27 Rejab merupakan tarikh gemilang buat umat Islam di seluruh dunia apabila kita memperingati dan mengambil iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj.

 

Perjalanan spiritual Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa; sebelum kemudiannya menembusi 7 lapisan langit sehingga ke Sidratul Muntaha dan akhirnya kembali semula ke kota Makkah pada malam yang sama.

Jelas, peristiwa ini amat luar biasa. Malah jika dinilai dek logik akal manusia yang lemah, ramai yang tidak mampu untuk mempercayainya.

Albert Eistein Setuju Teori Kelajuan Cahaya, Sains Anggap Israk Mikraj Tidak Mustahil?
Gambar hiasan.

Namun kita sebagai umat Islam wajib beriman kepada kekuasaan Allah dan dengan izinNya tiada perkara yang mustahil di dalam dunia ini.

IKLAN

Kita seharusnya mengambil teladan dari akhlak sahabat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang membenarkan dan meyakini sepenuhnya akan peristiwa ini. Disebabkan itulah beliau memperolehi gelaran as-Siddiq tersebut..

Tahap keimanan Saidina Abu Bakar yang tinggi tidak langsung mempertikaikan peristiwa yang dilalui oleh Baginda walaupun penduduk Makkah ketika itu ragu-ragu terhadap peristiwa tersebut.

*

Dengan perkembangan sains pula, semakin ramai ahli ilmiah yang muncul memberikan pandangan terhadap peristiwa Israk Mikraj. Dan ternyata, mereka tidak menganggapnya sebagai mustahil.

IKLAN

Ini berikutan teori kelajuan cahaya cepat yang mempunyai kaitan dengan perjalanan dan kelajuan perjalanan Israk Mikraj.

Pendapat ini didedahkan oleh pakar fizik, Albert Einstein yang mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk melengkapkan Teori Relativiti Khas kepada Teori Relativiti Umum.

Albert Eistein Setuju Teori Kelajuan Cahaya, Sains Anggap Israk Mikraj Tidak Mustahil?

Menerusi teori tersebut, ia menjelaskan mengenai kelajuan cahaya di mana seseorang itu tidak akan tertakluk atau terhad kepada masa dan tempat.

IKLAN

*

Apapun, sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu berpegang teguh kepada keimanan terhadap Allah SWT. Tidak perlu pun sebenarnya untuk kita mendapatkan pengesahan daripada para ilmuan Barat sekiranya hati disemat dengan iman.

Israk Mikraj ternyata merupakan perjalanan agung yang mengandungi makna tersirat dan perlu dihayati bagi menambah rasa ketakwaan terhadap Allah SWT.

Pengajaran dan asas terpenting di sebalik peristiwa tersebut seperti kewajipan solat serta keadaan penghuni syurga serta neraka menguatkan lagi akidah umat Nabi Muhammad SAW.

ARTIKEL BERKAITANCerita “Sengaja Ditambah” Yang Sering Disampaikan Tentang Israk Mikraj Wajib Kita Tahu – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI