Tular hujung minggu lalu setelah pempengaruh generasi Z, Ameera Khan atau lebih mesra dengan panggilan Little Miss Khan memuat naik foto dengan wajah serta perwatakan persis lagenda Hollywood, Marilyn Monroe.
Di sebalik pujian yang diberikan terhadap kelainan yang dibawakan oleh Ameera terutamanya bila menggayakan rambut pendek perang berpotongan bob (relaks korang, ia hanyalah rambut palsu), tidak kurang juga ada yang melontarkan kecaman kononnya Ameera cuba untuk menjadi lebih ‘kebaratan’ atau terlalu terikut-ikut untuk menjadi orang lain.
Haihh, setiap kali Ameera muncul dengan imej baru, memang ada saja ya kecaman yang bakal mengekorinya.
Apapun, korang tak perlulah terlebih risau dengan penampilannya persis Marilyn Monroe itu. Ia sebenarnya hanyalah salah satu stail yang digayakan oleh Ameera untuk kempen produk solekan baharunya bersama jenama Young & Glow.
Jenama cetusan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed itu berkolaborasi dengan Ameera untuk melancarkan palet pembayang mata pertama mereka yang dinamakan The Darling Palette.
Ads
Pada pandangan pertama, jujurnya palet kompak ini kelihatan mirip saiz dan warna pembungkusan palet popular Naked 3 oleh Urban Decay.
Apabila penulis menelitinya semula pada sidang media pelancarannya secara virtual petang tadi, ternyata ia berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri.
Di dalamnya tersenarai 10 warna berbeza yang diberikan nama mengikut elemen yang dekat dengan diri Ameera. Ada yang dinamakan ‘2000’ mengikut tahun kelahirannya, ‘Baby’ iaitu panggilan manja keluarga buatnya, ‘Romeo’ iaitu kucing peliharannya dan paling mencuri perhatian, ‘Mama’s Girl’.
Ads
Haa, paling manja lah tu! Hiks.
Kami mencubanya dengan jari terlebih dahulu dan ternyata, warna-warna pada palet ini mempunyai pigmen yang bagus dan tekstur yang mudah ‘masuk’ dengan warna natural kulit.
Selain mengandungi minyak Argan dan Silica untuk memberi manfaat pelembap, The Darling Palette juga mengandungi minyak biji anggur yang menjadi bahan pelindung kulit.
Ads
“Saya sukakan kesemua warna yang ada kerana ia sesuai untuk digunakan pada apa-apa jenis dan warna kulit. Ia menaikkan mood dan karakter seseorang.”
“Tapi kalau saya perlu memilih hanya satu warna kegemaran saja, saya harus memilih Baby yang mempunyai rona merah jambu kerana ia bukan saja sesuai digunakan sebagai pembayang mata tetapi juga sebagai pemerah pipi. Everyone loves a two-in-one benefit.
“Selain itu, palet ini juga berkesan untuk digunakan mengikut keperluan kamu. Contohnya, kamu boleh saja campurkan rona Latte (coklat natural) dan Romeo (coklat terang) untuk dijadikan sebagai contour pipi,” kata Ameera.
Tambah Ameera lagi berkenaan konsep penggambaran foto dan video kempen ini yang tular di media sosial pula, mereka melakukannya demi keseronokan konsep semata-mata dan ingin menampilkan karakter berbeza. Jauh sekali untuk mencetuskan kontroversi.
“Imej ala Marilyn Monroe itu adalah kegemaran saya daripada kesemua look yang kami cipta kerana ia berbeza.”
Tapi kalau nak diikutkan yang mana paling ‘masuk’ dengan diri saya, ia adalah look berambut ponytail (seperti di atas),” kongsinya lagi. Ameera turut berharap agar pengikutnya sabar menantikan koleksi pakaian dan chocolat daripadanya pada tahun 2021.
Bagi korang yang ingin memiliki The Darling Palette oleh Ameera Khan x Young & Glow ini, korang sudah boleh mendapati di SINIpada harga RM89.00 saja.
Gelaran wanita paling diperkatakan sepanjang musim anugerah di Hollywood selayaknya dimahkotakan kepada pelakon filem Everything Everywhere All At Once, Tan Sri Michelle Yeoh.
Michelle, 60 telah berdepan laluan yang agak berliku bagi memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di setiap anugerah berprestij yang dianjurkan. Biarpun terlebih dahulu memenanginya di anugerah Golden Globes, nasib tidak menyebelahinya sewaktu anugerah Critics Choice dan BAFTA apabila saingan terdekatnya, Cate Blanchette membawa pulang kedua-dua trofi bagi kategori tersebut.
Namun, Michelle terus mengungguli di acara Screen Actors Guild (SAGs) Awards selepas itu dan ia merupakan petanda penting untuknya memberi saingan di malam kemuncak Anugerah Akademi ataupun Oscars yang berlangsung pagi ini.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu seperti biasa terus positif dengan peluangnya memenangi anugerah Oscars dan demi merealisasikan impiannya (dan impian seluruh rakyat Malaysia serta penggiat seni berketurunan Asia di seluruh dunia), Michelle mengulang pakai tuah persalinan jenama fesyen dari Perancis iaitu Dior.
Tampil elegan dalam gaun labuh serba putih dengan perincian bulu, Michelle memadankannya dengan jam tangan mewah Richard Mille berwarna putih dan perhiasan berlian daripada Moussaieff Jewellers.
Sewaktu berada di anugerah SAGs, Michelle telahpun menyarungkan gaun rekaan Schiaparelli iaitu jenama Perancis terkenal yang semakin digemari ramai selebriti Hollywood kerana keunikan konsep Surrealisme yang ditonjolkan.
Namun harus diingat, ketika Michelle tewas kepada Cate di anugerah BAFTA, beliau juga pada waktu itu menyarungkan sut rekaan satu lagi jenama Perancis iaitu Dior.
Justeru, tuah Michelle untuk membawa pulang trofi anugerah Oscars dengan memakai gaun rekaan jenama Perancis pada pagi ini selari dengan ramalan ramai pengkritik fesyen – 50% boleh berpihak kepada Michelle tetapi 50% lagi boleh berpihak kepada pelakon filem Tar, Cate Blanchette.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika semua orang begitu obses dengan warna nude, putih dan hitam (yawn), trend kecantikan di Instagram pula bertambah ceria!
Perkenalkan, trend #rainbownails atau ‘Kuku Smarties’ yang berwarna-warni seperti gula-gula itu. REMAJA percaya, perempuan yang mewarnakan kuku mereka dengan warna terang secara berselang-seli ini mesti mempunyai personaliti yang bubbly, selalu senyum dan berfikiran positif selalu.
Ia juga baik untuk perempuan yang sukar untuk memilih warna terbaik bagi kukunya.
See!
Kami di REMAJA mencuba sendiri trend kuku Smarties sepanjang minggu ini and we have to say, ia tak pernah gagal menjadi topik perbualan kawan-kawan semasa kami duduk makan. Mesti mereka akan bertanya lokasi salun kuku kami.
Terbaru, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal menjelaskan bahawa dia tidak akan menerima tawaran sebagai duta sebelum mencuba sendiri produk terbabit.
Jelas Dahlia, pendirian itu dibuat kerana enggan menanggung dosa dan bimbang azab di akhirat dengan menipu pengguna menerusi ulasan produk yang belum dicuba terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, kesedaran itu timbul selepas dia menghadiri kelas agama bersama suaminya yang juga pelakon, Imran Aqil baru-baru ini.
Kredit: Dahlia Rizal
“Saya tidak mahu tanggung dosa dan takut di akhirat nanti. Ketika menghadiri kelas agama bersama suami, ustaz itu mengatakan saya akan mendapat dosa besar jika menipu dalam membuat ulasan produk”
“Contohnya jika sesuatu produk itu tidak bagus atau makanan tidak sedap, tetapi saya menipu kata bagus. Bayangkan jika 100,000 orang beli produk atau makanan itu hanya kerana melihat ulasan yang saya lakukan”
“Saya akan mendapat dosa besar daripada setiap orang yang beli kerana saya. Dulu semasa muda tidak berfikir panjang dan kejar duit saja, sekarang saya sedar tanggungjawab seorang pempengaruh sangat besar,” katanya.
Dahlia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagi duta terbaharu produk makanan kesihatan K-Colly di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.
Kredit: HibGlam
Dalam pada itu, Dahlia yang juga duta kepada produk K-Colly juga turut berkongsi bahawa dia telah mencuba sendiri produk tersebut selama hampir dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama itu.
Katanya, “saya tidak suka makan ubat dan tidak pernah amal sebarang suplemen untuk kulit wajah. Jadi saya cuba sendiri dan lihat keberkesanan sebelum setuju untuk jadi duta”.
Jelasnya, produk seperti suplemen akan masuk ke dalam tubuh badan. Jadi dia tidak akan mengambil risiko dengan mempromosi produk yang tidak selamat untuk digunakan.
Sekadar info, Dahlia Rizal merupakan pempengaruh yang terkenal dengan perkongsian tips kecantikan, fesyen wanita berhijab dan juga lifestyle. Dahlia juga merupakan isteri kepada pelakon Imran Aqil dan mereka telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 selepas setahun mengikat tali pertunangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!