Bermula Dengan Kedai Perkakasan Rumah, Kini MR D.I.Y menempa nama di benua Eropah dan membuka cawangan di Istanbul.
MR DIY merupakan sebuah syarikat berasaskan barangan ‘hardware’ dan ‘homeware’ yang menawarkan beraneka barangan keperluan rumah dengan pelbagai fungsi. Ia diminati rakyat Malaysia disebabkan harganya yang berpatutan dan bersesuaian dengan kemampuan rakyat.
Baru-baru ini, MR DIY telah melebarkan lagi sayapnya dengan pembukaan kedai pertama MR DIY di Istanbul, Turki. Hal itu turut mendapat perhatian Kedutaan Turki di Kuala Lumpur dan pihak kedutaan mengucapkan tahniah atas pembukaan kedai pertama MR DIY di sana.
Sumber : TwitterSumber : TwitterSumber : Twitter
Menurut laporan, lebih banyak cawangan kedai MR DIY bakal dibuka di benua Eropah. Turki ialah pasaran kesembilan syarikat itu dan kedua di luar Asia Tenggara. Pembukaan tersebut turut mendapat perhatian netizen Malaysia dan rata-rata netizen berasa bangga dengan pencapaian syarikat MR DIY.
MR D.I.Y disenarai di Bursa Malaysia
26 Oktober 2020, Mr D.I.Y Group (M) dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd dengan menyasar untuk meraih dana RM1.5 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO).
Ads
Sebelum ini, pemilik pasangan adik-beradik Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei daripada syarikat MR DIY Ground Berhad juga disahkan memiliki kekayaan aset bernilai USD1.8 bilion dan USD1.1 bilion, setiap seorang. Wow!
SEJARAH SYARIKAT MR DIY
Korang tahu tak di mana kedai pertama Mr DIY?
Ads
MR D.I.Y bermula pada tahun 2005 dan kedai pertamanya terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Jika dilihat pada masa itu ianya merupakan kedai perkakasan barangan rumah yang biasa, seperti mana di tempat lain.
Pada hari ini, kedai MR.D.I.Y menawarkan suasana membeli-belah yang lebih menarik dan moden, yang mana semua barangan keperluan rumah boleh pelanggan dapati dengan mudah di bawah satu bumbung.
Ia menjadi peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia dan kini terdapat separuh ribu buah cawangan di seluruh negara, termasuk beberapa di Brunei dan Indonesia.
Ads
Tambahan pula, MR D.I.Y kini membuka anak syarikatnya iaitu 60 kedai MR DOLLAR dan 47 kedai MR TOY iaitu masing-masing bakal dibuka di sekitar Malaysia dalam tempoh dua tahun ini.
Biarpun negara masih dilanda pandemik COVID-19, MR DIY telah membuktikan bahawa ekonomi negara masih berada pada landasan yang bagus setelah mencatatkan peningkatan memberangsangkan bagi perniagaan masing-masing. Semoga MR D.I.Y terus success di masa akan datang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebut tentang ‘midnight’ movie, rasa-rasanya semua di antara kita pernah merasai pengalaman menonton wayang pada tengah malam, bukan?
TAPI, tak semua yang pernah bermalam di dalam pawagam dari tengah malam sehingga ke awal pagi. Tengok wayang apa sampai enam jam tu?!
Sebilangan peserta kempen WONDA #StayStrong baru-baru ini telahpun menyahut cabaran untuk menonton tiga ke empat buah filem bergenre seram di pawagam MBO Atria, Petaling Jaya selama dua hari berturut-turut!
Tayangan yang bermula dari 11.30 tengah malam hingga ke 6.30 pagi itu telahpun dianjurkan oleh WONDA Coffee bagi melihat siapa yang kental dan sanggup bersengkang mata dengan menonton kesemua filem seram yang ditayangkan.
Syaratnya mudah sahaja, mereka perlu menonton tanpa menutup mata, tanpa menutup telinga, tanpa menutup muka dan perlu kekal berjaga sepanjang termpoh tersebut. Haa, jika mereka ditemui tertidur, serta-merta penyertaan penonton tersebut boleh terbatal!
Dengar seperti mustahil, tambahan pula waktu tayangannya bukan kaleng-kaleng. Waktu nak tidur tu!
Namun, segalanya membuahkan hasil dengan adanya stok minuman WONDA Coffee yang membolehkan mereka menahan rasa ngantuk (dan takut!) di pawagam tersebut.
Mereka yang berjaya bertahan sehingga ke minit terakhir itu akhirnya membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM10,000.
Terdahulu, kempen WONDA #StayStrong ini bertukar tular di media sosial akibat kelibat ‘makhluk menyeramkan’ yang dilihat berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur. Ada warganet yang mendakwa mereka terserempak dengan tiga kelibat misteri berdekatan KLCC dan di beberapa lagi ‘lokasi panas’ pada waktu malam.
Hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada gimik kempen #WondaStayStrongChallenge ini untuk mengajak orang ramai menonton beberapa filem seram secara maraton bagi memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 itu.
Menarik juga kan! Harapnya cabaran #WondaStayStrongChallenge ini akan dikembalikan semula pada bulan Oktober tahun ini sempena keraian pesta Halloween.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MANGSA yang meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar Bangi, di sini, semalam dipercayai dirempuh kenderaan suspek akibat berlaku provokasi hingga mencetuskan pergaduhan antara mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara mangsa dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.
“Difahamkan kereta mangsa berusia 29 tahun itu melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar dan cabar mencabar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.
“Selepas itu, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa menyebabkan beberapa pemandu lain turut berhenti dan menenangkan mereka sebelum kembali ke kereta masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arwah Syed Muhamad Danial maut apabila tersepit antara kenderaan suspek akibat dilanggar
Fadzil berkata, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian keluar dari keretanya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.
“Suspek kemudian memandu kereta ke hadapan dalam keadaan tergesa-gesa dan terlanggar mangsa. Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Nilai Medical Centre dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat.
“Ekoran itu, polis menahan suspek serta isterinya berusia 36 tahun untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suami isteri itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Katanya, kejadian itu adalah berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman seperti ditularkan.
Suspek direman 7 hari di bawah 302 Kanun Keseksaan di mana kejadian kemalangan ini berpunca dari provokasi
Arwah meninggalkan seorang anak kecil, Syarifah Dian Syed Muhammad Danial berusia empat bulan
Masa yang sama dalam laporan Harian Metro turut menemuramah keluarga mentua kepada arwah Syed Muhammad Danial Syed Syakir di mana bapa mentuanya berkata, jika benar berlaku pergaduhan, tidak perlu hingga meragut nyawa” kata bapa mentua arwah, Mohd Rohzan Ramlee, 57.
Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre.
Mohd Rozhan Ramlee berkata, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian menimpa menantunya itu melalui anak bongsu, Zafri Amir, 19, selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira 2 petang, semalam.
“Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.
“Zafri yang tiba dulu di lokasi kemudian membawa abang iparnya ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre selepas mendapati klinik berkenaan tutup,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.
Mohd Rozhan berkata, dia yang tiba bersama isteri mangsa, Qistina Ayu, 28, di lokasi lima minit kemudian mendapati bahagian belakang kereta dipandu menantunya itu kemek.
“Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan. Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.
“Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya,” katanya.
Katanya, dia mengakui ahli keluarga menerima pelbagai spekulasi berkaitan kejadian menimpa menantunya itu berikutan penyebaran status serta video yang dimuat naik di media sosial sejak semalam.
“Saya ada dengar pelbagai versi mengenai kejadian itu. Namun, kita sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku. Jika benar seperti yang dikata (pergaduhan), tidak perlu sehingga meragut nyawa.
“Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.
“Menantu seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam.
“Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya ,” katanya yang berazam untuk membesarkan cucunya.
Zafri Amir ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, abang iparnya ditemui dalam keadaan separuh sedar di tepi laluan berkenaan.
“Saya kemudian bergegas membawanya menaiki kereta orang awam yang berada di lokasi untuk ke klinik berhampiran. Apa yang saya lihat pada abang ipar ketika itu adalah kesan lebam di kepala serta perutnya. Sepanjang perjalanan ke klinik berhampiran, dia dalam keadaan separuh sedar.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, dia sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan. Pihak doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya.
Sementara itu, isteri mangsa dilihat menangis teresak-esak sambil mendukung anak tunggal mereka, Syarifah Dian Syed Muhammad Danial berusia empat bulan ketika menunggu proses laporan bedah siasat.
Usaha wartawan untuk mendapatkan komen mengenai kejadian menimpa suaminya yang bekerja sebagai pengurus bank gagal apabila dia tidak mahu ditemu bual dan minta diberi ruang.
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota, Bangi selepas proses bedah siasat yang bermula jam 10 pagi selesai kira-kira 3 petang tadi. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Struktur bangunan sudah bertaraf kelas pertama tapi mentaliti minoriti masyarakat kita nampaknya masih bertaraf kelas ketiga.
Suatu ketika dahulu, masyarakat Malaysia cukup berbangga dengan menara berkembar Petronas aka Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia. Ketinggian KLCC bagaimanapun dipintas oleh beberapa menara baharu yang dibina selepas tahun 2000 seperti Burj Khalifa di Dubai dan Taipei 101 di Taiwan.
Kekaguman orang luar untuk melihat bangunan ikonik itu meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan popular di peringkat antarabangsa.
Terkini, Malaysia mula menjadi sebutan dengan kehadiran struktur Menara Merdeka 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada ketinggian 678.9 meter, ia sekaligus merupakan bangunan kedua tertinggi dunia buat masa ini selepas Burj Khalifa, Dubai.
Difahamkan, Menara Merdeka 118 kini sudahpun 85 peratus siap. Pemasangan lantai menara telah mencapai tingkat 118 manakala pemasangan panel kaca telah disiapkan hingga tingkat 114.
Gambaran artisGambaran sebenar Merdeka 118 setinggi 118 tingkat. Sumber Foto : The Star
Namun, perkhabaran yang baru diterima menerusi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Safwan Seth ini amat mendukacitakan.
Belum sampai dua minggu menara Merdeka 118 yang dibina dengan kos RM5 bilion ini dipasang, bahagian puncaknya sudahpun dicemari contengan tulisan yang mungkin dicat atau disembur pada bahagian strukturnya.
Antara nama yang jelas kelihatan adalah seperti ‘Raja’, ‘Syafiq’, ‘Johan’, ‘Kamal Survey’ dan bermacam-macam lagi.
Di mata dunia, Merdeka 118 gah dengan ketinggiannya. Malangnya, ia tidak terlepas daripada menjadi ‘mangsa’ vandalisme lantas membuatkan warganet Malaysia meluahkan geram di media sosial. Entah tangan siapalah yang ‘gatal’ menconteng mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur ini.
Di ruangan komen, ramai tampil mengecam perbuatan vandalisme terbabit dan menyalahkan individu yang menconteng namanya pada struktur tersebut.
*
Untuk pengetahuan, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB iaitu Ahmad Zulqarnain Onn pernah berkongsi fakta menarik mengenai puncak menara Merdeka 118. Ia berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan iaitu bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga.
Rekaannya pula amat menarik. Keseluruhan menara ini menggambarkan siluet Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman sewaktu Allahyarham mengangkat tangannya dan melaungkan “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957. Bahagian puncak menara atau ‘spire’ yang menjadi mangsa vandalisme ini melambangkan tangan beliau.
Nama Merdeka 118 diambil daripada mercu tanda sejarah negara iaitu Stadium Merdeka kerana lokasinya yang terletak di hadapan kedua-dua mercu tanda itu. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat menara.
Diharap selepas Menara Merdeka 118 disiapkan sepenuhnya, kesan-kesan contengan itu dapatlah dihapuskan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!