Pemilik nama penuh Zafira Natasha Yong merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2022 dan berjaya bergelar antara 10 peserta terbaik. Walaupun baru berusia 21 tahun, namun gadis yang berasal dari Johor Darul Takzim ini tahu apa yang ingin dicapai dalam kehidupan.
Bergelar seorang pelajar di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabudaya, Zafira bijak dalam membahagikan masa di antara pelajaran dan dunia seni yang diminatinya.
Kini berada di semester kelima, setakat ini sepanjang pengajian dia sentiasa berjaya mengekalkan rekod Anugerah Dekan untuk setiap semester. Cita-citanya adalah untuk mendapat Anugerah Naib Canselor apabila tamat pengajian nanti.
Apakah yang membuatkan Zafira bersungguh-sungguh dalam bidang akademik?
Bersungguh sungguh belajar untuk fullfill the term ‘beauty with brain’. Saya pernah dipandang rendah oleh orang lain yang mana mereka menyatakan bahawa I cannot achieve anything big in life. Sebab itulah saya bersungguh-sungguh belajar supaya I can be proud of myself and with what I have achieved.
Ads
Bagaimana kehidupan selepas tamat pertandingan Dewi Remaja?
Lepas tamat malam finale, of course I focus sambung belajar tetapi saya juga terus menggunakan segala pendedahan yang diperolehi dari Dewi Remaja dan menghadiri banyak casting. Sangat mencabar, tetapi saya masih ingat yang saya menangis ketika saya mendapat kerja pertama saya sebagai model komersial untuk iklan Jobstreet. I feel like my hard work paid off.
Baru-baru ini anda terlibat dengan jenama CIMB dan Kashfi Zulkufli untuk berjalan di pentas peragaan, apakah perasaan ketika itu?
Ads
Yes, dari kecil memang saya memiliki cita-cita nak jadi runway model. Allhamdulliah my dream came through and I am doing my best to secure more runway jobs. Ketika itu, Zafira rasa sangat nervous but at the same time excited. I had a great time walking for kashfi and I learned a lot from the other models.
Kini anda terlibat seorang pelakon dan memegang watak utama siri drama Kau Sundaeku untuk McDonalds, ceritakan mengenai pengalaman tersebut?
Pada mulanya saya ke sesi ujibakat untuk watak Nina, tetapi ejen berkongsi yang saya boleh lakukan uji bakat untuk kedua-dua watak utama iatu Aisyah. Jadi saya pun mencuba kedua-duanya. Sebaik sahaja dapat callback, saya berasa sangat teruja sebab pertama kali dapat bekerja dengan jenama besar.
Belajar pandai dan berbakat pula. Apakah cita-cita Zafira yang paling utama?
Selain dari menceburkan diri dalam dunia peragaan dan sebagainya, sejak dari dulu lagi saya mahu bekerja di kedutaan ataupun bidang perhubungan awam dan komunikasi. Itu murupakan gol utama saya sebab saya suka berjumpa dengan orang baru, mengembara dan merasa sibuk. Insyallah in March, I will start my internship in a Government Relation Organization, so I can say that I am on the right track.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh boling wanita negara, Nora Lyana Nastasia Norkamal baru-baru ini berjaya meraih perhatian selepas berjaya meraih kejuaraan dalam kategori wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Thailand 2026. Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara atlet boling terbaik negara di pentas antarabangsa.
Difahamkan, atlet yang berusia 29 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung sebelum melangkah ke pentas final ‘stepladder’ yang cukup mendebarkan. Persembahan beliau yang konsisten jelas menjadi faktor utama kejayaannya menewaskan pencabar lain.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Bangkok menyaksikan Nora Lyana berdepan cabaran sengit daripada pemain Singapura, New Hui Fen. Namun begitu, pengalaman dan ketenangan yang dimiliki Nora Lyana nyata memberikan kelebihan besar dalam aksi penentuan tersebut.
Dalam perlawanan tersebut, Nora Lyana berjaya mencatatkan 474 jatuhan pin bagi dua permainan, sekali gus mengatasi Hui Fen yang hanya merekodkan 353 jatuhan pin. Perbezaan mata yang agak ketara itu menggambarkan dominasi beliau sepanjang perlawanan akhir berkenaan.
Mengulas mengenai kejayaannya, Nora Lyana meluahkan rasa syukur atas pencapaian yang diraih, apatah lagi ia merupakan gelaran ketiganya dalam kejohanan tersebut.
“Saya amat bersyukur kerana dapat meraih gelaran ini buat kali ketiga. Ia begitu bermakna, lebih-lebih lagi kerana memberikan suntikan semangat menjelang Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) tahun ini”
“Keupayaan mengharungi keadaan lorong yang mencabar dan mara hingga ke penghujung benar-benar saya rasa bagaikan satu rahmat,” katanya.
Pada masa yang sama, Nora Lyana turut menyuarakan harapan untuk meneruskan momentum cemerlang ini sepanjang musim 2026. Fokusnya kini terarah kepada beberapa kejohanan besar yang bakal disertai dalam masa terdekat.
Untuk perkembangan lain, beliau dijangka akan memberi tumpuan penuh terhadap persiapan menghadapi Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) selain Kejohanan Asia 2026 yang dijadual berlangsung pada November di Doha, Qatar.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, pempengaruh dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming sinonim dengan siri ‘30 Hari 30 Resepi’ bersempena puasa di bulan Ramadan. Namun, baru-baru ini beliau muncul bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober dengan video terbaru memasak masakan India.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) menyahut cabaran dengan menyediakan tiga juadah India iaitu ulunthu vadai (wade), masala tea (teh masala/berempah) dan kari ayam ala India.
“Saya memang gemarkan makanan India tetapi tidak pernah cuba memasaknya. Justeru, bersempena dengan Deepavali, saya cabar diri untuk belajar dan berkongsi resipi ini dengan penonton,” dia berkata kepada Bernama ketika penggambaran eksklusif di studionya, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, bagi memastikan hidangan yang disediakan itu benar-benar menyerlahkan keaslian masakan India, beliau dan pasukannya sangat teliti dalam pemilihan bahan dan kiraan sukatan.
Dalam pada itu, semasa menyediakan wade, gorengan India Selatan yang diperbuat daripada sejenis kacang hitam, cili, bawang besar dan tepung beras. Khairul Aming berkata ia salah satu hidangan yang agak sukar untuk disediakan dan memerlukan latihan berulang kali.
Selain daripada itu, hidangan itu juga dilengkapkan dengan teh masala dan kari ayam dihiasi daun ketumbar yang diletakkan di atas pinggan perak beralaskan daun pisang.
Bercakap mengenai persediaan, Khairul Aming juga turut menyelami budaya masyarakat India, termasuk membeli bahan-bahan masakan tersebut di Little India, Brickfields serta menggunakan periuk tanah liat dan perkakas dapur diperbuat daripada perak.
Beliau turut berkongsi pengalamannya pertama kali membeli-belah untuk persediaan Deepavali dan menggambarkan suasananya sebagai sesuatu yang berwarna-warni dan mengharukan.
Sekadar info, memetik laporan Bernama, Khairul Aming bakal mengeluarkan video berjudul ‘Khairul Aming’s Deepavali Special’ menjelang sambutan Pesta Cahaya yang akan disambut pada Khamis ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan sukan tarian negara merangkul satu pingat emas pada Terbuka Macedonia 2024 baru-baru ini apabila Cherry Yeo yang bertanding dalam kategori Solo Latin dewasa, mencuri perhatian juri dengan lenggok pinggulnya untuk menewaskan 28 atlet lain dengan pungutan mata keseluruhan 150.
Dalam pada itu, kemaskini mata ranking menyaksikan juara Piala Dunia 2024 di Serbia pada Oktober lalu itu melonjak ke tangga teratas dengan himpunan 820 mata.
Menurut penari yang berusia 19 tahun itu, ia bukanlah satu tugas mudah untuk berada di persada dunia, bahkan banyak dugaan perlu dilalui.
“Cabaran terhebat saya untuk kejohanan ini ialah saya kehilangan bagasi kerana waktu transit di antara penerbangan pertama dan kedua amat singkat,” katanya.
“Saya tidak menerima bagasi saya pada waktu sepatutnya. Saya berada dalam keadaan sangat panik dan tidak tahu apa untuk dilakukan kerana tiada apa bersama saya,” ujarnya lagi menerusi satu kenyataan yang dilaporkan menerusi Astro Arena.
“Mujur seragam dan kasut ada di tangan saya ketika itu dan saya juga ada rakan di sini, jadi dia meminjamkan beberapa keperluan yang saya perlukan,” tambahnya.
Selain itu, menurut Cherry kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih beliau iaitu Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy.
Sementara itu, sebanyak 22 negara termasuk Malaysia menyertai kejohanan berkenaan.
Sumber: Astro Arena
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!