Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh skuad angkat berat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 telah membuktikan bahawa sukan yang ‘tidak popular’ dalam kalangan penyokong Malaysia tidak wajar dianak tirikan.

Presidennya Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, populariti sesuatu jenis sukan tidak semestinya akan selalu memberikan pingat.

Justeru, mereka berharap agar lebih banyak pihak penaja akan tampil membantu pada masa akan datang sekiranya ingin melahirkan lebih ramai atlet berpotensi bagi memenangi emas menerusi angkat berat.

Kejayaan kem angkat berat yang setakat ini telah memperolehi dua pingat emas menerusi Mohamad Aniq Kasdan (kategori 55kg lelaki) dan Muhamad Aznil Bidin (kategori 61kg lelaki) serta  satu pingat perak menerusi Muhammad Erry Hidayat (kategori 73kg lelaki) di Birmingham telah mengatasi sasaran ditetapkan Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu satu emas.

ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Aniq Kasdan, Pemenang Emas Pertama Malaysia Di Sukan Komanwel.

IKLAN
Angkat Berat Perlu Kembali Jadi Sukan Teras, Asah Potensi Sejak Bangku Sekolah
Mohamad Aniq Kasdan.
Angkat Berat Perlu Kembali Jadi Sukan Teras, Asah Potensi Sejak Bangku Sekolah
Muhamad Aznil Bidin.

Lalu, persatuan merasakan angkat berat wajar disenaraikan semula sebagai sukan teras negara bagi memperkukuh lagi aktiviti pembangunan atlet.

Ayub berkata sekiranya angkat berat kembali menjadi sukan teras, PABM akan mendapat keupayaan membentuk pasukan pelapis menerusi peruntukan yang lebih besar iaitu dengan memperluas usaha pencarian bakat seawal di peringkat sekolah.

Angkat Berat Perlu Kembali Jadi Sukan Teras, Asah Potensi Sejak Bangku Sekolah
Muhammad Erry Hidayat.

Terdahulu pada tahun 2017, angkat berat menjadi salah satu daripada tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain sepak takraw dan taekwondo. Ini berikutan terjadinya pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.

Namun kebelakangan ini, PABM telah banyak melalui pembaharuan terutama dalam menurunkan kes doping dan penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet.

IKLAN

Malah di peringkat persatuan negeri, pelbagai bengkel serta seminar juga dianjurkan PABM bagi menegaskan isu displin ini.

Tidak mustahil dengan adanya pendekatan lebih menyeluruh dan meluas dalam mempromosikan sukan angkat berat ini sejak peringkat cilik, Malaysia mampu melahirkan lebih ramai atlet pelapis berkualiti untuk dihantar bertanding di peringkat berprestij seperti Sukan Komanwel ini.

Lihat sahajalah pada kisah kejayaan atlet angkat berat wanita dari Filipina ini yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi latihannya sebelum berjaya menggondol pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : OLIMPIK : Tentera Wanita Hadiahkan Emas Pertama Filipina, Rindu Berlatih Di Kampung Melaka – REMAJA

IKLAN

BACA LAGI : AirAsia Filipina Beri Ganjaran Penerbangan Percuma Seumur Hidup Buat Hidilyn Diaz – REMAJA

Sumber : BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI