Arabella Ellen secara rasmi diumumkan sebagai Duta Gen Z 2026 jenama tekstil popular, Jakel; sekaligus meletakkan pelakon tersebut sebaris dengan nama-nama besar yang dilantik sebagai duta Jakel lain pada tahun ini termasuklah Kamal Adli, Que Haidar, Elly Mazlein, kumpulan Senario, Cik Epal dan Lorenzo Irmann.

BACA: Sebelum Ini Hilang Kontrak, Kini Dapat Rezeki Besar! Elly Mazlein Jadi Duta Raya Jakel 2026

Arabella Ellen Dilantik Duta Gen Z Jenama Jakel 2026, Rezeki Mencurah Buat Bintang Muda
Pelakon, Arabella Ellen.

Menerusi hantaran di media sosial, Jakel Textile mengumumkan naib juara pencarian Dewi Remaja 2023 itu sebagai duta terbarunya bagi mendekati jiwa para pembeli dalam kalangan generasi muda.

Bold. Elegant. Berani lain dari yang lain. Selamat datang, Arabella,” catat Jaket Textile.

Difahamkan juga, Arabella besar kemungkinan akan tampil dalam kempen-kempen Jakel yang lain sepanjang tahun 2026.

Ads

BACA: Arabella Allen Belum Sedia Terlibat Dengan Naskah Seram, Tapi Mungkin Satu Hari Nanti…

Baru-baru ini, Arabella telah tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-3.

Ads

Bukan itu sahaja, naskah lakonannya sepanjang tahun 2025 termasuklah drama Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, Astro Orginals Generasi: Perfect 10 dan Mitos Cinta Akira turut mendapat tempat di hati penonton tempatan.

Tambah manis lagi, Arabella dijulang sebagai pemenang kategori Favourite Actress di acara Content Asia Awards 2025 menerusi drama Dari Mata Turun Ke Hati; sekaligus menjadi kayu pengukur penerimaan orang ramai terhadap skil lakonannya.

Ads

BACA: Arena Wan & Arabella Ellen – Isu Digital Oktober 2025 Bersama Pelakon Generasi: Perfect 10

Terdahulu pada tahun 2025, Arabella dilantik sebagai duta jenama Silkygirl. Menerusi kolaborasi tersebut, pemilihannya bertepatan untuk mengajak pengguna produk kosmetik dan wangian Silkygirl untuk tampil yakin pada setiap masa tanpa mengira situasi.

Dengan pelantikan terbaharu sebagai Duta Gen Z Jakel 2026 pula, ia jelas menunjukkan rezeki Arabella Ellen semakin mencurah-curah dan namanya kian kukuh sebagai ikon muda yang berpengaruh dalam dunia hiburan serta komersial.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads