Sebelum ada yang mungkin terkena kejutan elektrik, pastikan bagi pengguna produk Apple mengghentikan penggunaan plug penyesuai tiga cabang ini dengan seberapa segera jika merasakan plug mengalirkan haba berlebihan.

Dalam satu pengumuman, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc mengumumkan menarik balik semula plug penyesuai tiga cabangnya yang direka untuk kegunaan di beberapa negara di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom, secara sukarela.

Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan itu dibuat susulan daripada enam kejadian kejutan elektrik yang berpunca daripada plug seumpama itu di seluruh dunia.

IKLAN
Apple Inc Tarik Balik Plug Jenis Ini, Pengguna Boleh Tukar Secara Percuma
Semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 antara yang ditarik dan pengguna boleh mendapatkan semula secara percuma
Apple Inc Tarik Balik Plug Jenis Ini, Pengguna Boleh Tukar Secara Percuma
Plug traveller adopter Apple turut ditarik kerana dipercayai bermasalah

Ia merangkumi semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 termasuk plug penyesuai pelancongan dunia Apple.

“Oleh kerana keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, Apple meminta semua pelanggannya untuk berhenti menggunakan plug penyesuai berkenaan,” kata syarikat berkenaan.

IKLAN

Tambah Apple, pertukaran plug berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Penarik balikan ini tidak merangkumi penyesuai kuasa USB Apple.

IKLAN

Bagi korang yang ada produk Apple tu dan andainya membeli dalam tahun disenaraikan, cepat-cepatlah menukar ya sebelum terjadinya sebarang tragedi.

Sumber : ASTRO AWANI

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI