‘Blackpink in your area!”
Siapa sahaja tidak kenal dengan figura kumpulan K-Pop terkenal ini? Lagu-lagu mereka yang sangat catchy dan rancak pasti menarik perhatian mana-mana anak muda zaman sekarang!
ARTIKEL BERKAITAN: Daebak! BLACKPINK Berjaya Cipta Rekod Baharu, Peminat Tumpang Bangga!

Baru-baru ini tumbler Starbucks edisi khas yang telah dikeluarkan untuk pasaran Asia dengan kerjasama kumpulan K-pop terkenal Blackpink didapati dijual semula dengan harga yang sangat mahal sehingga mencecah RM5,000 seunit.
Harga asal tumbler tersebut adalah antara RM200 dan RM478, namun ada sesetengah pembeli telah mengambil kesempatan dengan menjualnya semula pada harga yang terlalu tinggi.

Menurut sumber Kosmo, ada peminat yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan tumbler itu, dengan ramai yang berkongsi kegembiraan mereka apabila berjaya mendapatkan barang itu.
“Pada harga RM3,500 pun ada yang jual. Anda tahu ini edisi khas, tetapi harganya tidak masuk akal,” komen salah seorang peminat.
“Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita, ia juga dijual semula pada harga RM2,000 di Indonesia manakala beberapa edisi lain mencecah sehingga RM5,000,” komen warganet.

Seorang pengguna media sosial, bagaimanapun, berpendapat bahawa harga itu ternyata masuk akal kerana tumbler itu hanya terjual di Asia.
“Bagi saya, tidak mengapa untuk menjual pada harga seperti itu. Ini khas untuk pasaran Asia. Jika penjual bijak dan menggunakan mana-mana platform jualan antarabangsa, dia mungkin boleh menjual pada harga yang lebih tinggi,” jelasnya lagi.
Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.
Ukurlah baju di badan sendiri dulu ye…
BACA LAGI: Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan
Anda mungkin berminat dengan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, People
∞
Hujan lebat yang mula melanda negara akhir-akhir ini membawa kepada tragedi apabila berlaku kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung iaitu Banjaran Hot Spring, Tambun, Perak runtuh tengah malam tadi.
Dalam kejadian jam 1.28 pagi tadi, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang menginap di hotel tersebut.
"Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan mengenai kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.





Dalam usaha mencari itu, pasukan penyelamat turut menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian.
Beliau berkata sehingga kini pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa manakala maklumat lanjut mengenai mangsa belum dikenal pasti. Sumber : BERNAMA / Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
∞
Selain Istana Negara di Jalan Duta Kuala Lumpur, kediaman dua calon Perdana Menteri turut menjadi lokasi serbuan petugas media yang setia menantikan perkhabaran terbaru.
Dalam pada menunggu sejak awal pagi tadi, tumpuan petugas media di hadapan kediaman Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga terarah kepada keadaan sekeliling.
Di kediaman Anwar Ibrahim misalnya, kelibat kucing peliharaan milik keluarganya telah dilayan oleh petugas media apabila ia datang ke arah mereka tanpa rasa takut.
Kucing berwarna putih-kelabu yang dikenali sebagai Billy itu sempat diusik dan dipegang oleh mereka.

Sementara itu, di kediaman Muhyiddin Yassin pula; petugas media telah ‘dibelanja’ makanan berupa ayang goreng KFC oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Beliau yang mesra disapa sebagai Pak Wan memaklumkan beliau di situ untuk bertemu dan memberi sokongan kepada Muhyiddin sebelum Istana Negara menitah belia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada petang ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersabar, Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat” – YDP Agong – REMAJA
Setakat jam 5 petang, keputusan siapakah Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu masih belum diputuskan.
PH dan PN adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi pada PRU15, Sabtu lalu.
PH memperoleh 82 kerusi, manakala PN 73 kerusi, namun tidak cukup untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan selepas parti Barisan Nasional mengambil jalan untuk menjadi pembangkang tanpa bersatu dengan salah satu gagasan tersebut.
Sumber Foto: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Selepas beberapa bulan syarikat penerbangan menunda dan menghentikan perjalanan mereka sama ada di luar atau dalam negara, kini khabarnya Kumpulan AirAsia Malaysia bakal memulakan operasi penerbangan domestik bermula 29 April ini.
Menurut Presiden (Syarikat Penerbangan) Kumpulan AirAsia Bo Lingam yang dilaporkan oleh Astro Awani, dalam satu kenyataan memberitahu penyambungan semula perkhidmatan tersebut adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih sahaja.
“Penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan,” jawabnya.

Jelasnya lagi, pihak syarikat tambah murah itu akan mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan yang bertugas. Mereka juga akan mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.
Jadual penerbangan lain juga akan diikuti oleh AirAsia Thailand – FD (1 Mei 2020), AirAsia Filipina – Z2 (1 Mei 2020), AirAsia India – i5 (4 Mei 2020) dan AirAsia Indonesia -QZ (7 Mei 2020), tertakluk kepada kelulusan kerajaan.
Namun begitu, dilihat ramai netizen yang bimbang dan mengharapkan agar kawalan ketat diberikan agar rakyat tidak ke luar negara, malah tak kurang juga yang tidak bersetuju dengan khabar ini.








Hm, what say you? Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti.
∞