Serius! Ini bukan main-main atau sindiran. ‘Golongan’ ini tidak perlu lagi melarikan diri dari JAKIM untuk ke Thailand atau mencari perlindungan untuk menukar jantina.
Ini kerana JAKIM kini telah memperkenalkan aplikasi yang dinamakan Hijrah Diri– Homoseksualiti melalui satu hantaran yang dibuat di laman Facebooknya bagi membantu golongan homoseksual , Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender (LGBT) seperti anda kembali ke pangkuan jalan.
Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ramai golongan ‘transgender’ atau kekeliruan jantina ini semakin berani mendedahkan diri dalam kalangan masyarakat. Malah, bilangan mereka juga kian bertambah di negara kita dan dunia.
Malah, ramai golongan transgender menjadi lebih lantang mengenai isu dan penindasan yang diterima oleh masyarakat mereka. Tidak lagi berselindung mereka meluahkan kekecewaan yang berlaku.
Untuk info, aplikasi ini merupakan satu inisiatif dan usaha murni JAKIM yang dibangunkan bersama Yayasan Ihtimam Malaysia sebagai usaha untuk membantu golongan ‘istimewa’ ini yang telah ‘hanyut’ kembali kepada fitrah.
Ads
Antara lain aplikasi ini mengandungi e-book yang menceritakan pengalaman sebenar seorang gay yang telah bertaubat dan meninggalkan perlakuan homoseksual.
Foto Via Pexels
Kisah beliau yang nekad untuk berhijrah pada satu bulan Ramadan wajar dijadikan iktibar buat golongan ‘kunyit’ sepertinya di luar sana.
Turut disertakan dalam aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa serta zikir terpilih yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Terdapat juga kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam, tazkirah dalam bentuk audio serta banyak lagi!
Ads
Namun, buat masa ini, aplikasi telefon pintar ini hanya tersedia dan boleh dimuat turun di Goole Play Store oleh mereka yang menggunakan peranti Android sahaja. Untuk muat turun, pengguna boleh klik pautan yang diberikan berikut:
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
HUAWEI AppGallery, platform pengedaran aplikasi global terkemuka, bersama jenama kopi terkenal ZUS Coffee, serta permainan mudah alih Ragnarok Origin (ROO) yang digemari ramai telah bergabung tenaga untuk mengumumkan kempen kerjasama mereka dalam menghasilkan minuman yang sangat dinanti-nantikan, Velvet Crème Poring Latté.
Minuman edisi terhad yang menggiurkan ini telah direka khas untuk membuahkan rasa teruja dan bahagia bagaikan perasaan yang dirasai apabila kita memulakan pengembaraan yang baharu bersama pasangan.
Nikmati Velvet Crème Poring Latté hasil ciptaan kempen tiga pihak sehingga 31 Julai 2023. Minuman berwarna merah jambu yang terhad ini diilhamkan dari kisah yang menyatukan unsur gaming, cinta, dan teknologi demi keenakan memikat!
Pastikan anda mengambil peluang untuk menemui kelazatan ini di mana-mana cawangan ZUS Coffee berdekatan. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli Velvet Crème Poring Latté akan dapat ganjaran eksklusif! Wowwww….
Mulai sekarang hingga 31 Julai 2023, kempen tiga pihak ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan ganjaran eksklusif untuk para peserta. Minuman istimewa Velvet Crème Poring Latté yang manis lagi menyegarkan ini pasti menambat selera peminat kopi yang turut aktif dalam dunia gaming.
Selain penawaran kelazatan Poring Latté, kempen ini turut menyediakan peluang
untuk pembelian dalam aplikasi dan ganjaran pengguna di HUAWEI AppGallery.
Pemain Ragnarok Origin dijemput untuk memuat turun permainan daripada
AppGallery untuk mendapatkan ganjaran eksklusif. Beberapa ganjaran yang boleh
didapati termasuk*:
● Pek hadiah in-game istimewa untuk perbelanjaan berjumlah RM500 dan ke atas
● Tumber “Original Love” edisi terhad untuk perbelanjaan berjumlah RM1,000
dan ke atas, hanya dengan eWallet.
Aktiviti pembelian dalam aplikasi berlangsung mulai sekarang hingga 31 Julai 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Zus Coffee PR
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mek Yun mengingatkan orang ramai terutamanya wanita untuk tidak berjalan seorang diri di tempat yang sunyi.
Menurut Mek Yun, selepas kejadian diekori seorang lelaki dipercayai warga asing sewaktu berjalan bersama ibunya di sebuah pusat beli-belah, dia kini akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling apabila berada di luar.
“Silap saya juga sebab tak terus buat laporan polis dan tak sempat nak panggil pengawal keselamatan di tempat tersebut. Individu berkenaan sempat lari.
“Namun, saya bersyukur sebab tiada apa yang berlaku kepada saya dan ibu pada ketika itu. Saya pun dah tak pasti ke mana individu itu menghilang.
“Buat para wanita yang berhadapan situasi yang sama seperti saya, jangan panik. Sebolehnya, jangan berjalan atau pergi ke kawasan parkir seorang diri.
“Apa yang penting, cari bantuan seperti masuk ke kedai yang paling dekat atau panggil pengawal,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, pempengaruh berbangsa Cina asal Kuala Lumpur ini juga mengakui kejadian tersebut sedikit sebanyak menimbulkan perasaan trauma di dalam hidupnya.
“Sudah tentu. Situasi tersebut telah menimbulkan perasaan yang sangat menakutkan.
“Walaupun orang lain mungkin menganggap hal ini remeh tapi hanya kita yang melaluinya sahaja yang faham bagaimana perasaannya bila berhadapan dengan situasi diekori itu.
“Saya tidaklah fobia teruk sangat dan masih lagi boleh keluar seperti biasa. Namun, saya akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
“Keluarga memang sangat risau. Ketika itu saya hanya berdua dengan ibu. Ayah pun dah bagitahu, selepas ini kalau nak ke mana-mana, dia akan ikut sekali,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mek Yun turut menafikan insiden berlaku disebab privasinya yang kini terdedah selepas bergelar pempengaruh.
“Saya tak rasa yang lelaki tersebut merupakan pengikut saya. Setakat ini, saya bersyukur kerana para pengikut saya tidak berperangai pelik-pelik.
“Kesemua mereka sangat baik dan menyokong. Malah, saya pun tak pernah terima mesej yang pelik-pelik di DM dan komen.
“Dari segi privasi pula, saya tak pernah rasa terganggu. Kalau, peminat nak bergambar pun tiada masalah kerana ia membuatkan saya lebih dekat dengan mereka,” kongsinya lagi.
Mek Yun yang fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 baru-baru ini.
Sementara itu, Mek Yun meluahkan rasa teruja dengan penganjuran Tik Tok Awards Malaysia yang bakal berlangsung buat julung kalinya pada 27 Ogos ini.
Meskipun tidak tercalon, sebagai content creator, Mek Yun tetap memberikan sokongan dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh rakan-rakan seperjuangan di platform berkenaan.
Katanya lagi, dia milih pempengaruh, Khairul Aming sebagai calon pemenang bagi kategori, Creator Of The Year.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selaku rakyat Malaysia, seharusnya kita memupuk semagat toleransi yang tinggi dan menghapuskan sifat rasis di antara kaum. Selain, itu kita boleh mengambil atau berkongsi sesuatu yang baik bersama.
Foto Via Utusan
Dan dalam artikel kali ini, kita akan berkongsi apakah sebenarnya kelebihan yang mereka miliki serta rahsia di sebalik faktor kejayaan dan kekayaan bangsa Cina ini.
Bagi menjawab persoalan tersebut, Adam Kelvin telah membuat satu perkongsian di Facebooknya berikut bagi membongkar misteri dan mendedahkan rahsia kekayaan masyarakat Cina di Malaysia kepada pengetahuan umum.
Rahsia orang Cina bina kekayaan
Bantu Adik-Beradik
Dalam sesebuah keluarga Cina, jikalau anak sulung bergelar jutawan pastinya dia tidak lokek untuk berkongsi rahsia perniagaan lantas membangunkan perniagaan bersama-sama adik-beradiknya.
“Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang di bawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
“Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground,” kata Adam.
Masyarakat Cina kongsinya selalu tidak sampai hati melihat adik-beradik sendiri susah kehidupannya sedangkan ada yang senang di antara mereka. Jadi, mereka akan bersama-sama belajar membina kekayaan.
“Senang adik-beradik, senang hati kami. Kami pegang prinsip; if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.”
Harta Yang Ada Dikembangkan
Jikalau memiliki banyak harta atau mendapat durian runtuh, jarang sekali masyarakat Cina merancang untuk ‘mengikat wanita di sekeliling pinggang’ atau senang cerita, kahwin ramai. Seloroh Adam, ia hanya akan menambah beban apabila harta dibahagikan.
Apa yang mereka akan lakukan adalah membeli kediaman atau hartanah yang tidaklah bernilai terlalu mahal sebanya dua ke tiga buah sebagai satu bentuk pelaburan jangka masa panjang.
“Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda dalam 10 tahun. Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun sudah dewasa masih tinggal bersama parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasar raya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
“Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata,” katanya.
Gembiralah Di Atas Kejayaan Orang Lain
Seperkara yang selalu kita sedari sewaktu sesebuah perniagaan masyarakat Cina dibuka, tentu kedai atau premis tersebut penuh dengan jambangan bunga yang merakamkan ucapan selamat maju jaya terhadap pemilik perniagaan.
Kata Adam, masyarakat Cina majoritinya gembira jika ada ahli keluarga atau rakan-rakan mereka yang berjaya dalam perniagaan.
Kejayaan itu bagi mereka menandakan ibu bapa pemilik tidak akan hidup susah. Si anak aka pemilik tadi boleh menolong adik-beradik lain dalam soal tanggungan terhadap ibu bapa mereka.
Kata Adam, “Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai. Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
“Memang ada je yang dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada,” tambahnya.
Simpan Dahulu Baru Belanja
“Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.
“Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend. Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali-sekala.
“Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD. So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB,” nasihat Adam.
Tidak Suka Berhutang
Akhir sekali, ‘rahsia’ yang dikongsikan oleh Adam adalah untuk tidak sesekali suka berhutang untuk membeli barangan berskala kecil seperti telefon pintar, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Masyarakat Cina katanya lebih gemar mengumpul duit dan menahan nafsu supaya dapat membeli sesuatu menggunakan wang tunai dengan mengelak cas bunga.
“Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
“Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba settle hutang secepat mungkin,” katanya. Itu juga adalah sebab utama mengapa kebanyakan masyarakat Cina menggemari jenama kenderaan Honda dan Toyata kerana nilainya yang mampu dimiliki tanpa memerlukan kos ‘maintenance’ yang terlalu tinggi.
“Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan incometax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu,” simpulnya.
**
Mungkin tip-tip ini boleh dipraktikkan oleh semua bangsa di Malaysia terutamanya korang yang terlibat dengan bidang perniagaan. Semoga bermanfaat kepada semua
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!