Penyanyi, Syafiq Farhain yang juga anak kepada legenda rock terkenal Allahyarham Saleem Iklim baru-baru ini meluahkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata keduanya yang selamat dilahirkan pada 19 Februari semalam.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim (31) berkongsi momen manis dalam hidupnya dan lebih istimewa lagi apabila puteri keduanya itu dilahirkan pada tarikh ulang tahun kelahirannya sendiri.

“Kelahiran kali ini cukup istimewa kerana jatuh pada hari jadi saya. Ini ibarat hadiah ulang tahun paling manis. Pada saya, cukuplah itu sebagai hadiah yang paling bermakna,” katanya dengan penuh rasa syukur.

“Hadiah Ulang Tahun Paling Manis” Syafiq Farhain Timang Anak Kedua, Luah Rasa Terima Kasih Pada Isteri
Kehadiran cahaya mata kedua Syafiq sebagai penyeri pada hari kelahirannya yang ke-31

Isteri Syafiq, Alia Nadia, selamat melahirkan bayi kedua mereka yang juga perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu.

Walau bagaimanapun, Syafiq sedikit terkilan kerana tidak sempat menemani isteri di wad bersalin seperti kelahiran anak sulung mereka, Nur Eshal Zahra, yang juga memiliki kisah istimewa apabila lahir pada tarikh 6 Jun.2024 iaitu tarikh yang dianggap cukup cantik.

Ads

“Saya berada di Kuala Lumpur disebabkan komitmen kerja. Bila sampai di Terengganu, semuanya sudah selamat. Saya terharu dan amat berterima kasih atas pengorbanan isteri. Dia memang kuat, dan saya tak tahu bagaimana mahu membalas semua jasa dan pengorbanannya,” katanya.

“Hadiah Ulang Tahun Paling Manis” Syafiq Farhain Timang Anak Kedua, Luah Rasa Terima Kasih Pada Isteri
Syafiq bersama anak sulungnya Nur Eshal Zahra

Bagi Syafiq, kehadiran bayi kedua ini adalah rezeki yang tidak diduga. Walaupun jarak umur anak-anaknya agak rapat, Syafiq dan isteri menerima berita ini dengan penuh kesyukuran.

“Jarak umur anak-anak agak dekat, tapi kami anggap ini rezeki Tuhan. Walaupun saya tidak dapat banyak membantu isteri menguruskan anak-anak kerana komitmen kerja, saya cuba baiki diri. Saya minta maaf kepada isteri andai selama ini ada banyak kekurangan dari saya,” ujarnya penuh rendah hati.

Ads

“Hadiah Ulang Tahun Paling Manis” Syafiq Farhain Timang Anak Kedua, Luah Rasa Terima Kasih Pada Isteri

Difahamkan, Alia yang juga merupakan pengurus kerjaya Syafiq, sebelum ini berhenti kerja demi menjaga anak sulung mereka kerana bimbang akan keselamatan bayi yang sering menjadi isu dalam masyarakat.

Ads

Namun, selepas perbincangan dibuat, Syafiq berkongsi bahawa beliau membolehkan Alia untuk kembali bekerja selepas anak kedua mereka besar kelak.

Apa pun, kami ucapkan tahniah kepada Syafiq dan isteri! Moga anak-anak mereka tumbuh menjadi anak yang baik dan solehah! InsyaAllah…

Sumber: Sinarplus

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI