Sumber Foto : Reuters

 

Bencana banjir yang melanda Malaysia telahpun memasuki minggu kedua dengan beberapa negeri serta lokasi baharu yang kini sedang bersiap siaga bagi berdepan dengan kemungkinan hujan lebat berterusan serta banjir kilat. Ini termasuklah di Utara dan Pantai Timur Semenanjung seperti di negeri Kelantan yang telah mengeluarkan amaran cuaca buruk.

Tahukah korang, sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang perlu berdepan dengan bencana akhir tahun ini. Beberapa negara di garisan Khatulistiwa lain turut melaporkan kejadian banjir buruk. Ada yang baru berlarutan selama seminggu dua seperti di Malaysia, ada juga yang telah berdepan dengan hujan lebat serta banjir besar selama sebulan (OMG) seperti yang terjadi di Brazil.

Bukan Hanya Malaysia, Seluruh Dunia Sedang ‘Menangis’ – Kali Ini Giliran Brazil Banjir Besar
Pandangan atas menunjukkan seorang lelaki yang berjalan dalam banjir di Itajuipe, Bahia pada 27 Disember lalu. Sumber Foto : Reuters
Bukan Hanya Malaysia, Seluruh Dunia Sedang ‘Menangis’ – Kali Ini Giliran Brazil Banjir Besar
Sumber Foto : Reuters

Menurut laporan, angka korban di Brazil akibat banjir besar yang melanca negeri Bahia di Timur Laut negara itu telah meningkat kepada 20 orang pada Isnin lalu dengan 63,000 penduduk lain kehilangan tempat tinggal.

Kata Gabenor Bahia iaitu Rui Costa, ini merupakan bencana tebesar dalam sejarah negeri ini dan ia berpunca daripada, “Kesilapan yang dilakukan selama bertahun-tahun”.

Untuk pengetahuan, Bahia mempunyai kira-kira 15 juta penduduk. Biarpun banjir yang dialami mereka sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu (yakni sejak bulan November), namun ia menjadi semakin buruk pada akhir minggu lalu apabila dua buah empangan di bandar Jusiappe dan Itambe runtuh dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Bukan Hanya Malaysia, Seluruh Dunia Sedang ‘Menangis’ – Kali Ini Giliran Brazil Banjir Besar
Seorang mangsa menggunakan tilam bagi menyelamatkan diri di kawasan rumahnya di Itabuna, Bahia. Sumber Foto : Reuters

Menurut akhbar O Globo, pihak berkuasa sedang memantau keadaan 10 buah empangan lain sekiranya ada yang mempunyai tanda-tanda berdepan keruntuhan.

Akibat empangan yang pecah itu, kebanyakan rumah penduduk dan jalan utama di beberapa perbandaran di Selatan negeri itu ditenggelami air sejak Khamis minggu lalu. Tambah menyukarkan kerja-kerja menyelamar apabila arus deras yang dibawa Sungai Cachoeira yang dilaporkan melimpah.

Bukan Hanya Malaysia, Seluruh Dunia Sedang ‘Menangis’ – Kali Ini Giliran Brazil Banjir Besar
Banjir di Bahia yang semakin teruk akibat paras air di sungai Cachoeira yang meningkat. Sumber Foto : Reuters

Nasib mereka baik apabila paras air di sungai tersebut dijangka pulih dalam masa beberapa hari lagi sejak sekarang.

Nampaknya, seluruh dunia kini sedang ‘menangis’ dengan kesan-kesan perubahan iklim dan kerakusan manusia yang menceroboh alam semulajadi atas tiket pembangunan negara. Sekiranya keadaan ini berterusan, tidak mustahil bencana yang lebih teruk boleh berlaku tidak lama lagi termasuklah di Malaysia sendiri.

@majalahremaja Banjir di Kajang/Semenyih.. Sungai Langat kini sudah mencecah paras bahaya. Sesiapa yg berada di Semenyih, berhati-hati dan rancang perjalanan anda..🥺 bersiap sedia sebelum terlambat. #majalahremaja #remaja #foryoupage #fyp #banjir2021 #daruratbanjir ♬ original sound – Majalah Remaja

@majalahremaja Min doakan semua pelajar selamat..😰 hujan lebat semalam telah memberikan kesan kepada beberapa tempat terutamanya di kawasan Kajang/Semenyih dan kini di UIAM Gombak pula. #majalahremaja #remaja #fyp #foryoupage #banjir2021 #daruratbanjir #uiabanjir ♬ original sound – Majalah Remaja

ARTIKEL BERKAITAN : Met Malaysia Jangka Hujan Berterusan Akibat Luruan Monsun, Langkah Berjaga-Jaga Hingga 2 Januari – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI