
Sepanjang penganjuran pencarian Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku apabila zaman berubah dari semasa ke semasa.
Antaranya termasuklah penukaran cara penyertaan. Dahulu finalis perlu menghantar borang dan kemudiannya pemenang bulanan akan dipaparkan di cover Majalah Remaja. Kini tidak lagi, sejak edisi 2014/2015, Majalah Remaja menganjurkan ujibakat terbuka kepada peserta untuk hadir.
Malah edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose itu juga memecah sejarah apabila ia merupakan edisi pertama yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian.
Setelah 3 edisi dianjurkan, pencarian Dewi Remaja 2019 menjadi edisi pertama yang menyaksikan seorang finalis Hijabi melangkah ke pentas finale.

Syamira Izzati, 22 baru saja diumumkan sebagai finalis terakhir dalam kedudukan Top 5 sebentar tadi live di rancangan MeleTOP.
Ia diumumkan oleh pengacara tetap, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa yang merupakan Dewi Remaja 2009/10.
Menurut Syamira, dia berbangga untuk mewakili remaja Hijabi secara amnya di pentas finale. Dirinya ingin membuktikan gadis berhijab juga punyai personaliti dan kebolehan yang boleh dibawa ke hadapan dalam industri seni dan apa jua bidang yang ingin mereka ceburi.

Ini sekaligus melengkapkan Top 5 Dewi Remaja 2019; yang terdiri daripada Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda, Shaza Bae dan Syamira Izzati. Adakah imej berhijab Syamira bakal menjadi kelebihan buatnya untuk tampil berbeza pada finale Dewi Remaja 2019?
Sama-sama kita nantikan dengan menonton acara finale pada 14 Disember ini (Sabtu) jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Namun sebelum itu, saksikan dahulu sesi live karpet merah #redONELiveStage yang akan bersiaran di Facebook Majalah Remaja pada jam 8.30 malam pada hari yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kak Aina Ada Mesej..” Raysha Rizrose Tiada Masalah Cover Lagu AJL35

Selama ini, ramai mengenali Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose menerusi lakonannya dalam drama-drama tempatan. Namun, tidak ramai menyedari bakat nyanyian yang ada pada pelakon jelita ini.
Video persembahan cover 12 buah lagu yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35 baru-baru ini telah menarik perhatian ramai warganet dek kerana kemunculan Raysha sebagai salah seorang daripada ahli kuartet tersebut.
Berdampingan dengan penyanyi yang lebih berpengalaman seperti Hannah Delisha, Azmi Saat (Caliph Buskers) dan Dean Eiman, ramai yang terkejut apabila mendengar nyanyiannya.
Raysha yang dihubungi oleh REMAJA berkongsi bahawa idea asal Hannah Delisha itu adalah untuk mengetengahkan beberapa orang bakat yang tidak bergelar penyanyi.
Lantas, Raysha bersetuju untuk terlibat sama memandangkan ia adalah sesuatu yang baharu untuknya dan kedengaran menyeronokkan.

“Ia adalah peluang yang jarang-jarang saya perolehi. Untuk menyanyi di samping abang Azmi yang terkenal dengan kekuatan vokalnya, dan bersama Hannah serta Dean pula – semua orang saling membantu sepanjang proses persediaan di studio selama kira-kira dua minggu.
“Mereka membuatkan saya tidak merasa tertekan langsung biarpun saya masih ‘hijau’ berbanding mereka.”
“Sebagai persediaan ekstra, saya juga sertai beberapa sesi kelas vokal,” katanya yang menyampaikan tiga buah lagu finalis iaitu Semalam (nyanyian Aina Abdul), Gundah (nyanyian Ernie Zakri) dan Belenggu Rindu (nyanyian Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah).
Bukan calang-calang ya lagu yang diperolehi Raysha, semuanya nyanyian vokalis mantap! Tidakkah dirinya merasa cemas untuk membawakan lagu-lagu tersebut?

Sumber Foto: Facebook Raysha Rizrose.
“Niat penglibatan saya ini adalah untuk memberi sokongan kepada finalis AJL ke-35.
“Saya cuba jadikan lagu-lagu tersebut sebagai lagu versi saya. Caranya, saya akan mendengar versi minus one dan saya aturkan key lagu mengikut vokal saya. Kalau nak ikut key penyanyi asal, saya masih belum sampai lagi ke tahap itu. (tergelak)
“Selepas video itu dimuat naik, kak Aina Abdul ada menghantarkan mesej dengan berkata ‘good job’,” tambahnya yang pernah menghasilkan beberapa klip video cover untuk lagu Cinta Sejati dan Cinta Luar Biasa.
Raysha tampak natural saja dalam video medley tersebut disebabkan pengalamannya merakamkan klip video sendiri sebelum ini. Rata-rata penonton memberikan galakan dan pujian di atas usaha dan bakat nyanyian yang dia miliki.
Melihat kepada respon tersebut, mungkinkah Raysha merancang untuk satu hari nanti merekodkan lagu nyanyian sendiri?
“Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi, it has been a passion of mine.
“Tentulah jika berpeluang saya ingin menyanyikan lagu sendiri. Cuma, bukan mudah untuk mendapat lagu yang ‘kena’ dengan diri kita. Saya pun enggan tergesa-gesa. Mana tahu satu hari nanti, ia akan menjadi kenyataan.”
“Buat masa ini, saya akan fokus pada dunia lakonan dahulu. Tambahan pula, saya sedang menantikan tarikh tayangan untuk tiga buah filem yang melibatkan saya pada tahun ini.
“Ia termasuklah filem Seandainya Kau Ada (Astro First), Roxana (Netflix) dan sebuah lagi filem terbitan Astro Shaw yang masih belum diberikan judul. Ketiga-tiganya merupakan projek istimewa bagi saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi dengan semua penonton,” tambahnya lagi.

Raysha di belakang tabir pembikinan filem Roxana. Sumber Foto: Facebook Raysha Rizrose.
Wow, dengar saja sudah rasa tidak sabar!
All the best kepada Raysha dalam kedua-dua bidang seni yang diceburinya ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bila Puteri Aishah & Rakan Dewi Remaja Upload Foto Throwback, Sweet Sangat! – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Congrats! 3 Pemenang Tiket Finale Dewi Remaja

Diam tak diam, dah masuk minggu akhir Pencarian Dewi Remaja dan Ahad ini menjadi malam penentuan untuk lima finalis akhir merebut takhta Dewi Remaja 18/19.
Bagi menghargai sokongan peminat yang selama ini tidak putus-putus memberi semangat kepada barisan finalis Dewi Remaja, Remaja telah pun bekerjasama dengan Astro Circle dalam Girl Power Challenge Contest pada Disember lepas.
Korang hanya perlu like FB Majalah Remaja dan Astro Circle, seterusnya tonton episod mingguan Girl Power Challenge setiap khamis di website kami untuk berikan idea paling power korang di ruangan komen FB ini.
Hadiah utama merupakan pakej percutian ke Pulau Langkawi untuk dua orang dan sepasang pas VIP ke Final Dewi Remaja, manakala harga sagu hati akan diberikan kepada dua pemenang yang masing-masing mendapat sepasang pas VIP ke Final Dewi Remaja.
Nah, pemenang sudah pun dipilih berdasarkan idea paling kreatif yang mereka kongsikan.
Pemenang hadiah utama diberikan kepada, jeng jeng jeng..
Sharifah Norbaizura Binti Syed Mhd Safie, 840825-10-XXXX
Dan dua lagi pemenang sagu hati adalah milik..
Nurul Irma Iza Binti Zulkafli, 911126-03-XXXX
Zuriatie Binti Mohd Nawi, 880330-03-XXXX
Tahniah kami ucapkan kepada semua barisan pemenang. Jumpa di malam finale Dewi Remaja nanti okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkenalkan TOP 20 Pencarian DEWI REMAJA 2018/19!

DEWI REMAJA is back!
Selepas menjalani sesi uji bakat yang berlangsung selama empat hari di Hotel Premiera baru-baru ini, inilah dia senarai TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19.
Sepanjang sesi uji bakat tersebut REMAJA telah menyaksikan ramai bakat-bakat baru yang mempunyai kebolehan masing-masing yang hebat belaka. Semua yang hadir mempunyai pakej serta kemampuan tersendiri lantas menyebabkan panel pemilihan DEWI REMAJA kali ini berdepan situasi yang agak sukar.

Namun adat pertandingan akan ada yang terpilih dan sebaliknya. Sejujurnya, REMAJA berasa SANGAT BANGGA dengan sikap serta attitude yang ditonjolkan oleh peserta uji bakat. Our Malaysian girls are truly amazing!
Sepanjang pengumuman TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19 di Instagram kami sejak petang Rabu lalu telah mendapat perhatian yang cukup besar terutamanya daripada peserta-peserta uji bakat. Kepada yang kurang bernasib baik, REMAJA ingin mengucapkan all the best dan selamat maju jaya. Jangan putus asa dan teruskan melakukan apa yang korang minat serta kejarlah impian itu.
Selepas ini pula debaran menantikan siapakah yang terpilih menjadi TO 12 FINALIS DEWI REMAJA 2018/19 pula akan dihadapi oleh kesemua peserta yang layak ke peringkat TOP 20.
Dan jangan lupa untuk tune in bersama REMAJA di Instagram kami pada 31 Oktober untuk mengetahui siapakah yang layak ke TOP 12!
Jom kita kenali TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19
ANNA JOBLING
LYDIA DE SAL
ZAHIRAH XAVIER
ARIESYA FARHA
ARENA IMAN
SHAZLEEN ARISHA
SARAH SHAH
FARZUWIN ISMAIL
AFIEFI RIANI
SOFEA DEAN
ELEEN NISYA
ERNI NURSYAHIRA
SARAYA MIA
SHERIN AMIRI
FAZREEN FAZERA
NURUL AINA
SHARIFAH HANEESYA
ZEERA AZIZI
QISTINA BATRISYIA
AFFIE RANIA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

