Dari segi kuat berbelanja, ramai kaitkan tabiat ini dengan orang perempuan. Kata mereka lihat orang perempuan, shopping tak ingat dunia! Malah ada sesetengah perempuan berpendapat, window shopping atau membeli satu barang adalah terapi minda di saat stres.
Orang lelaki dilihat lebih cool. Macam tak nampak kuat berbelanja tapi rupanya itu omongan kosong semata-mata. Ternyata lelaki lebih ramai diisytiharkan muflis dan bankrap berbanding wanita.
Dalam sidang Dewan Rakyat dua hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, seramai 56,173 lelaki diisytiharkan muflis, iaitu lebih sekali ganda daripada 24,452 wanita yang bankrap sejak 2015 hingga Ogos lalu.
.
Katanya, dalam tempoh itu juga, individu berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap, iaitu 28,296 kes.
Wow, ini usia paling ramai lelaki sudah berumahtangga. Adakah tekanan atau ada desakan dari isteri yang mahukan macam-macam membuatkan orang lelaki berbelanja lebih? Ini hanya pertanyaan semata-mata ya.Kami harap tidak ramai lelaki yang marah!
Usia 25-34 Tahun juga ramai, adakah selamat untuk bakal pengantin perempuan nikahi lelaki begini?
Dalam pada itu, dalam artikel dari portal Free Malaysia Today, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan, lelaki yang berusia di bawah 25 tahun yang diisytiharkan muflis adalah seramai 476 kes.
Tapi apa yang menakutkan, pada usia 25-34 tahun sebanyak 20,461 kes mencatatkan muflis yang mana pada usia ini kebanyakan lelaki tentunya berfikir mahu berumahtangga.
Boleh tak korang bayangkan apa akan jadi kalau future husband muflis pada seawal usianya itu. Sesuatu yang gadis kena ingat, apabila diisytiharkan muflis, sebarang pembiayaan tak boleh dibuat ya termasuk pembelian rumah, kereta dan macam-macam lagi. Jadi semua loan akan dilakukan oleh pasangan. Bersedia ke?
.
Ketahui apa risiko bila diisytiharkan muflis?
Ads
Dalam satu perkongsian artikel oleh Compare Hero.Com, mereka ada menulis berkaitan muflis ini. REMAJA kongsikan sebahagian darinya.
Apa Akan Terjadi Setelah Seseorang Diisytiharkan Muflis?
Diisytiharkan muflis bermaksud individu tersebut akan dikenakan berbagai halangan. Berikut adalah apa yang akan terjadi setelah individu telah diisytiharkan muflis:
Di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi
Setelah diisytiharkan muflis, individu tersebut akan berada dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua asset individu tersebut dan mengendalikannya untuk membayar hutang. Jadi setelah muflis, kesemua aset individu akan diletakkan dibawahan pengendalian KPI.
Had perjalanan
Individu yang muflis tidak dibenarkan untuk keluar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkhamah yang membenarkannya keluar dari negara.
Ads
Kredit terhad
Akaun bank yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan individu muflis dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. Selain daripada itu, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang.
Semua aset dirampas
Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. Jadi sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI untk digunakan untuk membayar hutang.
Had pekerjaan
Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah:
Peguam
Juru Ukur
Akauntan
Doktor
Selain daripada itu, individu muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Individu muflis tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. Jadi setelah muflis, individu tersebut tidak boleh melakukan sebarang perniagaan.
Ads
Jadi dah sedia maklumkan apabila seseorang individu itu diisytiharkan muflis dan lihat kesannya kalau yang terlibat adalah lelaki yang menjadi ketua keluarga. Dalam sidang Dewan Rakyat lagi, Datuk D Liew Vui Keong turut memaklumkan, di usia 45-54 tahun pula mencatatkan sejumlah 20,353 kes, sementara mereka yang berumur 55 tahun ke atas berjumlah 10,415 kes bermula 2015 sehingga Ogos 2019,” katanya di Dewan Rakyat.
Dari segi pecahan kaum sejak 2015 hingga Ogos lalu, Liew berkata, orang Melayu paling ramai diisytiharkan muflis, iaitu 45,147 kes, diikuti Cina sebanyak 20,914 kes.
“Bagi kaum India pula jumlahnya 9,127 kes, sementara bangsa lain berjumlah 5,437 kes.”
Beliau menjawab pertanyaan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) yang ingin tahu jumlah rakyat diisytiharkan muflis dari 2015 hingga Ogos 2019 dari segi pecahan umur, kelas dan kaum serta strategi kerajaan untuk membantu mereka.
Berbelanja luar kemampuan
“Tidak dinafikan golongan belia pada masa kini dipengaruhi trend terkini yang menyebabkan mereka berbelanja di luar kemampuan pendapatan. “Antara langkah dan strategi kerajaan bagi membantu golongan ini ialah memberi kesedaran serta kefahaman kepada individu itu dan masyarakat tentang risiko atau kesan perintah kebankrapan.
“Kesedaran ini dapat diterapkan melalui pendidikan dan pendekatan perbelanjaan berhemah,” kata Liew sambil menambah kerajaan melalui Jabatan Insolvensi turut melaksanakan program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis sejak dulu hingga Ogos tahun ini ialah 300,908 orang.
“Pihak insolvensi berjaya membebaskan lebih 30,000 kes daripada jangkaan masa yang saya sebutkan tadi daripada keseluruhan 300,908 kes. “Jabatan Insolvensi juga aktif mengemas kini rekod muflis sebelum merdeka dan zaman 60-an. Saya juga ambil maklum ada yang muflis lebih 15 tahun. “Kita mencadangkan mereka yang terlibat datang ke Jabatan Insolvensi membuat permohoan melalui peguam mereka untuk mendapatkan kebebasan.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kecil lagi, kita telah didedahkan dengan cerita-cerita fairytale oleh Walt Disney.
Sama ada korang pernah melihatnya menerusi filem, animasi, siri televisyen, cerita spin-off ataupun melalui video game, kami sure korang mengenali kesemua Disney Princess yang ada di dalam cerita Disney.
Kalau tak kenal semua pun, mesti korang kenal watak popular seperti Cinderella dan Snow White, kan? Semuanya cantik!
Tak boleh nak gambarkan macam manalah mereka ini kalau berjumpa depan mata. Haa, korang tak perlu nak bayangkan lagi kerana seorang illustrator berbakat telahpun merealisasikan gambaran itu.
Bagaimana jika Disney Princesses hidup pada zaman sekarang, memakai baju seperti kita dan kelihatan – well, seperti remaja biasa..?
Tak nak jadi macam orang biasa!
Fernanda Suarez telah menyiapkan koleksi modern princesses seperti 10 watak popular ini. Ada yang serupa dengan wajah Emma Watson & Nicole Scherzinger tau! Watak mana satu paling korang suka?
Selepas beberapa bulan projek-projek filem dan drama popular di Hollywood terhenti seketika akibat perintah berkurung di sana, kini produksi di sana sudah semakin bebas untuk memulakan semula produksi secara perlahan-lahan, dan itu termasuklah 2 cerita kegemaran korang di Netflix ini.
Siri komedi remaja Netflix Never Have I Ever dilaporkan bakal kembali untuk musim keduanya tak lama lagi.
Siri ini mengisahkan tentang Devi Vishwakumar (Maitreyi Ramakrishnan) yang sedang mencari cuba mencari identiti diri sendiri sebagai seorang remaja India beragama Hindu di sekolah Sherman Oaks, California. Selain mencari identiti, dia juga percaya ini adalah waktu terbaik untuknya dan 2 lagi orang kawannya untuk mencari teman lelaki.
Setelah musim pertama siri ini berakhir apabila 2 orang pelajar lelaki (Ben Gross dan Paxton Hall-Yoshida) ‘tersangkut’ dengan drama cinta Devi, ramai peminat Never Have I Ever yang tak sabar menantikan sama ada ia akan disambung ke musim kedua. Dan jawapannya adalah..
YES!
Netflix mengesahkan berita tersebut menerusi panggilan Zoom dengan Maitreyi dan beberapa lagi pelakon lain. Tiada siapa melainkan Maitreyi yang lebih excited dengan pengumuman itu kerana baginya, dilema warna kulit dan perbezaan kaum di Amerika Syarikat terutamanya sedang memuncak pada masa ini.
“Ramai penduduk berlainan bangsa, warna kulit dan komuniti Asia Selatan terbiasa untuk diketepikan (dalam industri lakonan). Kiita sudah terbiasa untuk sekadar menjadi penyeri komedi. Jadi Never Have I Ever menawarkan sesuatu yang segar dan berbeza,” katanya.
But wait for it, bukan hanya siri ciptaan Mindy Kalling itu saja yang akan mendapat peluang sekuelnya.
Francais popular ‘To All The Boys’ juga sedang bersiap sedia untuk memasuki set penggambaran bagi filem ketiganya. Dengan judul To All The Boys 3 (buat masa ini), mereka baru sahaja mengeluarkan sebuah klip sneak peak bacaan dialog bersama pelakonnya, Lana Condor dan Noah Centineo!
Sekali lagi dilakukan menerusi panggilan Zoom atas dasar keselamatan serta kesihatan, perbualan selama sejam itu berfokuskan kepada kempen All Lives Matter yang sedang hangat diperkatakan di Amerika Syarikat. Hanya di bahagian akhir klip itu, mereka membacakan beberapa dialog daripada filem terbaru.
Ia melibatkan babak bersama Peter Kavinsky dan Lara Jean Covey semasa sedang makan malam. Peter seperti biasa suka berborak dan tidak perasan dengan perubahan mood Lara Jean. Cer tengok klip di bawah ini.
Walaupun babak tersebut sekejap, namun Lana menjayakannya dengan penuh emosi dan menyarungkan pakaian yang amat menepati citarasa Lara Jean.
*
Kedua-dua produksi besar Netflix ini masih belum mempunyai tarikh tayangan masing-masing. Namun update ini sudah cukup untuk mengesahkan bahawa ia akan datang tidak lama lagi.
Buat masa ini, korang boleh menonton beberapa filem keluaran Netflix seperti di bawah.
Malah, berita gembira ini turut dimuat naik di Instagram suaminya iaitu pelakon, Samheizy Shaheizy berkongsi foto bersama Salama yang sedang tersenyum.
“Salam semua, mempersembahkan hasil menuai kami yang ketiga, Salama Samheizy Shaheizy Sam. 3.05 kilogram, keluaq ikut tingkap, dagu tetapppp,” seloroh pengasas jenama Kekasih HQ ini.
Ucapan Tahniah Daripada Rakan Selebriti
Menjengah ruangan komen perkongsian mereka, rata-rata selebriti tempatan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Sam dan Syatilla. Malah, ramai teruja dengan wajah comel dan tak kurang yang tertarik pada dagunya yang runcing.
Foto Via Instagram Syatilla Melvin
Terdahulu, Sam dan Syatilla mengumumkan mereka menyambut cahaya mata ketiga pada Isnin. Pasangan popular itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 2 tahun.
Tahniah sekali lagi daripada team REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!