Sekian lama bermastautin di Montreal Kanada bersama keluarganya, pelakon terkenal era-90an serta bekas finalis pencarian Dewi Remaja kedua pada 1987/1988 iaitu Azah Aziz telahpun berkesempatan pulang ke Kuala Lumpur.
Kemunculan Azah di sini tidak keseorangan apabila dia ditemani tiga orang anak terunanya yang mewarisi rupa paras ibu bapa mereka.
Menariknya sewaktu mereka menjamu selera bersama-sama keluarga pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah di Hartamas baru-baru ini; Azah telahpun mencabar anak-anaknya itu untuk mencuba makan cili padi mentah!
Azah bersama rakan karibnya yang juga merupakan pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Menerusi hantaran video di Instagram Shiera, Aaron, 23; Ryan, 16 dan Justin, 13 tidak mudah melatah apabila dicabar sebegitu rupa oleh bapa mereka, Daud Leroy Abdullah.
“Saya rasa taktik saya adalah untuk menelan terus tanpa cili ini menyentuh mulut saya,” kata salah seorang anak Azah.
Ads
Daud yang melihat anak Shiera mengigit cili padi tanpa sebarang masalah kemudian mendorong Aaron dengan berkata, “Jika dia (seorang budak perempuan) boleh lakukannya, kamu pun boleh.”
Aaron, Ryan dan Justin terus menyahut cabaran terpaksa menahan rasa pedas cili padi yang fuh.. menyengat!
Kini, mereka sekeluarga telah ke Bali Indonesia pula untuk meluangkan masa bercuti di sana.
Untuk pengetahuan, perkahwinan Azah Aziz dan suaminya yang berbangsa Inggeris, Daud berkekalan selama 27 tahun. Setelah mengikat tali perkahwinan, Azah mengikut suaminya menetap di Montreal, Kanada.
Azah Aziz juga merupakan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 1987/1988 yang dimenangi oleh Aleeza Kassim. Turut ada bersama mereka pada edisi kedua itu ialah bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati dan Che Puan Datin Mimi Wahedah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kategori Dewi Inspirasi Pencarian Dewi Remaja 2019 telah diberikan kepada Nina Amin atas undian daripada pihak pengurusan, team produksi dan finalis Dewi Remaja yang lain itu sendiri.
Berusia 23 tahun, gadis yang berasal dari Selangor ini mempunyai semangat yang tinggi sejak di hari pertama sesi uji bakat lagi. Direject oleh juri pada stage pertama tidak membuatkan Nina putus asa untuk mencuba kali kedua.
Buktinya, keesokan harinya dia hadir bersama semangat baru dan kali ini berjaya menyakinkan pihak juri bahawa sememangnya dia layak untuk dipilih sebagai 12 finalis akhir Dewi Remaja 2019.
“Sememangnya saya tidak menyangka kerana dipilih sebagai Dewi Inspirasi. Kesemua finalis berhak untuk menang sebenarnya. Setiap hari mereka memberi inspirasi kepada saya dan mungkin kemenangan ini sudah tertulis menjadi rezeki saya pada malam ini,”
Semangat setia kawan
Sudah tentu kesemua finalis yang bertanding mempunyai misi dan harapan untuk menang. Namun, gadis ini tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya sering membantu rakan-rakan yang lain dalam setiap tugasan yang diberi, lebih-lebih lagi ketika sesi catwalk.
Memiliki kelebihan dalam peragaan fesyen, Nina sama sekali tidak berkira untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya yang lain sewaktu menghadiri majlis Fabulous MUA anjuran majalah Nona dan pertunjukan fesyen busana pengantin bersama Glitz dan majalah Pesona Pengantin.
“Saya percaya walaupun dalam pertandingan, tidak ada salahnya untuk kita saling bantu-membantu. Kita pun nak berada dalam industri yang sama, jadi apa salahnya kalau kita bantu-membantu. Saya percaya kalau kita melakukan kebaikan, kebaikan itu akan datang kepada kita,” jelas Nina.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Nina Amin kerana dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada tahun ini.
Semoga Nina lebih berjaya di luar sana dan mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jom kita recap sekejap apa yang terjadi di sebalik tabir episod kelima program Dewi Remaja 2018/2019.
Pada minggu ini, mereka semua mempunyai cabaran dalam bidang pengacaraan. Tetapi task tersebut datang dengan sedikit twist apabila mereka perlu berhadapan dengan selebriti kecil, Nik Harraz dan Alana dalam satu temubual.
Kemudian, mereka perlu ke luar pula untuk melakukan cabaran berbentuk Vlog hosting untuk tema-tema tertentu seperti ‘Makan’, ‘Healthy Lifestyle’, ‘Dekorasi’, ‘Travel’ dan sebagainya.
Sebelum melakukan itu semua, para dewi telah bertemu dengan pengasas Obsess Cosmetics, Puan Hafizatul Atikah yang juga merupakan salah seorang penaja bagi Dewi Remaja musim kesepuluh ini.
Tujuannya? Tentulah untuk mempelajari produk solekan yang betul sebelum mereka berada di tengah panas dan hujan semasa melakukan cabaran Vlog. Bukan sebarangan mekap okay yang boleh dipakai untuk task outdoor, kalau tak betul muka boleh kelihatan bertompok dan tidak sekata.
Apa yang korang tak lihat di sebalik tabir babak bersama Obsess Cosmetics itu adalah cabaran yang kami lakukan bersama finalis selepas itu.
Cabarannya ialah Blindfold Challengedi mana Dewi dibahagikan kepada 4 team. Setiap team mempunyai seorang ‘mangsa’, seorang ‘beauty guru’ dan seorang instructor. Sambil memakai blindfold, mereka perlu menyiapkan solekan menggunakan produk Obsess Cosmetics dalam masa 3 minit je. TIGA MINIT!
Hhm, cuba tengok siapa yang paling helok..
Team 1
Ernisha, Tia Sarah & Rania
Produk yang digunakan Tia Sarah pada akhir video: Obsess Cosmetics Concealer Pen Light
Team 2
Haneesya, Fazreen & Anna
Produk yang digunakan Fazreen pada akhir video: Obsess Cosmetics Liquid Matte Lipstick
Team 3
Rasya, Arena & Sherin
Produk yang digunakan Arena pada akhir video: Obsess Cosmetics DD Cushion Foundation
Team 4
Lydia, Zeera & Aween
Produk yang digunakan Zeera pada akhir video: Obsess Cosmetics Blusher Stick
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang penganjuran pencarian Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku apabila zaman berubah dari semasa ke semasa.
Antaranya termasuklah penukaran cara penyertaan. Dahulu finalis perlu menghantar borang dan kemudiannya pemenang bulanan akan dipaparkan di cover Majalah Remaja. Kini tidak lagi, sejak edisi 2014/2015, Majalah Remaja menganjurkan ujibakat terbuka kepada peserta untuk hadir.
Malah edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose itu juga memecah sejarah apabila ia merupakan edisi pertama yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian.
Setelah 3 edisi dianjurkan, pencarian Dewi Remaja 2019 menjadi edisi pertama yang menyaksikan seorang finalis Hijabi melangkah ke pentas finale.
Syamira Izzati, 22 baru saja diumumkan sebagai finalis terakhir dalam kedudukan Top 5 sebentar tadi live di rancangan MeleTOP.
Ia diumumkan oleh pengacara tetap, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa yang merupakan Dewi Remaja 2009/10.
Menurut Syamira, dia berbangga untuk mewakili remaja Hijabi secara amnya di pentas finale. Dirinya ingin membuktikan gadis berhijab juga punyai personaliti dan kebolehan yang boleh dibawa ke hadapan dalam industri seni dan apa jua bidang yang ingin mereka ceburi.
Ini sekaligus melengkapkan Top 5 Dewi Remaja 2019; yang terdiri daripada Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda, Shaza Bae dan Syamira Izzati. Adakah imej berhijab Syamira bakal menjadi kelebihan buatnya untuk tampil berbeza pada finale Dewi Remaja 2019?
Sama-sama kita nantikan dengan menonton acara finale pada 14 Disember ini (Sabtu) jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Namun sebelum itu, saksikan dahulu sesi live karpet merah #redONELiveStage yang akan bersiaran di Facebook Majalah Remaja pada jam 8.30 malam pada hari yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika anda pernah mengulang lagu Tetap Dalam Jiwa berkali-kali atau kagum melihat evolusi muzik Isyana Sarasvati sejak album Explore! sehingga LEXICON, berita ini pasti...