Pernah tak terlintas dalam pemikiran korang, mengapa sesetengah daripada orang yang kita kenali selama ini tidak pernah berkira ketika mengulurkan bantuan?
Tanpa ganjaran mahupun pujian, mereka tetap ringan tulang untuk berbakti kepada orang lain tidak kiralah mereka mengenali insan tersebut ataupun tidak.
Antara yang terdetik di minda apabila bercakap mengenai wira-wira harian ialah insan seperti para malim di gunung-gunung sekitar Malaysia yang memastikan keselamatan pendaki, penyelam profesional dasar laut yang membawa keluar pukat hanyut daripada terumbu karang demi menjaga ekosistem hidupan di dasar laut serta sukarelawan banjir yang ikhlas memberi bantuan setiap kali negara dilanda pada setiap tahun.
Tanpa kita sedari, bukan mudah sebenarnya untuk seseorang mengikhlaskan diri dan berbuat sedemikian. Begitulah berbudinya masyarakat di Malaysia yang membuatkan kita turut merasa bangga apabila menjadi rakyat negara ini.
Kehadiran hero-hero ini dalam kehidupan kita sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kita semua untuk melakukan yang lebih baik pada keesokan hari. Sekiranya mereka boleh bergelar hero di mata kita, tidak mustahil kita juga mampu bergelar seorang hero (atau heroin) di mata orang lain.
Jika anda ada wira wira harian dalam kehidupan anda yang layak digelar sebagai wira sejati yang sering membantu orang di sekeliling mereka, apa kata korang calonkan sahaja kisah mereka untuk mengejar gelaran WIRA WONDA KITA.
Ads
Sejak penyertaan dibuka pada 16 September lalu, banyak sudah kisah-kisah penuh inspirasi yang telah pun disampaikan oleh rakyat Malaysia.
Begitupun, REMAJA percaya masih banyak kisah hero lain yang masih belum dikongsikan dan inilah masanya untuk anda kongsi yang boleh dijadikan contoh dalam kalangan kita semua yang membuat kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
Ads
Jadi, REMAJA ingin mengajak korang semua untuk mencalonkan wira wira harian ini berserta kisah mereka di www.wirawondakita.com bermula sekarang hingga 30 September ini.
Seramai lima hero terpilih akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan pemenang akan diraikan di rancangan MeleTOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
Ini adalah satu inisiatif cemerlang untuk kita kembali memberikan penghargaan khas buat mereka yang layak untuk menerimanya. Diharap dengan adanya inisiatif ini, kita semua boleh mengambil iktibar dan cuba untuk mengikhlaskan diri menjadi versi hero kita sendiri yang boleh berjasa kepada orang di sekeliling.
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang baharu, rasai kopi rasa tempatan dengan tongkat ali. Cita rasa kita, Wira Kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Tempoh permohonan telah pun ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, STPM, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
Tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, pelajar perlu membayar untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan secara online bagi melanjutkan pengajian.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
P/S: Teringat pula masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu ingatkan dah beli kod UPU ke belum. Hiks!
Tenaga kerja kejururawatan Singapura akan mendapat ganjaran besar manakala ratusan lagi katil hospital dan penjagaan pemulihan akan ditambah menjelang akhir 2023 untuk mengurangkan masalah tampungan di hospital awam.
Menteri Kesihatan Singapura, Encik Ong Ye Kung mengumumkan langkah membantu sektor jagaan kesihatan menangani masalah wad sesak dan masa menunggu yang lama itu semasa majlis penyampaian Anugerah Merit Jururawat (NMA) kepada 125 jururawat pada Rabu di Hotel Orchard.
Di bawah skim insentif yang diumumkan oleh Ong, jururawat akan layak menerima sehingga SGD100,000 (kira-kira RM356,615) dalam tempoh 20 tahun, atau sehingga umur persaraan, yang mana terdahulu.
Untuk menarik permohonan jururawat baru, bonus daftar masuk sebanyak $15,000 (RM53,492) turut ditawar, di samping memperluas katil pemulihan atau katil peralihan bagi mereka yang tidak lagi memerlukan penjagaan akut, dan mungkin sedang menunggu katil di rumah jagaan.
Langkah tersebut bertujuan menangani permintaan penjagaan kesihatan yang telah meningkat selepas wabak Covid-19 dan dijangka terus bertambah apabila penduduk Singapura semakin tua.
Ong turut berkata, COVID-19 menjadi penyebab utama kepada kekurangan jururawat, termasuk jururawat warga asing yang meninggalkan Singapura pada kadar yang tinggi ketika pandemik.
Kebanyakan jururawat asing di Singapura datang dari negara jiran termasuk Malaysia, Filipina dan Myanmar.
Bonus akan dibayar dalam tempoh dua tahun dan dalam tiga peringkat sebanyak $5,000 setiap kali dengan bayaran pertama diberi pada permulaan pekerjaan, manakala bayaran susulan akan dibuat pada penghujung tahun pertama dan kedua perkhidmatan.
Ganjaran itu diberi kepada semua lulusan bidang kejururawatan baru dari politeknik dan universiti tempatan yang memasuki sektor kejururawatan dalam kelompok penjagaan kesihatan awam, atau pertubuhan penjagaan komuniti kediaman yang dibiayai awam seperti rumah jagaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: BH Singapura
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak kira lelaki atau wanita pasti punyai haruman kegemaran minyak wangi bukan? Tapi biasanya haruman minyak wangi ini tidak berkekalan hingga ke malam.
Semburlah dibahagian ketiak, leher, baju dan sebagainya. Silap hari bulan tak sampai sebulan dah kena beli perfume baru sebab kehabisan.
Foto Via Pexels
Penggunaan haruman wangian sebenarnya ada cara yang betul agar ianya kekal lama sepanjang hari. Namun tidak ramai yang tahu tentang cara dan teknik betul menyembur minyak wangi. Mungkin juga ramai yang tidak menitik beratkan akan cara penggunaannya. Adakah anda sering menyembur wangian di bahagian leher, belakang telinga dan pergelangan tangan sambil menggeselkan kedua-dua belah tangan?
Kali ini, kami kongsikan cara yang betul untuk memakai haruman supaya lebih tahan lama.
TIP HARUMAN
Foto Via Pexels
Wangian akan tahan lebih lama pada kulit yang berminyak daripada kulit kering. Jika anda mengalami masalah kulit kering, sapukan sedikit petroleum jelly sebelum menyembur wangian terus ke kulit tubuh agar harumannya kekal lebih lama sepanjang hari.
SEBELUM MEMAKAI BAJU
Foto Via Pexels
Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa jika wangian disembur ke atas lapisan pakaian, ianya tidak menjamin harumannya akan kekal lama sepanjang hari. Ianya akan lebih mudah hilang dan tidak tahan lama. Untuk memastikan haruman wangian tersebut kekal sepanjang hari, pastikan anda menyembur wangian sebelum menyarungkan pakaian seperti di belakang leher, celahan lengan dan di bahagian belakang badan kerana dengan cara ini haruman mampu kekal wangi sepanjang hari.
JANGAN GESELKAN KEDUA PERGELANGAN TANGAN ANDA APABILA MEMAKAI HARUMAN
Foto Via Pexels
Ramai yang mempercayai jika wangian disembur pada bahagian pergelangan tangan sambil menggeselkan kedua-dua belah tangan ianya mampu mengekalkan keharumannya. Sebenarnya, ia bukan hanya tidak akan tahan lama, malah boleh menyebabkan iritasi ke atas kulit korang pula.
Jadi selamat mencuba, jangan main sembur je!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!