Satu hari pakai baju tidur, rambut tidak didandan, muka tidak dipakai moisturizer dan sunblock, comot selekeh langsung tak berseri.
Awas ya, penampilan sangatlah penting. Lagi pula sekarang rata-rata bekerja dan mengikuti kelas dari rumah. Mungkin tiba-tiba ada video conference call, kamu nak meeting dengan pakai kaftan dan balut sahaja kepala dengan tuala, muka pula lesu dan pucat, langsung tiada glow? Mesti tak nak.
Jadi,kalau korang nak penampilan berseri tanpa mekap kuncinya ialah kulit wajah itu sendiri.
Terbaru, jenama kecantikan terkemuka Malaysia Young & Glow memperkenalkan kemunculan foundation ikonik mereka dengan wajah baru yang lebih mesra pengguna.
Foundation sememangnya bff perempuan. Selain menutup kesan jerawat dan parut pada wajah, ia juga berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari yang boleh menjadikan kulit jadi gelap. Foundation jenama ini mengandungi SPF 45 bagi melindungi kulit korang walaupun korang berada di rumah je.
Sebagai wanita Malaysia, tona dan tona asas (undertone) wajah masing-masing semua berbeza kerana ada yang mempunyai undertone hijau, kemerahan serta kebiruan. Tapi jangan risau, foundation Young & Glow ini sesuai digunakan dengan semua jenis dan warna kulit, full coverage dan kekal sehingga lapan jam bersama tekstur yang ringan serta selesa pada kulit wajah.
Paling penting, untuk yang beragama Islam tidak perlu risau lagi kerana foundation ini hadir dengan sijil Halal rasmi, so tiada masalah lagi untuk wuduk dan bersolat. Nak cantik tak ada masalah, asalkan tahu kewajipan masing-masing kan?
So, tidak perlu lagi untuk kamu cover up wajah dengan solekan tebal guna je foundation ini, kan.
Ouh penulis lupa, foundation ini boleh didapatkan pada harga RM79.00 di seluruh Malaysia melalui agent rasmi atau secara atas talian di www.youngandglow.com.my. Kalau beli tu ingat penulis jua k….hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang memilih untuk mengamalkan pengambilan minuman detoks kerana manfaat yang diperoleh sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Apa yang paling best, minuman ini dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
Nak menyediakan minuman detoks ini juga tidaklah begitu susah dan kosnya juga tak terlalu mahal.
Minuman ini baik untuk diamalkan dalam dua kali seminggu. Kalau korang nak try, berikut kami senaraikan beberapa resipi ringkas minuman detoks yang menyelerakan.
– 1 biji kiwi (hiriskan)
– 2 biji strawberi (dibelah dua)
– Segelas air putih
Sejukkan minuman ini sebelum diminum untuk rasa yang lebih enak. Buah kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta dapat mengeluarkan toksin, manakala strawberi bagus untuk kulit korang.
– Timun (dihiris)
– ½ lemon (dihiris)
– ½ inci halia (dihiris)
– 7 helai daun pudina
– 1 jag air
Campurkan kesemua bahan dan biarkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 hingga 3 jam. Air detoks ini dikatakan mampu untuk membantu mengempiskan perut.
– 1 biji grapefruit
– ½ batang timun
– ½ biji lemon
– 1 biji limau nipis
– Satu jag air
Campurkan bahan-bahan tersebut dengan beberapa helai daun pudina. Simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum sedia untuk diminum. Khasiat yang diperoleh daripada grapefruit adalah membantu dalam pembakaran lemak, manakala lemon dan limau nipis bertindak menyingkirkan toksin dalam badan.
– 5 potong tembikai yang kecil
– Secawan strawberi
– 1 jag air
Kesemua bahan dicampurkan dan dimasukkan di dalam peti sejuk selama 4 hingga 6 jam sebelum diminum. Minuman ini berfungsi sebagai anti-radang dan untuk mencantikkan kulit.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi ala K-Drama yang menghiburkan.
Dibintangi oleh pelakon terkenal Go Kyung Pyo dan Kang Hyewon,iklan ini mengisahkan tentang seorang lelaki ulat buku yang berusaha dengan ikhlas meluahkan perasaannya kepada seorang wanita yang sukar untuk didekati.
Tanpa mengenal erti putus asa diselitkan dengan beberapa adegan ditolak secara ‘halus’, menambahkan lagi kelucuan dalam jalan cerita sehingga membuatkan anda tidak kering gusi.
Selain itu, jenama Wacky Willy juga membawa slogan “Generasi keempat yang kasual sesuai untuk semua orang!” turut memperlihatkan koleksi pakaian yang sesuai untuk mana-mana golongan.
Kyung Pyo tampil karakter lelaki kekok dengan gaya ‘nerdy’ namun kelihatan lucu, sementara Hyewon memancarkan aura ‘soft girl’ berkelas yang tegas dengan pendirian. Gandingan mereka berdua membuatkan iklan ini nampak seperti mini drama yang menyeronokkan.
Ditambah, visual mereka yang nampak sepadan menjadikan iklan ini berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton. Bagi korang yang nak tengok versi penuh yang lebih kelakar, jom layan video di bawah ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara Filipina terus tampil memberikan kejutan dalam usaha mendapatkan kejuaraan kelima di pertandingan ratu cantik Miss Universe apabila ia memahkotakan gadis berkulit gelap pertama semalam sebagai juara pertandingan Miss Universe Philippines 2024.
Chelsea Manalo dari daerah Bulacan mengenepikan 52 jelitawan lain untuk menerima mahkota Mouawad Miss Universe Philippines, selempang dan sekaligus gelaran keramat itu di hadapan ribuaan penonton di Mall of Asia Arena dekat Pasay City, Filipina.
Chelsea seterusnya akan mempersiapkan diri sebelum terbang ke Mexico pada suku keempat tahun ini untuk mewakili Filipina di pertandingan Miss Universe edisi ke-73.
Chelsea Manalo menerima mahkota daripada Miss Universe Philippines 2023, Michelle Marquez Dee.
Juara ‘Dark Horse’
Gadis berusia 22 tahun ini sememangnya merupakan salah seorang peserta yang berjaya meraih perhatian peminat dunia ratu cantik pada sidang media pengenalan para peserta Miss Universe Philippines 2024, awal tahun ini.
Tentunya, paras fizikalnya yang berdarah kacukan Filipina (sebelah ibu) dan African-American (sebelah ayah) menjadi salah satu faktor utama yang membuatkan Chelsea lebih menonjol berbanding peserta lain.
Begitupun, itu bukanlah satu-satunya kelebihan yang ada pada Chelsea sehinggakan dia ditabalkan sebagai juara.
Setiap kali berpeluang ditemubual oleh penggiat media di Filipina, gadis berlesung pipit ini berjaya memukau pengantara sesi serta penonton dengan kebijaksaan jawapan yang diberikan.
Malah, tutur katanya juga lancar dilontarkan dengan penuh tenang lalu membuatkan Chelsea amat relatable dan berpotensi sebagai wakil Filipina di pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Sewaktu segmen soal jawab Top 5, Chelsea diberikan soalan berbunyi, “Anda cantik dan yakin. Bagaimana anda akan menggunakan kualiti-kualiti ini untuk memperkasakan orang di sekeliling?”
Jawabnya, “Sebagai wanita berdarah kacukan, saya selalu berdepan cabaran dalam hidup. Saya diberitahu bahawa kecantikan itu mempunyai aras tersendiri. Namun untuk saya, saya selalu mempercayai kata-kata ibu saya setiap kali mendengarnya. Untuk selalu percayai kepada diri sendiri. Pertingkatkan kepercayaan yang saya ada dalam diri saya.
“Disebabkan ini semua, saya sudahpun mempengaruhi ramai wanita yang kini sedang menatap saya. Sebagai seorang wanita yang mentransformasikan diri, saya juga mempunyai 52 wakil lain bersama-sama saya di sini yang telah membantu saya menjadi diri saya sekarang.”
Tidak hairanlah Chelsea diangkat sebagai peserta dark horse yang diharapkan mampu memberi saingan sengit kepada peserta kegemaran seperti Ahtisa Manalo (Quezon Province), Victoria Velasquez Vincent (Bacoor), Christi McGarry (Taguig) dan Alexie Brooks (Ilo Ilo City) yang merupakan seorang lagi peserta berkulit gelap yang dicanang-canang sebagai juara namun gagal melepaskan diri ke peringkat Top 5, malam tadi.
Pernah Sertai Miss World Philippines
Kebelakangan ini, organisasi Miss Universe Philippines dilihat lebih bersifat terbuka untuk memahkotakan peserta yang pernah mempunyai pengalaman lalu di pentas Miss World Philippines.
Sebagai contoh, Rachel Peters di Miss World Philippines 2014, Catriona Gray (Miss Universe 2018) pernah bertanding di pentas Miss World 2016, Gazini Ganados di Miss World Philippines 2014 dan Michelle Marquez Dee di Miss World 2019.
Pengalaman yang dikutip oleh mereka ini dilihat cukup berharga untuk menakluki pertandingan Miss Universe.
Nampaknya malam tadi, sekali lagi organisasi itu mengangkat gadis yang pernah mewakili Filipina di pertandingan Miss World Phillipines sebagai juaranya.
Chelsea tidak asing dengan dunia fesyen dan telah bergelar model sejak usia 15 tahun lagi. Menginjak ke usia 17 tahun, dia memberanikan diri untuk bertanding di pertandingan Miss World Philippines lalu menamatkan saingan di peringkat Top 15.
Selain tidak kekok di pentas peragaan, Chelsea juga amat mementingkan pendidikan dan mengenepikan dunia ratu cantik selama lima tahun sesudah debut-nya di Miss World Philippines itu untuk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu. Sambil itu, gadis ini sudahpun menyelami advokasinya untuk memperkasakan pendidikan dalam kalangan komuniti remaja menerusi inisiatif Kids for Kids.
Adakah Chelsea Manalo bakal membawa pulang mahkota Miss Universe kelima untuk Filipina pada tahun ini? Jika diikutkan kriteria yang ada padanya ini, impian itu bukanlah omong-omong kosong semata. Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!