Bayangkan perasaan apabila sebuah lagu yang ditulis sepenuh jiwa, dihasilkan bersama adik sendiri, akhirnya bergema di stadium terbesar negara dan dinyanyikan oleh Biduanita Negara di hadapan puluhan ribu peminat.
Itulah detik penuh emosi yang dirasai penyanyi dan komposer muda, Aisha Retno, apabila lagu ciptaannya berjudul Kesuma dipersembahkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Legasi 30 Siti Nurhalizadi Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
“Sudut pandangan menyaksikan lagu yang ditulis dan dihasilkan bersama adik saya buat penyanyi lagenda Datuk Seri Siti Nurhaliza didendangkan di konsertnya di hadapan 65,000 penonton secara langsung.”
Aisha berkongsi reaksinya itu menerusi satu hantaran di Instagram, sekali gus menggambarkan rasa sebak, terharu dan bangga yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Ads
Sebak, Bangga & Sarat Makna
Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Samudera itu dilihat tidak dapat menahan air mata apabila menyaksikan Kesuma bukan sahaja dinyanyikan dengan penuh penghayatan oleh Siti Nurhaliza, malah turut menjadi siulan ribuan penonton pada malam bersejarah tersebut.
“Terima kasih TokTi kerana menyebut nama saya sebagai penghargaan. Ia sangat bermakna untuk saya,” katanya.
Ads
Aisha turut meluahkan kepuasan terhadap cara penyampaian Siti yang menurutnya sangat kemas dan tepat, seolah-olah kembali ke detik rakaman lagu tersebut.
“Terima kasih TokTi untuk persembahan ini. Sayang TokTi selamanya. Terima kasih atas persembahan mega Kesuma.
Ads
‘Majulah muzik etnik tradisional selamanya tanpa ditelan zaman,’” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Aisha turut meluahkan rasa kagum dan bangga dengan pencapaiannya, malah memuji keberanian serta bakat besar penyanyi muda itu kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang dianggap agung dan bermakna buat seorang legenda muzik negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaharu, pelakon tinggi lampai, Arja Lee, menzahirkan kesyukuran apabila berjaya menjadi salah seorang penerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan Persembahan pada Majlis Konvokesyen Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, pelakon naskhah Bahagia Bukan Bidaan itu mendedahkan perasaannya yang tidak dapat terungkap dan bercampur baur pada majlis tersebut.
Bagaimanapun, segala perasaan gementar dan gemuruh yang dirasainya sebelum itu terus ‘lenyap’ di saat mendengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta yang hadir bagi meraikan kejayaannya.
“Debarnya sungguh berbeza kali ini! Tak dapat saya gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran saya pada waktu ini… teramat berbeza!
“Tatkala nama saya disebut sehinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar dikala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas. Ya, aku kini bergelar graduan Ijazah Sarjana,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut sama menumpang gembira selain mengucapkan kata tahniah buat Arja atas kejayaannya itu.
Dalam perkongsian lain, pelakon itu juga berkesempatan menitipkan penghargaan buat sahabat handai dan orang sekeliling yang tidak pernah lekang mendoakan sepanjang pengajiannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika dahulu, hotel dan chalet lima bintang menjadi tempat menginap kegemaran pelancong sekiranya sedang bercuti di Malaysia. Namun sekarang, rangkaian Airbnb pula yang menjadi pilihan mereka.
Menurut laporan pengarah urusan Airbnb di Asia Tenggara iaitu Mich Goh, tahun 2017 telah menyaksikan peningkatan 137% pada jumlah pengunjung yang menggunakan perkhidmatan tersebut semasa melancong di Malaysia.
Ia bermakna, sepanjang tahun lepas saja, platform tersebut telah menerima sebanyak 1.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara. Weh, luar biasa!
Bukan saja peningkatan tersebut membawa keuntungan kepada Airbnb Malaysia, malah pengusaha tempatan yang menawarkan servis Airbnb rumah mereka kepada pengunjung juga berpeluang untuk memperoleh hasil setinggi RM5,200 sebulan jika dikira secara purata.
Patutlah ramai pemilik rumah terutamanya di kawasan tumpuan pelancong tidak berfikir dua kali untuk membiarkan orang asing tinggal di rumah mereka buat seketika.
Malah, komuniti Airbnb Malaysia juga dikatakan semakin meluas dengan adanya 31,900 kediaman berdaftar dengan platform itu, setakat ini. Antara jenis kediaman yang selalu ditawarkan adalah rumah teres, vila dan apartmen.
Siapa tak nak tinggal di rumah seluas ini?
Mungkin disebabkan kondisi rumah di Malaysia yang selesa dan lengkap dengan perabot dan keperluan asas lain, lalu membuatkan pelancong tidak teragak-agak untuk berulang kali memilih penginapan jenis Airbnb setiap kali bercuti di sini.
Korang pula macam mana? Masih sukakan konsep hotel atau lebih gemar tinggal di rumah orang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanggal 1 November tahun lalu, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham masing-masing dilantik sebagai Perunding Kreatif dan Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Malaysia yang diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Namun begitu selepas empat bulan dalam khidmat, posisi mereka berdua di kementerian tersebut telah ditamatkan serta merta. Menurut laporan Sinar Daily, portal berita tersebut difahamkan yang penamatan tersebut berlaku dalam garis masa 24 jam yang lalu.
Walau bagaimanapun apabila ditanya mengapa kontrak dua personaliti popular itu ditamatkan, Saifuddin tidak memberikan maklumat lebih lanjut tentang perkara tersebut.
Dalam kenyataan ketika pelantikan dua personaliti tersebut di dalam Kementerian luar beliau menjelaskan bahawa pelantikan mereka berdua selari dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah kerangka Dasar Luar Malaysia.
Dr Ahmad Idham sebelum ini merupakan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bermula tahun 2019 sehingga 2021 dan seorang pelakon dan juga penerbit filem.
Manakala Datuk Seri Eizlan Yusof pula merupakan seorang pelakon terkenal yang sudah memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara atas pencapaiannya sebagai anak seni.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.