Masih ingat lagi dengan permainan Angry Birds yang sebelum ini menjadi fenomena di seluruh dunia? Diadaptasikan daripada permainan tersebut, filem Angry Birds muncul dengan sekuel iaitu Angry Birds 2.

Jalan cerita mengekalkan Red sebagai watak utama bersama rakan-rakanya, Chuck (burung kuning) dan Bomb (burung hitam).

Menariknya filem kedua ini menunjukkan bagaimana Red bersama rakan-rakan serta bekas musuh mereka iaitu Leonard daripada pulau Piggy terpaksa berdamai apabila berdepan dengan musuh sama iaitu Zeta, seekor burung helang yang ingin memusnahkan habitat mereka.

Susulan itu, Red dan Leonard mewujudkan satu pasukan khas bagi menjalankan misi menyelamatkan pulau kesayangan mereka walaupun terdapat ketidakfahaman antara mereka.

Angry Birds 2 Pasti Membuatkan Korang Tak Henti-Henti Ketawa!

Dalam pada itu, Red juga turut berdepan dengan konflik dirinya sendiri yang gusar sekiranya populariti yang diperoleh daripada menyelamatkan Pulau Burung akan hilang jika penduduk tidak lagi melihatnya sebagai hero.

IKLAN

Oleh sebab itu, Red berusaha keras untuk membuktikan bahawa dia adalah hero sebenar dan terdesak untuk berjaya hingga banyak melakukan kesilapan. Namun begitu, dia sangat beruntung kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yang tidak henti-henti menyokongnya.

Confirm Gelak Tak Berhenti

Seawal 10 minit pertama menonton filem ini menyaksikan para penonton tidak henti-henti ketawa. Malah penulis sendiri turut terhibur dengan aksi-aksi lucu yang ditunjukkan oleh setiap karakter di dalam filem ini.

IKLAN

Angry Birds 2 Pasti Membuatkan Korang Tak Henti-Henti Ketawa!

Sememangnya file mini sesuai buat kanak-kanak dan mereka yang ingin mencari hiburan santai. Memang berbaloi!

Mesej Sampai

IKLAN

Walaupun menghiburkan namun tidak dinafikan bahawa mesej yang ingin disampaikan dalam filem Angry Birds 2 ini sampai kepada penonton.

Pertama sekali, hubungan sesama kawan-kawan itu penting dan no man is an island. Keinginan membuak-buak Red untuk cuba jadi hero ternyata gagal dan mujur dia cepat sedar pentingnya kerjasama dalam kumpulan.

Itu akhirnya yang membuatkan misi mereka berjaya!

Apa-apapun, yang paling comel tentulah tiga ekor anak burung yang akhirnya membantu Red dan kawan-kawan untuk menjayakan misi mereka.

Ia juga turut memberikan mesej bahawa tidak semestinya anak kecil tidak bermakna mereka tidak membantu. Kadang-kadang penglibatan si kecil inilah yang paling penting sekali!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI