Isu pemandu mabuk bagaikan tiada kesudahan. Terkini, seorang penyelia di syarikat Alam Flora di Kuantan menjadi mangsa pemandu mabuk dalam kemalangan yang berlaku malam tadi. Selagi tiada penguatkuasaan yang ketat, selagi itulah isu pemandu mabuk akan terus kedengaran.
Dalam pada itu, isteri kepada arwah Herman Kamarudin yang maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi, berharap suspek kejadian itu menerima hukuman sewajarnya.
Zetti Haryanti Hassan, 42, berkata hukuman itu diharapkan memberi pengajaran kepada individu lain untuk tidak melakukan kesalahan serupa, sehingga menyebabkan ada keluarga terpaksa kehilangan orang tersayang dan tulang belakang seperti yang dialaminya.
"Saya dan anak-anak berharap arwah suami akan memperoleh keadilan. Arwah adalah anak, suami dan bapa yang baik serta bertanggungjawab, malah kejadian berlaku semasa arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga.
"Saya teringat betapa arwah bersungguh-sungguh mahu membeli rumah semasa kami berkahwin pada tahun 2011 untuk memastikan kami mempunyai tempat berteduh yang sempurna," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Ads
Suaminya, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu oleh seorang peraih ikan berusia 42 tahun secara melawan arus dalam keadaan mabuk pada kejadian jam 9.20 malam tadi.
Ads
Allahyarham Irwan Herman, seorang penyelia di Alam Flora Sdn Bhd sejak tahun 2016, difahamkan dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Isap Perdana di sini untuk ke tempat kerja di Gebeng.
Menurut Zetti Haryanti, sudah menjadi rutin setiap bulan arwah bekerja pada waktu malam mengikut jadual, dan antara tugasan yang perlu dilakukan pada syif tersebut ialah ke depoh syarikat di Gebeng.
Ads
"Arwah seperti biasa sebelum bertolak ke tempat kerja. Arwah juga ceria semasa kami menyambut Aidilfitri di rumah ibu bapanya di Taman Guru di sini, walaupun arwah bekerja pada sebelah pagi.
"Cuma, sejak beberapa hari lalu, arwah akan terus tidur sebaik sahaja pulang dari tempat kerja dan saya beranggapan mungkin arwah keletihan," katanya.
Zetti Haryanti berkata beliau akan menjaga dua anaknya berusia lapan dan 14 tahun, termasuk seorang daripada perkahwinan terdahulu arwah, dengan pendapatannya sebagai peniaga.
Menurut beliau, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung SC, di sini selepas tamat bedah siasat esok kerana pihak hospital perlu melakukan ujian saringan koronavirus (Covid-19) hari ini. -Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada hari kebiasaan, kita tidak selalu disajikan dengan kemunculan dua ekor gajah ini. Namun, hari ini bukanlah sebarangan hari.
Tanggal 30 Januari 2024 menjadi saksi kepada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah & Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pahang setelah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Ketua Utama Negara selama lima tahun.
Khas bersempena istiadat yang sedang berlangsung pagi ini, baginda berdua akan diarak secara beradat. Menariknya, ia juga akan diiringi oleh kelibat ‘dua haiwan comel’ ini.
Pian dan Rambai, dua ekor gajah yang dibawa khas ke ibu negara bagi mengepalai perarakan mengiringi kereta diraja.
Bagi membezakan yang mana satu Pian dan mana satu Rambai, kedua-dua ekor gajah ini dilayahkan dengan kain warna berbeza iaitu merah kedam (gajah pertama di hadapan) dan kuning keemasan (gajah kedua di belakang). REMAJA difahamkan, ia juga bagi membezakan gajah yang mana satu untuk Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Cukup mencuri tumpuan pada sebelah pagi tadi apabila Pian dan Rambai turut diiringi oleh ramai insan yang lengkap dengan persalinan tradisional bagi melambangkan kaum-kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Sekaligus, perarakan dua ekor gajah dan insan pengiring ini merupakan simbol patriotik rakyat bagi meraikan baginda diraja berdua.
Pian dan Rambai juga tidak menunjukkan sebarang masalah apabila diminta setia menantikan kehadiran baginda berdua di bawah terik matahari dekat Istana Negara.
Tidak cukup dengan dua ekor gajah ini, turut kelihatan adalah sekelompok kuda bagi menyertai perarakan bersejarah pada hari ini.
Tak sabar pula nak lihat bagaimana istiadat yang menanti di Pahang sebentar nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sama seperti aplikasi lain, Muslim Pro adalah satu aplikasi yang digunakan oleh jutaan umat Islam di serata dunia untuk mengetahui waktu solat, arah kiblat, bacaan al Quran dan banyak lagi.
Apabila kita mula memuat turun aplikasi Muslim Pro ini perkara pertama ditanya adalah lokasi tempat tinggal kita dan korang boleh abaikan atau terus menggunakan aplikasi ini.
Namun soalan berkaitan lokasi ini akan ditanya dua kali tentang lokasi tempat tinggal kita. Di dalam app ini juga disertakan bacaan doa, cerita inspirasi, komuniti dan lain lagi yang mana app ini sudah mengumpulkan lebih 98 juta pengguna Islam.
Tidak mahu prejudis atau membuat spekulasi mengenai isu muslim atau non muslim tetapi isu data peribadi adalah isu agak sensitif (ramai pengguna telefon bimbit di negara kita juga selalu diganggu oleh pihak ketiga selepas data peribadi kita dijual oleh orang Telco sehingga kita kerap mendapat sms berkaitan pinjaman peribadi, judi dan banyak lagi).
Laporan terkini memaklumkan, Muslim Pro ini sudah dibeli oleh X Mode sebelum data 98 juta pengguna app ini dibeli pula oleh pihak ketiga iaitu United State Special Operation Command (USSOCOM). Untuk pengetahuan korang, USSOCOM ini adalah satu unit khas ketenteraan untuk melawan pengganas,pemberontakan dan juga pengintipan khas di luar negara.
Dalam erti kata lain, apabila app ini dibeli oleh USSOCOM, tentera Amerika Syarikat sudah memiliki data peribadi 98 juta umat Islam yang menggunakan app itu untuk kegunaan harian mereka.
Negara kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat dan beberapa tempat masih lagi dilanda banjir. Bencana tanah runtuh juga agak merisaukan kerana terdapat tempat yang turut berlaku situasi buruk ini.
Terbaharu, seramai 128 penuntut lelaki di kolej kediaman Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Jalan Gombak dipindahkan susulan tanah runtuh berhampiran bangunan berkenaan malam tadi.
Menurut keterangan penuntut, kejadian tanah runtuh itu berlaku pada pukul 6.45 petang ketika hujan lebat. UIA dengan segera mengarahkan semua penghuni membabitkan 128 penuntut lelaki mengosongkan bangunan berkenaan.
Selepas pemantauan dibuat oleh pihak bomba, tiada kesan rekahan dikesan pada dinding atau lantai bangunan berkenaan. Namun, ada juga berlaku mendapan pada sebuah jalan di universiti itu dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.
Pihak pengurusan UIA turut bertindak menutup kawasan terbabit dengan meletakkan kon dan sawar-sawar. Malah, pihak terbabit turut menghubungi konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.
Semoga pelajar-pelajar di kolej kediaman itu dilindungi dan diharap tidak ada sebarang perkara buruk yang berlaku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...