Pelakon terkenal, Anzalna Nasir baru-baru ini menyentuh hati para peminat dan pengikutnya apabila berkongsi rasa empati yang mendalam terhadap golongan kurang bernasib baik sepanjang Ramadan. Keprihatinan itu hadir setiap kali tibanya waktu berbuka, saat prang ramai menikmati hidangan bersama keluarga dalam suasana penuh syukur.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi Threads, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir (38) menjelaskan bahawa setiap kali melihat juadah terhidang di hadapan mata, beliau tidak dapat mengelak daripada memikirkan insan yang mungkin tidak berpeluang menikmati rezeki sama. Luahan tersebut memperlihatkan sisi lembutnya yang sentiasa peka terhadap kesusahan masyarakat sekeliling.

Rasa Tersentuh Setiap Kali Berbuka, Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Memerlukan Sekitar KL

Dalam perkongsian sama, beliau turut membuka ruang kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengenali keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Kalau ada yang kenal keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan, boleh DM Anzalna atau maklumkan ya,” tulisnya.

Tidak sekadar berkongsi kata-kata, ibu kepada dua cahaya mata itu juga menjelaskan bahawa inisiatif kali ini akan dilakukan secara lebih dekat dan bersifat peribadi. Anzalna memilih untuk turun padang sendiri bagi memastikan setiap bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada mereka yang layak.

Ads

Rasa Tersentuh Setiap Kali Berbuka, Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Memerlukan Sekitar KL

“Mohon maaf, kali ini sekitar kawasan KL sahaja sebab Anzalna sendiri nak turun padang dan sampaikan sendiri bantuan tersebut,” ujarnya.

“Semoga sedikit usaha ini dapat ringankan beban mereka dan bagi rasa juadah yang sedap-sedap waktu berbuka,” jelasnya lagi.

Ads

Walaupun disifatkan sebagai usaha kecil, hasrat beliau cukup besar iaitu memberi peluang kepada keluarga terpilih menikmati hidangan lebih istimewa ketika berbuka.

Rasa Tersentuh Setiap Kali Berbuka, Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Memerlukan Sekitar KL

Di sisi lain, perkongsian berkenaan nyata mengundang reaksi positif dalam kalangan warga internet dan ramai yang memuji keprihatinan aktres berkenaan dan menyifatkan tindakan beliau sebagai contoh terbaik buat masyarakat untuk terus berkongsi rezeki sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Ads

Pada masa yang sama, ada juga dalam kalangan pengikut yang tampil mencadangkan beberapa nama keluarga memerlukan serta menitipkan doa agar segala urusan Anzalna dipermudahkan.

Usaha murni tersebut bukan sahaja menyentuh hati peminat, malah menjadi inspirasi kepada ramai pihak untuk sama-sama memainkan peranan membantu mereka yang kurang bernasib baik, lebih lagi di bulan Ramadan.

Sumber: Threads Anzalna Nasir

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads