Saat bersiap untuk meraiksan musim perayaan Aidilfitri, satu persoalan yang cukup relatable untuk semua keluarga Malaysia adalah – “Dah ready ke belum?”
Itulah nadi koleksi terbaharu jenama SYOMSZ berjudul “Dah Ready?”, satu koleksi berwarna-warni yang mengangkat nostalgia kampung, momen riuh sebelum gambar raya dan definisi gaya moden untuk digayakan secara penuh santai.
Pengasas SYOMSZ, Syomirizwa Gupta.
Menurut perekanya Syomirizwa Gupta, inspirasi koleksi “Dah Ready” tercetus daripada gelagat sesebuah keluarga Melayu yang sedang bersiap-sedia untuk mengambil gambar di pagi Raya.
Momen yang sederhana itu diterjemahkan menjadi rekaan yang bukan sahaja indah dipandang, bahkan juga sarat dengan emosi dan kenangan yang akan disimpan kita untuk selama-lamanya. Pemilihan warna bagi koleksi ini juga dilakukan dengan teliti, selari dengan cerita yang ingin disampaikan.
Kempen “Dah Ready?” oleh SYOMSZ dimeriahkan barisan wajah popular seperti pelakon, Sazzy Falak dan Nazril Idrus bersama anak-anak mereka, serta penampilan istimewa Aunty Aini sebagai nenek kesayangan.
“Bila sebut tentang kampung, saya ambil warna dan elemen yang dekat di hati serta mempunyai simbolik disebaliknya.
“Seperti warna hijau yang diinspirasikan daripada suasana kampung, warna coklat daripada warna rumah-rumah tradisional di kampung serta warna fuchsia, putih dan turquoise yang sinonim dengan kemeriahan Ramadan dan Syawal,” katanya ketika ditemui oleh Remaja semasa pelancaran koleksi, baru-baru ini.
Hasilnya, koleksi ini tampil ceria dengan karakter tersendiri tanpa menjejaskan sentuhan klasik yang menjadi tunjangnya.
Ads
“Dengan identiti Syomsz, kami mengetengahkan konsep tidak terikat kepada jantina, tidak terhad kepada saiz dan juga mesra untuk umrah dan wuduk kerana semuanya menggunakan fabrik semula jadi sepenuhnya.” – Syomirizwa GUPTA
Pada masa yang sama, antara soroton paling mencuri perhatian dalam koleksi ini adalah penggunaan kain pelikat. Dalam pada rumah fesyen lain menawarkan rekaan berfabrik batik, songket mahupun brocade; Syomirizwa meraikan fabrik yang sering ‘dipandang biasa’.
“Kadang-kadang kain pelikat ini dilupakan. Walaupun ada yang cakap kain pelikat ini asalnya bukan dari Malaysia, tetapi kita tahu semua lapisan masyarakat menggunakan kain ini.
“Jadi saya ketengahkan kain pelikat sebagai satu fabrik yang patut diraikan,” jelasnya.
Ads
Beliau turut menambah penggunaan kain linen dan kain kapas dalam rekaan memandangkan kedua-duanya bersesuaian dengan iklim tropika Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Pemilihannya bukan sekadar memenuhi aspek estetika, malah praktikal untuk memastikan keselesaan maksimum ketika digayakan sepanjang hari.
Di samping itu, Syomirizwa turut sempat berkongsi sisi romantis mengenai kain linen yang sering disalah faham.
Ads
“Ramai yang cakap fabrik ini mudah kedut tapi sebenarnya ia memang diciptakan untuk meraikan kedut. Lagi mahal dan tulen linen itu, lagi kedutlah dia”
“Itu keindahan linen, cuma mesti gosok dulu sebelum pakai. Selain itu, lebih kerap kita cuci, semakin lembut dan selesa dipakai,” ujarnya.
Jadi ya, kedut bagi pemakai SYOMSZ bukan satu kecacatan – ia adalah lambang karakter.
Koleksi “Dah Ready?” oleh SYOMSZ hadir dengan 19 rekaan versatil yang menampilkan kebaya linen, kurta santai, skirt pareo lilit, seluar lilit gender-neutral, jubah moden serta selendang kapas bercorak kotak.
Untuk yang menggemari persalinan kontemporari dan praktikal untuk Raya kali ini, korang boleh mula mendapatkannya di The Campus Ampang, di ruang pamer SYOMSZ di Bangsar atau menerusi platform dalam taliannya bermula RM190 hingga RM690.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar angin kononnya ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban ‘dianak tirikan’ oleh syarikat labelnya, YG Entertainment kerana tidak muncul di mana-mana minggu fesyen di Eropah kebelakangan ini nampaknya sekadar khabar angin sahaja.
Ini setelah Lisa membuat kemunculan untuk pertunjukan fesyen Celine yang baru sahaja berlangsung di kota fesyen Paris.
Sejak hujung minggu lalu sebenarnya, Lisa telahpun menjadi tumpuan peminat K-pop dan fesyenista global setelah dia memuat naik foto sedang menikmati penerbangan ke Paris di dalam sebuah jet peribadi.
Sebagai duta global kepada jenama Celine, Lisa nampaknya diberikan layanan kelas pertama! Siap ada tas tangan Celine yang terukir namanya lagi di tempat duduk bersebelahan.
Apa yang menjadikan penerbangan Lisa ini lebih tular adalah apabila peminat percaya bahawa idola mereka ini sebenarnya berada dalam jet peribadi sama mirip ahli grup BTS, Kim Taehyung aka V yang juga dijemput ke Paris bagi menyaksikan pertunjukan fesyen itu.
Tempat duduk warna sama,checked. Siling dan dinding pesawat sama, checked! Namun, tiada siapa dapat mengesahkan sama ada duo K-pop tersebut berada dalam pesawat sama ataupun tidak.
ARTIKEL BERKAITAN :
*
Kehadirian Lisa dan V di pertunjukan fesyen Celine pada pagi ini bukan saja diiringi teriakan para Blinks dan Army di luar lokasi. Turut serta ialah pelakon kacak Korea Selatan, Park Bogum.
Seperti dijangka, stail Lisa tidak mengecewakan apabila dia memilih persalinan two-piece minimal namun tetap elegan; bersesuaian dengan koleksi pakaian lelaki Celine yang diperagakan pada kali ini.
Halter top hitam mengilau menambah seri wajah Lisa yang dirias ringkas, manakala celana pendek – juga berwarna hitam – memberi bayangan kaki panjang yang dimilikinya.
Bukan setakat itu, Lisa juga sempat melakukan tarian ‘Lalisa’ setelah terdengar lagu tersebut dimainkan oleh Blinks! Haih, memang untung kan mereka.
— BLACKPINK BLINK UNION🌷 (@BBU_BLACKPINK) June 26, 2022
V tidak kurang hebatnya apabila memilih jaket kulit merah yang dipadankan dengan aksesori rantai bold. Manakala, Park Bogum turut digayakan dengan aksesori rantai mirip V bersama persalinan sut biru gelap dan turtleneck hitam.
Ternyata, dominasi selebriti daripada Korea Selatan begitu dirasai di Minggu Fesyen Paris.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, umat Islam di Malaysia sedang menghitung hari sebelum kehadiran hari kemenangan kita, Hari Raya Aidilfitri. Tinggal kira-kira seminggu saja sebelum kita menyambutnya pada 3 Mei ini dan rata-rata remaja di seluruh negara sedang sibuk melakukan persiapan dari pelbagai sudut. Tidak mahu kalah gayalah katakan.
Bersempena majlis sidang media dan tayangan profgram raya Astro 2022 pada hujung minggu lalu, jemputan selebriti yang memeriahkan acara nyata sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan lebaran dengan memperagakan gaya baju tradisi masing-masing.
Jom lihat 8 gaya selebriti wanita pilihan REMAJA yang hadir ke acara tersebut. Menariknya, ramai yang memilih siluet ala kaftan longgar demi keselesaan dan masih kelihatan berstail. Manalah tahu, korang akan terinspirasi dengan gaya mereka untuk 1 Syawal nanti.
Elica Paujin
Daiyan Trisha
Kilafairy
Myra Natasya
Sweet Qismina
Wani Kayrie
Yaya Zahir
Shaza Bae
Gaya mana yang paling korang gemari?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara Iraq bukanlah negara yang aktif menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik, stigma dan juga kekangan dek pegangan yang konservatif menjadi halangan selain perang yang sebelum ini berlaku.
Terbaharu, wakil Baghdad Barat, Balsam Hussin telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Iraq 2022 sekaligus menempah tiket untuk mewakili negara teluk itu ke pentas antarabangsa. Setakat ini dia telah disahkan untuk ke pertandingan Miss World dan Miss Universe 2022 yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.
Berjaya mengalahkan 19 peserta lain dalam pertandingan yang berlangsung pada 28 Julai 2022. Balsam yang merupakan seorang pengacara di stesen televisyen tempatan, Al Sumaria TV menjadi wakil keempat Iraq ke pertandingan Miss World dan Miss Universe.
Walaupun baru berusia 19 tahun, ternyata kepetahan dan kecantikan yang dimiliki menjadi sebab utama mengapa dia menjadi juara. Tempat kedua jatuh kepada Sarah Saad manakala Jihan Majid pula berpuas hati di tempat ketiga.
Kali pertama Iraq menyertai pertandingan Miss Universe adalah pada tahun 1972 menerusi perwakilan Wijdan Burhan El-Deen Sulyman. Selepas itu Iraq terus menyepi sehinggalah menghantar semula wakil pada 2016 dan 2017. Namun ketiga-tiga penyertaan itu tidak membuahkah hasil.
Manakala di pentas Miss World pula, Iraq pernah menghantar wakil pada tahun 1998, 2017 dan 2021. Adakah Balsam akan menjadi peserta pertama dalam sejarah Iraq menjadi juara di pentas antarabangsa? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika diukur daripada tempoh perjuangan dalam program realiti, Hussain boleh dianggap antara penyanyi baharu yang paling lama bertahan di pentas pertandingan apabila mengharungi saingan...