Apa perasaan kita bila bendera yang menjadi simbol kedaulatan sesebuah negara dibakar tanpa sebab?

Pastinya berbagai perasaan timbul kerana tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba bendera negara dibakar atas isu yang tidak pasti. Ya, inilah perasaan yang harus dirasai oleh semua rakyat Malaysia bila mana bendera negara kita dibakar oleh “President Pamatong” seperti yang tersiar di akaun facebook “President Pamatong Supporters” pada 19 dan 21 Januari lalu.

Ternyata tindakan di akaun tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati. Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar bendera negara ini secara terbuka di Filipina yang ditampilkan dalam sebuah video.

Apa Kes  Bakar Bendera Malaysia Ini Di Akaun FB President Pamatong Supporters?

Dalam kenyataan BERNAMA, Wisma Putra meluahkan rasa sangat kesal atas penerbitan video kontroversi itu menerusi akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’ pada 19 dan 21 Januari lalu.

IKLAN

Elly Pamatong digambarkan sebagai mengaku pengasas ‘United States Allied Freedom Fighters of the East’ (USAFFE).

Apa Kes  Bakar Bendera Malaysia Ini Di Akaun FB President Pamatong Supporters?
Ikutkan dari akaun FB, Pramatong ini seperti mahu menjadi Presiden Filipina seterusnya kerana beliau mengkritik Duterte yang membunuh penagih dadah di negara tersebut
Apa Kes  Bakar Bendera Malaysia Ini Di Akaun FB President Pamatong Supporters?
Atas isu apa bendera Malaysia dibakar? Adakah isu Kesultanan Sulu yang menyerang Sabah satu ketika dahulu atau ada isu lain?

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyifatkan tindakan membakar bendera Malaysia sebagai satu insiden yang serius,” kata Wisma Putra.

“Bendera merupakan simbol negara yang kudus dan harus dihormati,” katanya.

IKLAN

Wisma Putra berkata, perbuatan sedemikian serta komen anti-Malaysia yang dibuat oleh individu terbabit adalah jelik serta tuduhan yang dilemparkan juga tidak berasas.

Wisma Putra seterusnya menggesa kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Pamatong dan memastikan insiden serupa tidak berulang kerana ia mampu mencemarkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan Filipina sekarang.

IKLAN
Apa Kes  Bakar Bendera Malaysia Ini Di Akaun FB President Pamatong Supporters?
Bendera merupakan kedaulatan negara, bila orang bakar ia juga boleh membakar hati ramai rakyat Malaysia

Ya, kalau dahulu laman web Israel sampai menutup page komen mereka kepada rakyat Malaysia kerana isu Malaysia tidak membenarkan atlet para Israel memasuki negara, seharusnya kali ini kita bersatu hati mengutuk page akaun atas nama “President Pamatong Supporters ini”.

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI