Tanggal 1 November tahun lalu, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham masing-masing dilantik sebagai Perunding Kreatif dan Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Malaysia yang diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Namun begitu selepas empat bulan dalam khidmat, posisi mereka berdua di kementerian tersebut telah ditamatkan serta merta. Menurut laporan Sinar Daily, portal berita tersebut difahamkan yang penamatan tersebut berlaku dalam garis masa 24 jam yang lalu.
Walau bagaimanapun apabila ditanya mengapa kontrak dua personaliti popular itu ditamatkan, Saifuddin tidak memberikan maklumat lebih lanjut tentang perkara tersebut.
Ads
Dalam kenyataan ketika pelantikan dua personaliti tersebut di dalam Kementerian luar beliau menjelaskan bahawa pelantikan mereka berdua selari dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah kerangka Dasar Luar Malaysia.
Ads
Dr Ahmad Idham sebelum ini merupakan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bermula tahun 2019 sehingga 2021 dan seorang pelakon dan juga penerbit filem.
Manakala Datuk Seri Eizlan Yusof pula merupakan seorang pelakon terkenal yang sudah memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara atas pencapaiannya sebagai anak seni.
Ads
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon sensasi, Uqasha Senrose bersyukur hubungan yang terjalin antara dirinya dan bekas suami, Kamal Adli masih berada dalam keadaan baik demi memastikan anak perempuan mereka, Hawra Uqaira terus menerima kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya.
Menurut Uqasha, dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang yang sempurna. Sebaliknya, hubungan yang kekal baik selepas perceraian itu dilihat sebagai satu proses untuk mereka sama-sama memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Utamakan Tanggungjawab Sebagai Ibu Bapa
“Saya tak cakap diri saya ni baik, saya anggap ini hanya proses kami sebagai ibu bapa kepada Uqaira. Alhamdulillah, selepas apa yang terjadi kami berhubung atas dasar anak.
“Dia (Kamal) tidak pernah merumitkan saya dan saya juga tidak pernah menyusahkan dia kerana apa saja untuk Uqaira kami cuba menjadi ibu bapa yang terbaik,” katanya kepada Remaja.
Uqasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Madu Atau Racun yang berlangsung di A Quiet Place, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Masih Belajar Menjadi Seorang Ibu
Dalam pada itu, Uqasha mengakui dia masih melalui fasa menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dan sentiasa meletakkan kebajikan anak sebagai keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.
“Apa sahaja yang terbaik saya ikut kerana saya pun baru berpengalaman menjadi seorang ibu.
“Saya pun baru nak rasa menjaga anak, tahu perasaan seorang ibu itu bagaimana. Jadi kalau itu yang terbaik untuk anak saya, saya ikut.
“Saya tidak mahu kecoh-kecoh, biarlah perkara itu menjadi antara saya dan anak saya. Kalau dia nak kongsikan terpulang kepada dia,” ujarnya.
Perkongsian Kamal Raih Pujian Netizen
Sebelum ini, Kamal mencuri perhatian ramai apabila memuat naik ucapan penghargaan kepada bekas isterinya kerana memberi peluang untuk meluangkan masa bersama anak perempuan mereka.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap matang Kamal dalam menghargai bekas isterinya serta mengutamakan hubungan yang baik demi kebahagiaan Hawra Uqaira.
Pernah Bina Mahligai Selama Lebih Tiga Tahun
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.
Bagaimanapun, pasangan itu disahkan bercerai pada 12 Januari lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap individu melalui fasa perubahan kehidupan, sama ada daripada segi fizikal mahu pun gaya hidup berbeza. Semakin melonjak usia, ramai yang menganggap seseorang individu itu akan berubah penampilannya dan kelihatan lebih tua.
Namun begitu, terdapat segelintir individu yang kelihatan lebih menarik dan bergaya sewaktu umur mereka meningkat usia, terutamanya dikalangan selebriti.
Jom kita lihat antara individu popular dunia yang berubah gaya menjadi lebih menawan ketika berusia.
Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham sudah memang dikenali dengan rupa parasnya yang kacak sewaktu di usia muda lagi. Namun, apabila menginjak di usia ‘emas’, David Beckham masih kekal tampan dengan gaya personaliti yang menarik.
Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran buat remaja semua.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang. Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
Kak Liza antara individu yang sering membantu pelbagai golongan khususnya yang dalam kesusahan
Banyak kehamilan luar nikah terjadi akibat pergaulan bebas. Gambar hiasan
Jelas Kak Liza lagi, selepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook.
“Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat. Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya. “Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih. Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!