Sukar untuk penonton tegar program realiti Gegar Vaganza meramalkan siapakah akan membawa pulang gelaran juara Gegar Vaganza musim kelapan malam ini. Justeru apabila Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara sebentar tadi, reaksi orang ramai nyata bercampur-baur. Ada yang bersetuju dan tentunya, kita tidak mengelakkan reaksi mereka yang tidak bersetuju.
Dengan kemenangan ini, Aliff Aziz sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Di antara Aliff Aziz dan Nikki Palikat yang membawa pulang gelaran Naib Juara, saingan mereka berdua di pentas akhir malam ini sememangnya sengit sehingga mencetuskan ‘perbalahan’ para penonton yang menyaksikan konsert akhir Gegar Vaganza 8 secara langsung di laman YouTube.
Menariknya, Aliff Aziz juga ialah juara kedua dari Singapura sepanjang Gegar Vaganza bersiaran selama lapan musim selepas Hady Mirza pada musim keenam.
Dalam nada sebak dan reaksi seakan tidak percaya, Aliff berkata, “Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah SWT kerana telah mengurniakan saya kemenangan ini.”
Ads
“Kepada semua rakan-rakan peserta saya, anda telah melakukan yang terbaik. Terima kasih kepada Umi dan Ayah Aliff di Singapura, kepada keluarga saya dan isteri saya. Terima kasih kepada Datuk Ramli MS, Bonda (Hetty Koes Endang), Datuk Syafinaz Selamat dan Joe.
“ Terima kasih kepada semua yang mendoakan Aliff dan memberikan kata-kata semangat, kemenangan ini adalah milik kita semua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berjuang bersama rakan-rakan saya sepanjang musim ini,” kata Aliff.
Tempat ketiga jatuh kepada Suki Low yang dilihat semakin menunjukkan ‘belang’ dari minggu ke minggu. Manakala Adibah Noor berada di tangga keempat, Azan Scan kelima dan akhirnya, Aweera mengejutkan ramai penonton apabila sekadar berada di tangga keenam.
Ads
Kegagalan Aweera untuk menempah sekurang-kurangnya slot Top 3 ini juga mengejutkan ramai pihak memandangkan dia telah mengungguli episod separuh akhir, minggu lalu.
Bercakap mengenai kemenangan Aliff Aziz ini, juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow turut bersetuju dengan kemenangannya ini.
Kata Joe, “Kita tahu Aliff ialah seorang superstar dan Gegar Vaganza adalah platfomr terbaik untuknya mengumumkan bahawa dia kembali semula dalam industri seni ini. Setelah melalui pelbagai harungan dan cabaran selama ini, saya rasakan dia benar-benar layak memenangi malam ini.
“Dia mempunyai bakat dan meletakkan minat serta jiwa dalam persembahan yang dilakukannya sepanjang musim ini,” ulas Joe yang dilantik sebagai juri jemputan pada pentas akhir. Terdahulu, Joe juga memuji Aliff dengan teknikaliti serta persembahan rap oleh Aliff Aziz sewaktu pusingan kedua para peserta.
Kata Datuk Syafinaz Selamat pula, dia merasakan Aliff layak membawa pulang kemenangan ini.
“Semua peserta termasuk Aliff mempunyai ‘ups & downs’ masing-masing sepanjang GV8. Kita boleh nampak semua orang mencuba sedaya upaya untuk berada di sini. Saya benar-benar maksudkannya apabila saya katakan tadi, ini ialah musim Gegar Vaganza terbaik dalam sejarah,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam setahun, agak-agak berapa kali anda pergi travel? Ada yang sekali setahun, dua tiga kali dan ada juga yang tiap-tiap bulan mesti kena travel tak kisah la walau dalam negeri sekali pun.
Cuma kadang-kadang, bila duit poket tak berapa nak mengizinkan mula la rasa lain macam dan simptom-simptom ini akan selalu anda rasai.
1. Setiap hari check tiket flight tapi hanya mampu tengok, tengok dan tengok
Hm, nak beli macam duit tak mengizinkan tapi sekadar nak bagi puas hati, dapat tengok pun jadi laa..
2. Backpack, boot, winter coat dah tak tahu ke mana dan kalau jumpa pun mungkin dah berhabuk
3. Ubat-ubatan dalam kotak ubat travel, sunblock semua dah expired
4. Mula la rasa sebak bila tengok kawan-kawan yang lain upload gambar travel dekat Instagram
5. Belek-belek passport, tengok tarikh cop imigresen yang ada
Sambil-sambil tu teringat kenangan-kenangan semasa travel dolu-dolu
6. Scroll gambar-gambar travel lama sambil senyum sorang-sorang
7. Up gambar-gambar travel yang lama dengan #throwback dan caption merentan dah lama tak pergi travel
8. Tak pernah-pernah naik bas, tren pergi kerja, tiba-tiba semangat pula
Rindu nak hidup dengan pengangkutan awam. Kalau dekat negara sendiri memang tak la, tapi sebab rindu nak experience tu, tak pasal-pasal naik bas pergi kerja.
9. Rindu nak packing beg
Selalu kalau nak pergi travel, perkara paling malas nak buat adalah packing baju. Tapi bila dah lama sangat tak berjalan, rasa rindu pula nak buat semua tu.
Gigih ni cari restoran yang memang menyediakan makanan asli dari Indonesia, Korea atau Arab semata-mata kekonon rindu sangat nak makan makanan negara mereka.
11. Excited gila bila jumpa pelancong
12. Diam je bila ada kawan yang baru balik travel cerita tentang pengalaman mereka
Iye la, nak cerita pengalaman sendiri pun dah basi. Semua orang dah pernah dengar.
Rasa-rasa dalam 12 simptom ini, ada tak yang terkena dekat batang hidung sendiri? Kalau ada, faham-faham la kan maksudnya. Dah boleh kot simpan duit sikit-sikit dan plan untuk next vacation. Hiks!
BTS telah mengumumkan bahawa mereka akan berehat daripada aktiviti kumpulan untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solo mereka. Huh, biar betul?
Kumpulan Kpop itu membuat kejutan pada malam 2022 BTS Fiesta, iaitu bagi meraikan ulang tahun BTS sebagai satu kumpulan dengan menyiarkan video pengumuman tentang hala tuju dan masa depan kumpulan mereka.
Selepas menikmati minuman dan berbual bersama, Suga memulakan perbualan dengan berkata. “Kami akan berehat sekarang.”
“Perlukah kami bercakap tentang sebab kita tidak mengadakan FESTA (tahun ini) dan mengapa kami tidak membuat banyak projek baharu?” sambung Suga.
RM menambah, selepas beberapa single BTS dicalonkan di Anugerah Grammy, dia menegaskan kumpulan itu sudah penat.
“Tidak ada masa untuk saya berkembang. Bukan sahaja daripada segi kemahiran, tetapi sebagai seorang manusia. Saya sangat berbeza daripada 10 tahun yang lalu dan memerlukan masa untuk berfikir bersendirian supaya pemikiran itu boleh matang menjadi sesuatu yang lebih unik,” ujar RM.
Jimin berkata, “Kami mua memikirkan jenis artis yang masing-masing ingin diingati oleh peminat. Saya fikit kerana itu kami sedang melalui masa yang sukar, kami cuba mencari identiti dan itu adalah proses yang meletihkan serta berpanjangan,” tambahnya.
Suga juga menambah, kerana sangat penat, dia bergelut untuk mencari inspirasi bagi menghasilkan penulisan lagu baharu.
“Perkara paling sukar ialah menulis lirik. Saya tidak boleh berfikir tentang apa yang saya rasa dan ingin katakan secara peribadi, tetapi saya rasa seperti hanya memaksa perkara itu sekarang.. dan itu adalah perkara yang sangat sukar,” jelas Suga.
“J-Hope memberitahu saya tentang perkara ini, kami semua boleh benar-benar fokus pada aktiviti solo buat masa ini dan kemudian kembali bersama sebagai satu kumpulan. Sinergi itu akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya,” kata V pula.
Sudah tentu berita ini membuatkan ramai peminat BTS sedih, namun mereka tetap memberikan sokongan yang terbaik buat kesemua ahli kumpulan kpop ini.
Sebagai peminat kami pasti ramai yang memahami dan bersikap terbuka menghormati keputusan yang diambil oleh kumpulan BTS ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sewaktu bercuti, makanan halal adalah perkara paling utama yang selalu kita fikirkan, terutamanya kalau ke luar negara.
Jadi, sebelum memulakan perjalanan biasanya kita dah bersiap sedia membawa bekalan makanan bersama sepanjang berada di tempat orang. Bukan saja untuk jaminan status halal, malah ia juga sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang.
Iye la, makanan dekat negara orang tu boleh tahan juga harganya. So, daripada membazir ada baiknya jika kita berjimat cermat kan. Tak gitu?
Untuk berkongsi pengalaman dan info yang boleh anda ikuti, berikut kami kongsi kan lapan makanan popular yang ringkas dan mudah untuk dibawa sewaktu travel.
1. Mi segera
Rasanya makanan ni memang wajib untuk dibawa kerana selain harganya yang murah, taste mi segera tu pun memang kena dengan tekak orang Malaysia, nak-nak time sejuk kan?
2. Sardin/Tuna
Mudah dan berbaloi kerana ia tidak perlu dimasak. Sumbat la sikit cili api, bawang dan limau nipis dalam luggage tu dan sampai je destinasi, potong cili serta bawang, kemudian perahkan dengan limau. Tak bau hanyir pun, jangan risau.
3. Minuman 3 in 1
Tak ada gula pun ok je bro. Cuma perlu tuang air panas dan gunakan la minuman 3 in 1 ni. Senang je kan? Jimat duit beli kopi dekat sana. Nak lagi jimat, boleh guna kod promo ni untuk booking hotel. Hiks!
4. Serunding
Kalau dah nama tekak Melayu makanan-makanan ni memang WAJIB ada!
5. Sambal ikan bilis kering
Dan…. yang ni pun WAJIB okay? Dah banyak pengusaha yang menghasilkan sambal ikan bilis kering yang mudah untuk dibawa.
6. Pes makanan
Ada pes makanan yang hanya perlu panaskan atau tuang saja air panas dalam bekas, masukkan pes dan gaul hingga sebati. Ada pula yang jenis boleh terus dimakan.
7. Roti
Walaupun nampak remeh dan roti juga ada dijual di mana-mana, tapi tak semua halal tau. So lebih baik bawa sendiri kan?
8. Coklat
Makanan kudapan yang senang nak dibawa. Letak dalam handbag pun boleh. Malam-malam dalam hotel terasa nak mengunyah, makan je coklat yang ada tu..
Nah, sebenarnya makanan-makanan ni bukan hanya popular dibawa bersama ketika travel ke negara-negara yang susah nak dapatkan makanan halal, tapi kalau travel ke negara yang majoritinya Islam sekali pun, ini antara makanan yang boleh dibawa untuk menyelamatkan poket daripada cepat kering. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...