Empat pertuduhan dibacakan di hadapan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada hari ini beerkenaam membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu sewaktu umat Islam masih berada dalam bulan Ramadan.
Sebagai imbasan, Aliff Syukri, 35 telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 26 April 2022 di Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia di Cyberjaya bagi membantu siasatan berhubung klio video lagu ‘Kelepok Raya’.
Sebaik saja ia dimuat naik di beberapa platform berbeza seperti Instagram dan YouTube rasmi Aliff, ia pantas mendapat kecaman ramai pihak disebabkan kelibat sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian yang kurang senonoh dengan konteks bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Ads
Aliff yang diletakkan status sebagai Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu selepas ia dibacakan kepadanya oleh jurbahahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil dan meminta untuk dibicarakan.
Menurut pertuduhan, beliau didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 13, 15, 17 serta 21 April 2022 mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Ads
Sekiranya sabit kesalahan, beliau boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.
Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fazril Sani Mohamed Fadzil, pada awalnya menawarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dihadapi Aliff Syukri. Begitupun, peguam yang mewakili Aliff Syukri iaitu Hasshahari Johari Mawi merayu pengurangan jumlah ikat jamin serendah RM1,500 bagi setiap pertuduhan.
Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil kemudiannya menetapkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, dan 25 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Fuh, RM20,000 yang perlu dibayar oleh Aliff Syukri disebabkan ingin menjadi kreatif dan mencipta publisiti menerusi video klip lagu raya! Berbaloikah guys?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh @ceddyornot atau Ceddy Ang baru-baru ini berkongsi sebuah video mengenai pendapatnya apabila ada segelintir individu yang meminta dirinya untuk mendengar dan memahami terlebih dahulu isu hangat yang sedang terjadi antara Palestin dan Israel.
Ceddy berkata, dia tidak boleh nak mendengar penjelasan dari kedua-dua negara selepas melihat dengan jelas rakyat Israel boleh bersuka ria, menari seperti badut dan menghancurkan beberapa bekalan yang diberikan. Sementara, rakyat di Palestin ramai sengsara, dibunuh, dan terpaksa menjalani hidup yang sukar akibat serangan Zionis Israel.
Kredit: Instagram @ceddyornot
“I don’t want to listen to both sides. In fact I’ve tried” – @ceddyornot
“Sangat susah untuk saya untuk cakap semua ini baik-baik saja”
“Tahu tak bila masa yang awak boleh dengar dari dua pihak? Bila kawan atau orang tersayang awak tengah gaduh manja, bukan yang gaduh ganas tu ok. Tapi bila mereka datang mengadu masalah. Itu barulah awak boleh dengar dari dua pihak”
Menurutnya isu yang menimpa rakyat Palestin itu adalah termasuk dalam isu hak asasi manusia. Jelasnya lagi, sudah terang lagi bersuluh sudah ramai yang ditindas, bekalan bantuan disekat dan tidak sampai, malah mereka juga dihalau dari tanah air sendiri.
Tambah Ceddy, “Adakah saya patut buat macam ni… Oh tengok orang di Rafah, tapi awak tahu tak? Jom tengok Israel macam mana pula? tak!”
Ceddy yang lebih dikenali sebagai CEO of Eating di media sosial itu tetap dengan pendiriannya. Dia juga menasihatkan agar lebih ramai lagi usahawan di negara ini menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai isu yang berlaku di Rafah.
Jelasnya lagi, isu ini sudah semakin tidak terkawal dan jika orang-orang seperti Israel boleh melakukan sesuka hati mereka. Adakah kita sanggup menanggung akibat seterusnya dan apakah kita yakin satu hari nanti negara kita terlepas dari hal sama yang berlaku kepada Palestin seperti saat ini.
“So all eyes on Rafah and from the river to the sea, Palestine will be free” – Ceddy Ang
Sementara itu di ruangan komen, beberapa rakan selebriti dan pempengaruh turut bersetuju dan menyokong kelantangan Ceddy menyuarakan isu ini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah bertahun-tahun usul ini dibawa ke muka pembentangan, kerajaan Malaysia telah mengumumkan persetujuannya untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini. Sebagai ganti, hukuman yang bakal dikenakan akan tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Keputusan ini dicapai selepas pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kelmarin sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri.
“Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
“Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian dan jabatan berkepentingan,”
Beliau turut memaklumkan, kerajaan secara prinsip menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.
Bagi korang yang tertanya-tanya mengapakah keputusan pemansuhan ini penting buat Malaysia, ia secara tidak langsung memberi signal bahawa Malaysia kini sudah terbuka untuk sebarang pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinspi ‘proportionality’ serta ‘constitutionality’ (keperlembagaan) untuk mana-mana cadangan pada masa hadapan kepada pihak kerajaan.
Pemansuhan ini juga mencerminkan keutamaan kerajaan Malaysia masa kini dan pada masa hadapan untuk memastikan hak semua rakyat dilindungi dan terjamin. Maka, usaha untuk menambah baik sistem keadilan jenayah di Malaysia akan bertambah cerah selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negeri Johor akan kembali menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hari hujung minggu bermula 1 Januari 2025.
Perubahan ini diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi, dalam satu sidang media sebelum ini.
Malah, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkongsi menerusi laman media sosial baginda mengumumkan bahawa cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.
“Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.
“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.
“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” ujarnya.
Johor sebelum ini menetapkan Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu sejak 1 Januari 2014, bertujuan memberi lebih banyak masa untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa. Namun begitu, berdasarkan kajian terbaru, ramai pihak menyuarakan keperluan untuk menyelaraskan semula hari cuti hujung minggu dengan kebanyakan negeri lain di Malaysia dan perniagaan antarabangsa yang kebanyakannya beroperasi dari Isnin hingga Jumaat.