Kira-kira seminggu saja yang tinggal sebelum episod ketiga separuh akhir Muzik-Muzik dilangsungkan semula setelah semua kru dan penyanyi terlibat disahkan tidak dijangkiti Covid-19.
Cuma persoalannya, adakah Nabila Razali sudah bersedia untuk menyanyikan lagunya sendiri setelah memiliki masa untuk berehat?
Pertemuan REMAJA bersama Nabila hari ini di majlis pengumuman produk minuman Befine di Kuala Lumpur memberi peluang untuk bertanyakan sendiri soalan tersebut kepada empunya badan.
Untuk pengetahuan, Nabila Razali telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminatnya apabila dia memutuskan untuk menarik diri daripada menyanyikan lagu Peluang Kedua setelah mendapati kesihatan peti suaranya merosot, 20 November lalu.
“Saya perasaan suara saya sudah bertukar serak, tetapi saya tidak merasakan ia sesuatu yang serius. Saya cuma menganggap ia hanyalah disebabkan tidak cukup tidur dan kurang minum air. Rupanya apabila pergi check, saya memang sedih sangat bila tahu keadaan yang sebenar.
Ads
“Ia berkaitan dengan peti suara saya. Doktor sendiri telah menunjukkan video mengenai apa yang sedang berlaku kepada pada bahagian tersebut.
“Demi kebaikan jangka masa panjang, saya tidak boleh mengambil remeh dan meneruskan nyanyian seolah-olah tiada masalah. Suara adalah aset untuk saya cari punca pendapatan, jadi saya enggan memaksa untuk menyanyi sehingga mengeruhkan lagi keadaan,” jelas penyanyi Peluang Kedua itu.
Bercakap mengenai peluang (pun intended *wink*) untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua di separuh akhir Muzik-Muzik pada 15 Disember ini, Nabila masih dengan keputusannya untuk membiarkan penyanyi lain mewakili di pentas itu.
“Buat masa ini, (penyanyi itu) memang bukan saya. Saya yakin penyanyi tersebut akan berjaya menyampaikannya dengan baik, insyaAllah.
Seleksi minuman Befine terdiri daripada perisa asli, passion fruit, mulberry, avocado dan strawberi.
Walaupun terlepas peluang untuk menyanyikan lagu sendiri di pentas berprestij itu, Nabila percaya dengan rezeki yang ditentukan Ilahi. Hari ini, satu lagi pintu rezeki buat Nabila Razali telah dibuka apabila dia terpilih sebagai duta minuman yogurt probiotik ‘Define’.
“Walaupun dalam keadaan pandemik sekarang, saya masih diberikan rezeki apabila satu-persatu datang kepada saya. Saya bersyukur, merasa terharu dan gembira untuk menjadi sebahagian daripada famili DyDo Drinco dan Befine terutamanya. Befine merupakan minuman yogurt terbaik yang saya telah rasai setakat ini dan saya bangga untuk menjadi duta pertama di Malaysia.
“Bila dah menjadi duta ini, saya enggan hanya bertanggungjawab untuk memegang barang dan ambil gambar. Tapi saya ingin mengamalkan sendiri gaya hidup sihat. Dari muat naik di media sosial saya, kamu sendiri dapat melihat saya cuba untuk menjadi seaktif mungkin. Jadi saya dan minuman Befine ini selarilah untuk menjadikan rakyat Malaysia ini lebih sihat dalaman serta luaran.
Peminat Nabila pastinya perasan jadual padat Nabila sekarang dengan tugasan sebagai duta. Baru sahaja minggu lalu dia dilantik menjadi duta sebuah jenama, minggu ini Nabila sekali lagi diangkat sebagai duta untuk minuman Befine.
Apakah fokus Nabila sekarang adalah untuk mengurangkan projek kerjaya seninya dan menumpukan kepada kerjaya sebagai duta produk?
“Buat sementara waktu, dalam keadaan saya sekarang yang tidak mengizinkan untuk menyanyi dan menggunakan suara secara berlebihan, jadi saya ambil keputusan untuk mengurangkan sedikit aktiviti seni saya.
“Untuk pengetahuan, ada beberapa projek yang terpaksa saya tolak termasuk penggambaran lakonan dan nyanyian. Tapi itu tak bermaksud saya tidak bekerja langsung. Saya hanya berehat dari nyanyian buat sementara waktu,” jelasnya.
Sama-sama kita doakan agar kesihatan Nabila bertambah baik dengan segera, okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Celine Dion menjadi perhatian dunia setelah kembali ke pentas selepas empat tahun. Ini bersempena dengan persembahan di perasmian Sukan Olimpik Paris dari Menara Eiffel.
Dibayar RM9 Juta untuk satu lagu dendangan asal penyanyi Perancis, Edith Piaf, berjudul “Hymne à l’amour” , Celine Dion, yang membuat kemunculan pertama setelah bertahun melawan jenis penyakit neurologi, Stiffness Person Syndrome.
Berita mengenai tahap kesihatan beliau menjadi kerisauan ramai kerana tidak dapat bergerak dan kaku secara tiba-tiba. Malah, dokumentari mengenai penyakitnya juga berjudul “I Am: Celine Dion” pernah ditayangkan yang menunjukkan Celine Dion dengan tiba-tiba kaku diserang penyakit ini.
Foto: Celine Dion ketika mendapatkan rawatan, mukanya juga jadi kaku.Foto: Celine Dion ketika mendapatkan rawatan, mukanya juga jadi kaku.
Ini merupakan salah satu penyakit yang ‘rare’ dan ramai perlu ambil tahu!
Celine Dion, seorang penyanyi lagenda antarabangsa telah mengumumkan bahawa dia didiagnosis dengan Stiff Person Syndrome pada Disember 2022. Beliau terpaksa membatalkan beberapa konsert dan jadual persembahannya, termasuk residensi di Las Vegas dan jelajah dunia dan telah berehat selama 4 tahun bagi menumpukan rawatan sepenuhnya.
Apa itu Stiff Person Syndrome (SPS)
SPS adalah gangguan neurologi yang jarang berlaku, menyebabkan kekakuan otot yang progresif dan kekejangan yang menyakitkan. Keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan seharian pesakit, mengakibatkan kesukaran bergerak dan rasa tidak selesa.
Trigger utama adalah akibat bunyi bising, sentuhan, atau tekanan emosi. Situasi ini boleh menyebabkan tubuh menjadi kejang secara tiba tiba! Kebanyakan pesakit adalah wanita dan ia juga berkaitan dengan gangguan autoimun seperti diabetes jenis 1 dan tiroiditis.
Sebagai seorang artis yang ikonik, Celine Dion kini menggunakan platformnya untuk meningkatkan kesedaran tentang SPS. Pada temasya pembukaan sukan olimpik di Paris baru baru ini, beliau telah membuat penampilan sulung dengan persembahan memukau yang cukup mengharukan.
Ia bukti keberanian dan kecekalan beliau berjuang dalam melawan penyakit dan dalam masa yang sama melakukan perkara yang beliau amat cintai dan rindui- menyanyi di pentas. Menurut beliau,
“Saya sangat gembira dapat meraikan atlet-atlet hebat ini, dengan semua cerita mereka tentang pengorbanan dan ketabahan, kesakitan dan kecekalan”.
“Anda semua patut berbangga, kami tahu betapa kerasnya anda telah bekerja untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Teruskan fokus, jangan putus asa, hati saya bersama anda!”
Moga Celine Dion terus kuat dan sihat seperti sedia kala!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di sebalik isu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruz Zaman yang mengenakan telekung ketika menunaikan umrah dan bersolat di ruang wanita sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai kerana beranggapan dirinya mempermainkan agama, tentu ramai ingin tahu apa hukuman yang menanti jika tertangkap di Arab Saudi jika mengenakan pakaian wanita di negara tersebut?
Untuk makluman, sejak dahulu, kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan larangan golongan transgender mengerjakan umrah mahupun haji. Undang-undang negara itu menetapkan, hanya lelaki dan perempuan sahaja dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu sejak dahulu lagi.
Carian REMAJA mendapati, larangan ini pernah dikeluarkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad bin Salman yang kini merupakan Raja Arab Saudi di akhbar The Ekspress Tribune pada February 2019 berikutan permintaan dari golongan komuniti transgender Pakistan yang mahu golongan transgender ini diberi peluang mengerjakan haji dan umrah. Dalam permintaan itu, golongan minoriti ini meminta agar mereka diberi peluang dan ditandakan X pada bab jantina namun permintaan itu tidak diendahkan sama sekali.
Namun apa yang lebih menakutkan, dua transgender Pakistan pernah diseksa dan menerima hukuman mati selepas tertangkap di Pakistan ketika mengerjakan umrah.
Keduanya dikurung dalam karung, dibelasah dengan tongkat dan diseksa dengan tongkat sehingga mati dan kes ini mendapat perhatian dari aktivis hak asasi manusia.
Dalam satu kejadian, selain dua orang mati diseksa 11 lagi transgender dikenakan hukuman denda sebanyak RM150,000 dan 22 orang lagi ditahan dalam penjara selepas ditangkap ketika berada di Arab Saudi.
Seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Independent beberapa tahun lalu, aktivis Qamar Naseem dari kumpulan Blue Veins meminta penjelasan dari kerajaan Arab Saudi berikutan insiden ini.
Menurutnya lagi, isu ini menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada golongan transgender yang mahu menunaikan haji dan umrah malah mereka yang berada di Arab Saudi sendiri.
Dalam suaranya, Qamar Naseem berkata, golongan transgender tidak dilayan dengan adil oleh undang-undang jenayah di Arab Saudi dan ia bukan hanya melibatkan orang dari Pakistan sahaja tetapi dari seluruh dunia.
Untuk pengetahuan semua, pengamal homoseksual boleh dihukum mati dan mana-mana pembedahan perubahan fizikal adalah diharamkan di Arab Saudi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, G-Dragon baru-baru ini dilaporkan bakal membuat kemunculan semula pada 25 Oktober ini dan kini sedang sibuk menyelesaikan beberapa persiapan terakhir.
Menurut laporan News1 pada 8 Oktober, G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong (36) bakal melancarkan album solo terbaru buat pertama kali selepas tujuh (7) tahun melancarkan album mini kedua pada Jun 2017 lalu.
Sebelumnya, G-Dragon yang juga merupakan anggota kumpulan sensasi BIGBANG juga mengejutkan para peminat apabila muncul sebagai tetamu istimewa di konsert solo Taeyang pada bulan lalu.
Hal tersebut juga adalah pertama kali beliau membuat persembahan di atas pentas dan meningkatkan lagi jangkaan untuk kemunculannya semula sebagai artis terbaik K-Pop masih dinantikan oleh ramai penggemar.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Heartbreaker’ itu juga baru sahaja selesai penggambaran rancangan tvN ‘You Quiz On The Block’ awal bulan ini dan dijangka bakal membincang sekaligus mempromosi album terbarunya di episod akan datang.
Selain itu, beliau juga dijadualkan untuk membuat persembahan bersama dua lagi anggota BIGBANG iaitu Daesung dan Taeyang di Anugerah Mnet MAMA yang bakal berlangsung di Jepun pada November ini.
Terdahulu, syarikat pengurusan G-Dragon telah memberi bayangan bahawa penyanyi rap berkenaan bakal membuat kemunculan semula pada penggal kedua tahun 2024. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi yang dikeluarkan.
Susulan itu, pada 18 Ogos iaitu semasa hari lahir G-Dragon, beliau mengumumkan pembukaan akaun Instagram @fanplusonedotcom sebagai hadiah istimewa kepada para peminat untuk mengetahui sebarang kemas kini mengenai kemunculan semula G-Dragon.
Sumber Foto: Instagram G-Dragon
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!