Sewaktu bercuti, makanan halal adalah perkara paling utama yang selalu kita fikirkan, terutamanya kalau ke luar negara.
Jadi, sebelum memulakan perjalanan biasanya kita dah bersiap sedia membawa bekalan makanan bersama sepanjang berada di tempat orang. Bukan saja untuk jaminan status halal, malah ia juga sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang.
Iye la, makanan dekat negara orang tu boleh tahan juga harganya. So, daripada membazir ada baiknya jika kita berjimat cermat kan. Tak gitu?
Untuk berkongsi pengalaman dan info yang boleh anda ikuti, berikut kami kongsi kan lapan makanan popular yang ringkas dan mudah untuk dibawa sewaktu travel.
1. Mi segera

Rasanya makanan ni memang wajib untuk dibawa kerana selain harganya yang murah, taste mi segera tu pun memang kena dengan tekak orang Malaysia, nak-nak time sejuk kan?
2. Sardin/Tuna

Mudah dan berbaloi kerana ia tidak perlu dimasak. Sumbat la sikit cili api, bawang dan limau nipis dalam luggage tu dan sampai je destinasi, potong cili serta bawang, kemudian perahkan dengan limau. Tak bau hanyir pun, jangan risau.
3. Minuman 3 in 1

Tak ada gula pun ok je bro. Cuma perlu tuang air panas dan gunakan la minuman 3 in 1 ni. Senang je kan? Jimat duit beli kopi dekat sana. Nak lagi jimat, boleh guna kod promo ni untuk booking hotel. Hiks!

4. Serunding

Kalau dah nama tekak Melayu makanan-makanan ni memang WAJIB ada!
5. Sambal ikan bilis kering

Dan…. yang ni pun WAJIB okay? Dah banyak pengusaha yang menghasilkan sambal ikan bilis kering yang mudah untuk dibawa.
6. Pes makanan

Anda mungkin berminat dengan
Ada pes makanan yang hanya perlu panaskan atau tuang saja air panas dalam bekas, masukkan pes dan gaul hingga sebati. Ada pula yang jenis boleh terus dimakan.
7. Roti

Walaupun nampak remeh dan roti juga ada dijual di mana-mana, tapi tak semua halal tau. So lebih baik bawa sendiri kan?
8. Coklat

Makanan kudapan yang senang nak dibawa. Letak dalam handbag pun boleh. Malam-malam dalam hotel terasa nak mengunyah, makan je coklat yang ada tu..
Nah, sebenarnya makanan-makanan ni bukan hanya popular dibawa bersama ketika travel ke negara-negara yang susah nak dapatkan makanan halal, tapi kalau travel ke negara yang majoritinya Islam sekali pun, ini antara makanan yang boleh dibawa untuk menyelamatkan poket daripada cepat kering. Hehe..
∞
Ini gempak gila! Semua tahu yang BTS sememangnya Idol yang telah berjaya merentasi Hollywood, dengan kemenangan yang tidak dijangkakan,, dan banyak lagi pencapaian hebat mereka. Malah kemunculan mereka dalam rancangan-rancangan ternama seperti The Ellen DeGeneres Show juga membuatkan Army dan seluruh kpop fandom teruja dengan pencapaian kpop di mata dunia.
Terbaru, pelakon A-list Matthew McCnaughey menzahirkan rasa gembiranya bersama keluarga ketika menghadiri konsert BTS! Hebatnya BTS ni!
Menerusi episode yang disiarkan pada 21 Januari lalu, Matthew McConaughey berkongsi pengalamannya ketika menghadiri konsert BTS di Taxes “Love Yourself” World Tour tahun lalu. Anak lalaki Matthew yang berusia 10 tahun dikatakan salah seorang Army dan ingin menonton konsert tersebut.
“Sebulan sebelum konsert diadakan, saya Nampak anak saya ni obses dengan BTS, sampai hafal setiap lagu mereka . Paling saya tak sangka dia boleh rap dalam Bahasa Korea. Dia sendiri yang minta kami bawanya menonton konsert BTS sebagai hadiah hari jadinya, maka saya dan isteri turutkan dan pergi ke konsert tersebut bersama beberapa rakannya dan kami terhibur ketika berada di konsert tersebut” katanya ketika ditemu bual oleh Ellen.
Tak tahu macam mana nak cakap dengan fenomena BTS di mata dunia ni. Bangga tak Army Malaysia? Agaknya macam mana kalau BTS datang Malaysia kan? Hiks!
∞
Pelakon sensasi Korea Selatan, Hwang Jung Eum (41) kini sekali lagi berdepan cabaran terbesar dalam kerjayanya apabila didakwa atas kes pecah amanah melibatkan jumlah jutaan won. Walaupun beliau telah membayar semula kerugian, pendakwa tetap menuntut hukuman penjara tiga tahun.
Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Daerah Jeju mengadakan perbicaraan untuk kes tersebut dan pendakwa raya menegaskan Jung Eum perlu dikenakan hukuman penjara kerana melanggar Akta Hukuman Berat Jenayah Ekonomi.
Menurut laporan media Korea Selatan, beliau didakwa menyeleweng kira-kira 4.3 bilion Korea Won daripada agensi miliknya pada tahun 2022. Antara tindakan yang dilakukan termasuk memindahkan dana syarikat ke akaun peribadi sebelum dilaburkan ke dalam mata wang kripto.

Selain itu, wang syarikat turut digunakan bagi melangsaikan bil kad kredit peribadi serta faedah pinjaman cagaran saham dan hal ini menambahkan lagi beban kontroversi terhadap imej pelakon tersebut.
Dalam pada itu, perbicaraan awal Mei lalu, Jung Eum mengaku bersalah dan berjanji menyelesaikan bayaran semula. Beliau berjaya melangsaikan jumlah penuh melalui hasil penjualan aset peribadi, namun pihak pendakwa tetap menekankan perlunya hukuman dikenakan.
Sejak kes ini mencetuskan perhatian, kerjaya Jung Eum semakin tergugat dan penampilannya dalam rancangan realiti Solo Series turut dipotong hingga meninggalkan kesan terhadap rakan selebriti lain dan kru produksi.

Sebelum ini, Jung Eum sering meraih perhatian daripada beberapa drama popular seperti High Kick Through the Roof, Kill Me, Heal Me dan She Was Pretty. Walaupun pernah dikritik, beliau berjaya membuktikan bakatnya sehingga mampu diterima peminat sebagai pelakon versatil.
Perjalanan hidupnya sering dilanda kontroversi. Bermula daripada penceraian, isu salah sasaran hingga percintaan singkat dengan atlet, kini ditambah pula dengan tuduhan pecah amanah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Satu ujian personaliti telah dibuat berdasarkan gaya tidur seseorang individu. Enam posisi tidur yang kerap kali dilakukan diambil sebagai salah satu bahan uji kaji selidik. Berikut merupakan hasil ujian yang telah dijalankan. Jom semak sama ada betul atau tidak personaliti ini berdasarkan gaya tidur korang.
1. Jika korang tidak boleh tidur tanpa membengkokkan sedikit bahagian kaki dalam keadaan mengiring, maka korang adalah seorang yang tenang dan boleh dipercayai. Tidak ada perkara yang boleh membuatkan korang mudah terasa dan korang juga seorang yang berani menghadapi masa hadapan. Walaupun dihimpit dengan masalah, korang tetap boleh melemparkan senyuman dan menyesuaikan diri.
2. Korang yang gemarkan tidur secara posisi seperti janin adalah seorang yang inginkan perlindungan, mudah memahami dan penuh dengan sifat simpati. Dengan tidur seperti gaya ini, korang seperti ingin memisahkan masalah yang dihadapi daripada dunia realiti. Personaliti korang juga terdorong ke arah potensi untuk menjadi seorang yang pandai menari dan menulis blog.

3. Bagi individu yang tidur meniarap lebih kepada mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Korang bijak mengambil peluang dan inisiatif untuk memastikan keadaan sekeliling sama ada kehidupan peribadi dan kerjaya menjadi seimbang. Korang juga seorang yang penuh ketelitian dan tidak suka menangguhkan kerja. Seorang yang tabah dan berpotensi untuk mencapai kejayaan yang besar.
4. Jika gemar tidur secara terlentang, korang berkemungkinan besar seorang yang positif dan sukakan kehidupan. Seorang yang inginkan perhatian, korang juga akan melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu yang diingini dan mempunyai personaliti yang sangat dominan.
5. Jika korang tidur dalam posisi berbaring tegak dengan tangan di sisi, maka korang seorang yang mudah untuk ditegur. Individu ini juga seorang yang tahu apa yang mereka inginkan dan akan berusaha untuk mendapatkannya. Seorang yang tegas dan demanding, korang selalu inginkan yang terbaik dalam semua perkara.

6. Bagi yang gemar tidur sebelah kaki diangkatkan sedikit pada bahagian sisi, korang cenderung mempunyai personaliti yang tidak menentu dan mudah tertarik pada sesuatu perkara yang mencabar. Mood yang sering mengelirukan orang di sekeliling kerana korang seorang yang unpredictable. Biasanya, individu ini sukar untuk membuat sesuatu pilihan dan secara keseluruhannya.
Ha, macam mana? Posisi tidur mana yang selalu jadi favorite korang?
∞