Selepas dinobat sebagai Dewi Remaja 2023, rezeki pemilik nama Nurel Baharin semakin mencurah dengan pelbagai tawaran yang diterima dalam industri seni tanah air.
Terbaharu, anak jati bumi Kenyalang ini dipilih sebagai pengacara terbaharu rancangan hiburan terkenal, Hlive! yang bersiaran di Astro Ria.
Berkata kepada Remaja, Nurel menzahirkan kegembiraan diatas pemilihan tersebut sementelah berjaya mencuba nasib menghadiri sesi uji bakat bagi program terbaharu mereka.
“Saya sangat gembira sangat kerana ramai senior Dewi Remaja pun ada berkerja dengan Hlive dan daripada platform ini saya boleh cari pengalaman serta belajar dunia pengacaraan.
Ads
“Sebelum menjadi hos Hlive, saya ada pegi beberapa casting untuk program rancangan baru mereka. Jadi, selepas itu rezeki saya di pilih sebagai hos Hlive,” katanya.
Bertanya pula mengenai momen pada hari pertama sebagai hos, Nurel berkongsi team Hlive tidak lokek ilmu dalam memberi tunjuk ajar mereka kepadanya.
Ads
“Saya sebelum ke set akan bertanya kepada bos, penerbit atau mana-mana hos yang sudah lama berkerja dengan Hlive untuk meminta pendapat mahupun ilmu yang boleh di dikongsikan bersama saya.
“Ya Allah, sejujurnya banyak juga tersasul. Selepas beberapa take, baru okey. Cuma, masih ada perasaan gementar sebab saya perlu ingat point dan susun ayat agar betul.
“Bagaimanapun, secara keseluruhan saya suka sangat sebab banyak yang membantu, Alhamdulillah,” tuturnya lagi.
Ads
Sekadar info, Shaza Bae, Nina Amin, Ash Azhan dan Fazziq Muqris antara keluaran Hero dan Dewi Remaja yang pernah menyandang sebagai pengacara menerusi rancangan Hlive!
Terdahulu, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 telah menyaksikan Nurel diangkat sebagai juara untuk program tersebut.
All the best to you Nurel!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagramdan TikTokrasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Phewwww, akhirnya sesi uji bakat Pencarian DEWI REMAJA 2018/19 yang berlangsung selama 4 hari di Hotel Premiera, Kuala Lumpur telah selesai.
Sepanjang 4 hari iaitu pada 29 dan 30 September serta 6 dan 7 Oktober yang lalu menyaksikan kehadiran yang cukup memberangsangkan daripada gadis-gadis seluruh negara yang ingin berkongsi bakat mereka bersama kami.
Jutaan terima kasih diucapkan buat penaja lokasi, Hotel Premiera yang telah memberikan kerjasama cukup baik kepada kami sepanjang sesi uji bakat ini.
Seperti yang kami jangkakan terdapat ramai bakat-bakat baru yang telah hadir sehingga membuatkan juri-juri juga cukup pening untuk memilih siapakah yang bakal menjadi Finalis DEWI REMAJA 2018/19. Jom ikuti 10 perkara dan fakta menarik yang berlaku sepanjang sesi uji bakat ini!
Pertandingan DEWI REMAJA cukup sinonim di kalangan bakat-bakat baru sebagai antara platform terbaik untuk mereka menceburkan dalam bidang seni. Pada ujibakat kali ini, REMAJA telah menyaksikan kemunculan beberapa orang artis yang ingin turut serta. Antara yang hadir ialah Neera Azizi, Didi Astillah dan penyanyi, Sissy Iman. Mereka menganggap inilah anatra platform untuk mereka terokai satu sisi baru dalam karier mereka. All the best girls!
Mungkin dalam edisi DEWI REMAJA sebelum ini istilah ‘Instafamous’ masih lagi belum popular. Namun dengan populariti laman media sosial Instagram kini semakin ramai gadis-gadis cantik dan berbakat mencipta nama sendiri menerusi perkongsian foto, video serta sedikit latar bekalang hidup mereka di situ. Kali ini beberapa orang Instafamous telah berjaya menangkap perhatian kami seperti Ayramessi, Pyka Rahman, Ariesya Farha dan Sharifah Eleen.
Pelbagai Negeri
Walaupun sesi uji bakat ini diadakan di ibu negara namun ia tidak menghalang ramai bakat-bakat baru yang menanam cita-cita tinggi untuk datang dan mencuba nasib. Ada peserta yang datang dari Kedah, Johor, Pulau Pinang dan paling jauh sekali ialah dari Sabah. Sesekali terdengar perbualan dalam loghat masing-masing membuatkan kami berasa cukup terharu. Kami di REMAJA berasa cukup terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada korang semua.
Bukan sahaja bakat-bakat baru yang mencuba nasib pada kali ini malah ada peserta yang berpengalaman menyertai pertandingan lain juga turut serta. Masing-masing percaya bahawa inilah platform untuk mereka kembangkan lagi bakat serta potensi mereka.
Dalam kesemua peserta yang hadir terdapat seorang peserta yang sangat menarik perhatian kami. Affie Rania merupakan anak kepada Che Puan Mimi Wahedah, pemenang tempat ke-3 DEWI REMAJA edisi kedua iaitu pada tahun 1987/88. Adakah Affie Rania bakal mengikuti jejak ibunya dalam pertandingan ini? Sama-sama kita nantikan!
Selain kemunculan artis, Instafamous dan anak selebriti perserta yang memiliki wajah seiras dengan artis popular juga menarik perhatian ramai. Walaupun ia bukanlah tiket untuk mereka layak ke pusingan seterusnya namun memiliki wajah seiras artis pastinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Kali ini REMAJA menemui dua peserta yang memiliki wajah seiras Amyra Rosli dan Sharifah Sakinah. Cuba korang tengok, seirias ke idok?
Setia Menanti
Hari ketiga menyaksikan kehadiran peserta uji bakat yang paling ramai. Maka tidak hairanlah sesi uji bakat ini berakhir sehingga jam 12 tangah malam. Rata-rata peserta terpaksa bersabar dan menunggu giliran masing-masing dalam tempoh yang cukup lama. Apatah lagi jika mereka layak dari pusingan kedua hingga keempat. Malah ada yang berada di lokasi uji bakat selama 11 jam!
Kesejukan
Antara perkara yang paling mencabar buat peserta uji bakat kali ini ialah berdepan suasana yang sejuk di dalam hotel. Biasalah dalam hotel pastinya akan tersedia penghawa dingin, namun bila sudah berada dalam ruang menunggu dalam masa yang lama pastinya boleh buat mereka semua kesejukan. Disebabkan itulah kami sentiasa memberi mereka tempoh untuk rehat dan keluar sekejap untuk mengambil udara luar yang lebih panas. Mungkin mereka boleh anggap ini sebagai antara ujian pertama nak jadi Dewi Remaja!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang menonton siaran langsung Meletop di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) semalam, pastinya korang masih ingat kelibat 12 orang peserta Dewi Remaja 2019 bersama pengacaranya, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Sebelum episod pertama ditayangkan pada 26 Oktober (Sabtu) ini, para finalis telah dijemput ke Meletop untuk memperkenalkan diri masing-masing buat kali pertama di hadapan orang ramai selepas sesi sidang media yang berlangsung pada 15 Oktober lalu.
Seperti biasa, Neelofa bertanyakan soalan bernas kepada mereka. Cuma ada satu soalan yang mencuri perhatian ramai netizen dan ia hadir daripada Dewi Remaja 2009/10 itu sendiri.
“Semasa saya bertanding dahulu, media sosial tidak begitu kuat seperti sekarang. Yang ada pun hanyalah Facebook dan kita mudah untuk mengawal pressure yang datang darinya.
“Zaman korang pula berlainan. Bagaimana nak elakkan kontroversi berlaku lagi dalam Dewi Remaja pada kali ini?”
Soalan itu relevan memandangkan penganjuran pada edisi kesepuluh yang lalu dicemari oleh kontroversi yang sedikit sebanyak mencacatkan legasi pencarian ini sejak ia dianjurkan pada tahun 1985.
Finalis Top 12 tidak tersentak dengan soalan Neelofa itu, malah lancar menjawab semula. Salah seorang finalisnya iaitu Adriana berkata, “Saya rasa sukar untuk kita kawal apa yang orang luar cakap. Susah nak tutup mulut orang. Tetapi apa yang kami boleh lakukan adalah untuk menjaga perilaku yang baik.”
Seorang lagi iaitu Shaza Bae pula berkata mereka perlu sedar dengan komitmen selepas bergelar peserta Dewi Remaja 2019.
“Bila sudah masuk ke pertandingan seperti ini, kami secara tak langsung sudah meletakkan diri kita di khalayak ramai. Segala kecaman dan kritikan perlu kta hadapi kerana sudah berada di bawah spotlight umum.”
Jelas Sharlina Gilbert pula, “Kita perlu tahu cara untuk mengawal diri sendiri di media sosial. Yang negatif abaikan, yang positif kita ambil untuk perbaiki diri.”
*
Sementara itu, Nabil ingin tahu mengenai misi mereka menyertai Dewi Remaja 2019. Bagaimana mereka ingin memberikan inspirasi kepada penonton terutamanya kepada remaja yang lebih muda daripada mereka.
“Nynaa sebelum ini perlu seimbangkan pembelajaran, peluang berlakon dan karier sebagai seorang model. Orang luar nampak model ini mempunyai kerja yang mudah, tetapi tidak ya. Jadi saya rasa kami sebagai finalis boleh memberikan inspirasi dari sudut itu.
“Mereka perlu utamakan pembelajaran, tetapi jangan sesekali lupa untuk mengejar impian,” kata graduan jurusan perakaunan dan kewangan itu.
*
So korang dah ready untuk menonton episod pertama Dewi Remaja 2019?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya rezeki menyebelahi juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae apabila terus bergiat aktif dalam bidang lakonan dan terbaharu, personaliti ini menjadi peneraju utama dalam drama bersiri Jangan Ganggu Jodohku di slot MegaDrama Astro Ria.
Drama bergenre komedi ini berkisarkan tentang seorang gadis bernama Aliza yang mempunyai kebolehan untuk melihat roh. Malangnya, roh-roh itu mengganggunya. Aliza dibantu seekor jin yang telah menjadi rakannya sejak kecil bernama Abu.
Jin ini melindungi Aliza dan tidak disangka sebenarnya sudah jatuh hati pada gadis itu. Jadi, setiap kali lelaki meminati Aliza pasti jin tersebut melakukan sesuatu agar mereka menjauhi anak gadis ini.
“Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada untuk saya dan kali ini, saya memegang watak utama dalam sebuah drama komedi seram. Apa yang menariknya, ini merupakan pertama kali genre komedi seram disiarkan dalam slot MegaDrama,”
“Watak Aliza ini cukup berat untuk dibawa kerana saya perlu banyak melakonkan babak dirasuk. Walaupun bergenre komedi, tetapi setiap kali Aliza dirasuk, saya perlu menjadi seorang yang serius dan bermain dengan emosi,”
“Kelainan yang dirasakan pada watak kali ini, lebih banyak aksi yang mencabar perlu dilakukan oleh saya untuk menghayati watak Aliza. Babak rasuk yang terlalu banyak membuatkan saya sedikit penat dan saya juga perlu melakukan stunt seperti tidur di kubur, mandi air sabun dan macam-macam lagi,”
“Sewaktu melakonkan babak pertama dalam drama ini, saya dan Noreen seperti dirasuk. Badan dan jantung saya seakan ditarik, tiba-tiba sahaja bulu roma naik. Pihak produksi terus meminta untuk saya masuk ke dalam bilik dan ketika itu saya menangis semahunya tanpa bersebab,”
“Sepanjang berada di lokasi penggambaran drama Jangan Ganggu Jodohku, saya sering membaca ayat Kursi kerana tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku. Alhamdulillah, kejadian dirasuk itu hanya berlaku sekali sahaja dan kami dapat menyelesaikan penggambaran dengan selamat,” ujar Shaza.
Selain Shaza Bae, drama ini turut dibintangi oleh Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran dan Amerul Affendi serta Aloy sebagai Abu.
Jangan lupa saksikan ‘Jangan Ganggu Jodohku’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Desas-desus mengenai perkahwinan bintang pop terkenal, Taylor Swift bersama pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Travis Kelce semakin hangat diperkatakan apabila laluan menuju ke...