Sumber gambar: Andrea Piacquadio via pexels.com, reauters via thestar.com.my
Seperti yang kita tahu, kebebasan di laman internet tiada batasannya. Sekali klik sahaja pelbagai akses boleh berada di depan mat akita. Namun tidak semestinya perkara ini membawa kepada kebaikan, ada juga keburukan jika tidak dikawal. Hari ini Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat (DES) negara Gajah Outih ini menyekat akses kepada beberapa buah laman web lucah yang terkenal termasuk 190 yang lain.
Menteri kementerian itu, Buddhipongse Punnakanta menerima kecaman berbanding pujian kerana Tindakan mengharamkan akses kepada laman web lucah didakwa menghalang kebebasan rakyat untuk mengakses media.
Dalam satu laporan kepada wartawan oleh Channel News Asia, Menteri tersebut menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah satu usaha bagi mengekang akses kepada laman lucah termasuklah perjudian dan berpendapat bahawa kandungan seperti itu adalah tidak sah di bawah undang-undang jenayah siber Thailand.
IKLAN
Satu kumpulan yang keras dan lantang dalam membangkang keputusan ini dikenali sebagai ‘The Anonymous Party’ di Facebook berpendirian yang rakyat seharusnya diberi kebebasan untuk memiliki akses kepada sebarang bahan media termasuklah yang memaparkan kandungan seksual. Kata Kumpulan tersebut dalam satu hantaran di laman Facebook, “Kebebasan media merangkumi semua jenis kandungan termasuklah yang bertemakan seksual, selagi penonton tidak dipaksa menontonnya.”
IKLAN
Dalam satu laporan oleh Bangkok Post pula, aktivis Nuttaa Mahattana menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Tulisnya di laman Facebook, “Jangan kaitkan isu ini dengan politik dan jangan sokong aktiviti laman web yang tidak bermoral. Demokrasi tidak bermakna anda boleh melakukan segala perkara semahunya tanpa mengira tanggungjawab.”
IKLAN
***P/S – Tidak ada faedah pun menonton filem lucah. Betul tak?
Sumber: Bangkok Post, Channel News Asia & Astro Awani
Penjelasan peguam terkenal ini mungkin akan membuat kita tertanya-tanya, kenapa ada nampak seperti prejudis sedangkan kesalahannya sama. Namun sebelum kita ulas panjang-panjang baca dengan teliti mengenai undang-undang yang telah sedia ada namun hanya kita saja takt ahu kerana bukan bidang kuasa kita.
Baca penerangan dari peguam terkenal, Nor Zabetha mengenai isu pikat memikat dan apa yang membezakan hukuman pada lelaki dan perempuan. Sebaiknya, jangan sampai jatuh hati pada hak orang lain kerana di dunia kita mungkin seronok tapi bukan di akhirat ya.
Memikat isteri orang, adalah merupakan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara atau denda.
Jenis kesalahan ini ‘rare’, jarang-jarang kita dengar. Saya menulis ini pun kerana terbaca satu kes baru-baru ini, seorang artis Malaysia di dakwa di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana melarikan isteri orang.
.
Jom kita sembang terperinci sikit, pasal undang-undang lelaki tidak boleh mengorat dan bawa lari isteri orang! Apa elemennya? Kalau lelaki bercinta secara whatsapp dengan isteri orang tetapi tak dilarikan, boleh sabit kesalahan atau tidak?
Seksyen 498 memperuntukkan sekiranya seorang lelaki memikat ATAU membawa pergi ATAU menahan isteri orang dengan niat jenayah.
Jadi secara mudahnya, maksudnya tak boleh memikat isteri orang atau bawa lari dengan niat jahat, tetapi macam mana sekiranya seorang lelaki mendapati si isteri didera suami dan bantu si isteri lari dari rumah untuk bawa ke rumah perlindungan wanita.
Jangan ambil risiko kerana suaminya boleh buat laporan dan ‘twist’ cerita. Anda mintalah bantuan wanita lain seperti ahli keluarga atau rakan-rakan. Kalau masih anda hendak teman, buat cover report polis sebelum membantu.
Mana-mana lelaki yang memikat, mengorat dan bawa lari dengan niat untuk meniduri wanita tersebut atau bagi dibawa bagi pihak orang lain dengan niat jenayah akan melalui proses siasatan jenayah dan boleh di dakwa.
Si pelaku akan dipanggil ke balai, perlu bagi keterangan, boleh dituduhkan di mahkamah dan melalui prosiding mahkamah, tidak kiralah sama ada mengaku bersalah atau meneruskan dengan perbicaraan. Renyah dan panjang prosesnya.
Ini saya petik salah satu bacaan pertuduhan di mahkamah melalui jurnal undang-undang, berdasarkan kes yang pernah belaku. Nama bukan nama sebenar:-
Bahawa kamu pada 6 Mac 2014 di hotel Leo Express, 59-65, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah pergi memikat Aminah Binti Ali (No. K/P: 12345678) yang kamu ketahui merupakan isteri kepada Abu Bin Hassan (No. K/P: 12345678) dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan kamu, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
Hukuman: Sabit kesalahan kamu boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Dalam kes di atas ini, memandangkan si pelaku telah membawa isteri orang ini sebanyak tiga kali, maka dia didakwa dan pertuduhan dibacakan sebanyak 3 kali mengikut tarikh-tarikh kesalahan berbeza. Ini bermakna hukumannya lebih berat berbanding jika satu pertuduhan.
Saya semak dalam jurnal undang-undang, laporan kes di bawah Seksyen ini bermula sejak dari tahun 1930 an lagi. Lebih banyak kes sebelum merdeka bagi kesalahan ini. Sekarang bukan selalu boleh dengar. Ada tetapi bukan selalu.
Mungkin juga kerana sebelum merdeka dahulu, perkahwinan telah diaturkan keluarga. Cinta atau tidak belakang kira. Perkahwinan pula waktu benar-benar muda, masih tidak reti membuat pilihan. Itulah agaknya punca membawa lari isteri orang, sebab setelah masing-masing berkahwin bercinta pula dengan yang lain.
Walaupun zaman telah lama berlalu, tetapi kes begini ada tetapi bukanlah selalu. Kadangkala kes begini, suami pun serba salah dan jadi malu hendak buat laporan polis kerana isu keluarga dan sangat mendatangkan aib.
Tambah pula, bila jika diteruskan perbicaraan di mahkamah, suami sebagai pengadu perlu jadi saksi. Soalan yang ditanya oleh pendakwaraya dan peguam, pasti akan membuka hal-hal rumahtangga dan aib masing-masing.
Sebab itu, banyak kes tidak diteruskan. Malu oi! Tambah pula jika isteri sendiri yang mengikuti lelaki lain, tamparan yang hebat kepada suami.
.
Di Malaysia kalau lelaki mengorat isteri orang, lelaki tersebut boleh disabitkan kesalahan. Macam mana pula, perempuan yang goda suami orang? Sama atau tidak?
Malangnya ladies, sekiranya ada wanita yang memikat suami kalian dan bawa lari, tidak ada peruntukan undang-undang jenayah yang boleh digunakan untuk mendakwa perempuan itu.
Cumanya, kena rujuk pula kepada bidang kuasa syariah, wanita ketiga yang merosakkan rumah tangga orang boleh diambil tindakan tetapi, payah sebenarnya beban pembuktian, tak sama dengan Seksyen 498 KK.
Kalau tidak ada undang-undang pun, merosakan rumah tangga orang memang perbuatan yang kejam. Kasihan pasangan atau anak-anak, tekanan terhadap mereka berdepan situasi.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah menfatwakan ‘claw machine’ atau mesin permainan kaut sebagai haram dalam agama Islam.
Ketua Fatwa MUI iaitu Asrorun Niam dalam kenyataannya kepada media Indonesia berkata, permainan popular di lokasi seperti arked, taman tema dan funfair itu menjadi haram kerana asasnya membabitkan kaedah cuba nasib demi mendapatkan hadiah berupa patung permainan yang ada di dalam kotak mesin.
“Permainan yang mengeluarkan duit untuk mendapatkan faedah atau hadiah termasuk cara kaedah seperti mencuba nasib adalah haram.
“Permainan ini sudah pun dianggap mengandungi unsur judi,” jelasnya. Beliau turut menyenaraikan permainan lain seperti Medal Game, Pusher Machine dan Redemption Machine sebagai haram.
Tiada jaminan pemainnya akan memperolehi apa-apa item daripada mesin permainan kaut ini yang dipercayai menggunakan teknik penipuan bagi menggagalkan peluang mendapat hadiah.
Oleh itu, ia disamakan dengan perbuatan perjudian (kerana tiada jaminan akan menang) dan dijatuhkan hukuman haram ke atasnya.
Terdahulu, permainan ‘Loot Box’ juga dilihat sebagai salah satu permainan berunsur perjudian di Eropah sehingga beberapa persatuan menyeru agar ia dilarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kemunculan wabak virus korona 2019-nCoV yang menyerang secara tiba-tiba di bandar Wuhan mengejutkan ramai pihak.
Malahan wabak ni cepat merebakdan berkait rapat dengan virus berbahaya Acute Respiratory Syndrome (SARS). Virus SARS ini, pernah menyerang China sekitar hujung tahun 2002 dan awal tahun 2003.
Menurut pakar kesihatan di China, wabak virus korona yang berlaku pada tahun ini, merupakan virus mutasi yang boleh merebak di kalangan manusia menerusi haiwan yang sakit, melalui pernafasan.
Terbaru, lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada Khamis. Serius la guys!
Menurut Astro Awani , mereka telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru untuk pemantauan lanjut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pula berkata, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya seminggu.
“Mereka sedang dipantau dan diasingkan di sebuah hotel untuk seminggu. Mereka bukanlah pesakit, namun dipantau secara rapat untuk memastikan sama ada ada simptom koronavirus kerana mereka telah bersama-sama dengan seorang lelaki yang telah disahkan positif di Singapura,” kata Dr Lee.
Menurut laporan itu, seorang lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa, Sentosa.
Laporan itu turut menyebut lapan individu dari kumpulan yang tiba bersamanya ke Singapura sudah pun berangkat pulang dari negara berkenaan dan kementerian sudah menghubungi pihak berkuasa negara yang mereka tujui.
Info & Simptom Jangkitan Virus Korona
Wabak virus korona ini sangat berbahaya kepada manusia dan pakar kesihatan menasihati agar kita semua dapat beri perhatian terhadap sebarang tanda-tanda jangkitan virus korona. Jika dapat dikenalpasti lebih awal, nyawa dapat di selamatkan pada peringkat awal.
Ini antara simptom pesakit yang dijangkiti virus korona
Demam
Batuk
Kesukaran bernafas
Nafas menjadi pendek/singkat
Pneumonia
Antara langkah yang disarankan adalah:
Elakkan berada di kawasan yang ramai orang
(Jika boleh) jauhi sebarang sentuhan dengan haiwan
Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau guna sanitizer tangan, apabila menyentuh sesuatu di tempat awam
Pakai topeng penutup hidung dan mulut
Elakkan dari melancong ke bandar-bandar yang di kuanrantin oleh kerajaan China
Jangan pandang remeh terhadap virus yang mula merebak di Malaysia dan negara-negara sekitar, dan jika ada ahli keluarga yang baru pulang dari melancong, nasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital bagi mengenalpasti tiada sebarang masalah kesihatan berlaku. Ish risau pula penulis!
Rapper tempatan, Bunga dijadualkan membuat persembahan pembukaan di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur pada 22 November 2023.