pemandu yang memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol.
Minggu lepas kita baru mendengar khabar seorang gadis maut dilanggar pemandu mabuk sekaligus membangkitkan kemarahan orang ramai yang mahu pihak kerajaan bertindak tegas ke atas pemandu yang merbahayakan nyawa orang lain ini.
Namun perkongsian dari seorang pemuda di twitternya, Syamim Ruhaidi baru-baru ini pasti membuat kita rasa sebak. Ini kerana ibu bapanya meninggal dunia ketika usianya dua tahun akibat dilanggar pemandu mabuk sehingga membuatnya hanya mampu menumpang kasih nenek. Namun beberapa bulan menjelang hari konvonya, neneknya pula dijemput illahi.
Kata Syamim hanya orang yang pernah merasai apa itu kesakitan akibat kehilangan kasih sayang akan memahami betapa peritnya ujian hidup dan dia bersetuju bila mana kerajaan Taiwan mahu mengharamkan peminum arak dan perlu dilakukan sama di negara ini agar tiada orang lain menderita sama sepertinya.
Baca bebenangnya seperti dikongsi olehnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bakal dikuat kuasakan bermula esok, 12 Mei.
Secara tidak langsung, ia bermaksud sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada hari Khamis ini tidak akan disambut semeriah tahun lalu sementelah tiada individu yang dibenarkan merentas daerah mahupun negeri sepanjang tempoh PKP ini.
Di media sosial, seperti dijangka, respon balas warganet terhadap pengumuman tersebut lebih berbaur negetif. Mereka beranggapan pengumuman pada saat-saat terakhir sebelum Hari Raya ini adalah tidak wajar memandangkan pelbagai persiapan telah dilakukan oleh masyarakat yang terdahulu boleh merentas daerah untuk beraya.
Kini segala persiapan itu tidak lagi boleh dikongsikan dengan yang tersayang.
Biarpun begitu, sebagai masyarakat yang rasional dan patuh kepada arahan pihak berkuasa, kita seharusnya menerima arahan tersebut demi keselamatan rakyat sejagat. Jangan pula kita sesekali cuba untuk melawan arus dan berdegil untuk merentas negeri seperti yang berlaku di Indonesia, baru-baru ini.
Laporan Tribunnews berkongsi tentang tingkah laku penungang motosikal di Jakarta yang berkumpul beramai-ramai di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bekasi-Kerawang untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya.
Biarpun kerajaan Indonesia kini sedang dalam tempoh ‘Operasi Ketupat Jaya 2021’ sejak 6 Mei lalu, nampaknya masih ramai rakyatnya yang berdegil.
Kejadian yang berlaku pada malam Ahad lepas itu menyaksikan ribuan penunggang berhimpit dan beratur di lokasi terbabit sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 5km!
Apabila pihak berkuasa cuba untuk menghentikan perbuatan mereka yang ingin merentas sempadan dan mengarahkan agar mereka berpusing semula, para penunggang enggan berganjak. Malah ada juga yang memasuki lorong bertentangan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Lantaran itu, pihak berkuasa terpaksa membuka penghalang sempadan atau barricade untuk jangka masa sebentar bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini. Mereka juga enggan ada jangkitan wabak yang boleh merebak disebabkan kesesakan luar biasa ini.
Malang sekali apabila para penunggang mengambil peluang itu untuk meloloskan diri dan terus memacu laju ke arah destinasi masing-masing!
Seperti di Malaysia, kerajaan Indonesia juga melarang perbuatan rentas negeri tanpa surat kebenaran pihak berkuasa dengan alasan sahih seperti isu kesihatan, meninggal dunia dan kehamilan.
Sehingga kini, Indonesia dilaporkan mencatatkan lebih 47,000 kes kematian akibat jangkitan COVID-19. Daripada 1.71 juta kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 1.57 juta kes telah pulih.
Baru ini, negara amat berbangga dengan pencapaian seorang remaja berusia 20 tahun, Azhar Ali yang didakwa ditawarkan menerima biasiswa dari pihak National Aeronautics And Space Administration (NASA ) berikutan pecapaian cemerlangnya dalam program Artemis Student Challenge Program.
Dalam satu kenyataan tweet, diberitakan Azhar berada di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 96.77 bagi Spacesuit Interface Efficiency Level sekaligus ditawarkan biasiswa oleh pihak pentadbiran angkasa lepas tersebut.
Namun nampaknya seperti “ada tidak kena”, akaun twitter atas nama Saturn sudah di privatekan.
Carian REMAJA juga dapati tweet ucapan tahniah dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah tidak dapat ditemui. Begitu juga twitter dari Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin mengenai hal yang sudah tiada lagi.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Remaja kongsikan satu perkongsian dari seorang individu Muhammad Syafik yang membuat carian mengenai Azhar Ali. Pemilik The Patriot ini banyak menulis mengenai ruang angkasa lepas dan sering berkongsi maklumat berguna untuk pembacaan kita semua.
“Tak ada pun nama ‘ Azhar Ali ‘ yang heboh terima biasiswa NASA selepas menyertai suatu cabaran daripada pihak NASA tu dekat mana – mana laman web NASA. Saya cari maklumat dia, satu pun tak ada .
Lagi satu, nak sertai #NASASUITS , setiap calon ahli pasukan mestilah pelajar sepenuh masa yang mendaftar di institusi pengajian tinggi di USA sana.
Akaun Twitter mamat ni pun dah tak public .
Haishhh.
Tidak tahu apa status sebenarnya tapi nampaknya, Jabatan Netizen Malaysia terpaksa bekerja pada hari Ahad ini, hikz.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...