Terbaru, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal menjelaskan bahawa dia tidak akan menerima tawaran sebagai duta sebelum mencuba sendiri produk terbabit.
Jelas Dahlia, pendirian itu dibuat kerana enggan menanggung dosa dan bimbang azab di akhirat dengan menipu pengguna menerusi ulasan produk yang belum dicuba terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, kesedaran itu timbul selepas dia menghadiri kelas agama bersama suaminya yang juga pelakon, Imran Aqil baru-baru ini.
“Saya tidak mahu tanggung dosa dan takut di akhirat nanti. Ketika menghadiri kelas agama bersama suami, ustaz itu mengatakan saya akan mendapat dosa besar jika menipu dalam membuat ulasan produk”
“Contohnya jika sesuatu produk itu tidak bagus atau makanan tidak sedap, tetapi saya menipu kata bagus. Bayangkan jika 100,000 orang beli produk atau makanan itu hanya kerana melihat ulasan yang saya lakukan”
“Saya akan mendapat dosa besar daripada setiap orang yang beli kerana saya. Dulu semasa muda tidak berfikir panjang dan kejar duit saja, sekarang saya sedar tanggungjawab seorang pempengaruh sangat besar,” katanya.
Ads
Dahlia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagi duta terbaharu produk makanan kesihatan K-Colly di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Dahlia yang juga duta kepada produk K-Colly juga turut berkongsi bahawa dia telah mencuba sendiri produk tersebut selama hampir dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama itu.
Ads
Katanya, “saya tidak suka makan ubat dan tidak pernah amal sebarang suplemen untuk kulit wajah. Jadi saya cuba sendiri dan lihat keberkesanan sebelum setuju untuk jadi duta”.
Ads
Jelasnya, produk seperti suplemen akan masuk ke dalam tubuh badan. Jadi dia tidak akan mengambil risiko dengan mempromosi produk yang tidak selamat untuk digunakan.
Sekadar info, Dahlia Rizal merupakan pempengaruh yang terkenal dengan perkongsian tips kecantikan, fesyen wanita berhijab dan juga lifestyle. Dahlia juga merupakan isteri kepada pelakon Imran Aqil dan mereka telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 selepas setahun mengikat tali pertunangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bintang K-pop benar-benar menguasai trend fesyen dunia!
Pengaruh selebriti K-pop sensasi, IU semakin berkembang pada tahun ini menerusi kempen-kempen fesyen serta jenama kecantikan. Siapa sangka, daripada sekadar menjadi artis hiburan K-pop, IU telahpun diumum oleh jenama fesyen terkemuka Gucci sebagai wajah ataupun duta jenama besar dunia.
Pada hemat penulis, ini merupakan strategi yang bijak memandangkan setiap kali berlangsungnya pertunjukan fesyen di Eropah, merekalah punca utama acara tersebut trending di media sosial. Semuanya disebabkan pengaruh industri K-pop ini.
Selepas penampilan sulung di Festival Filem Cannes yang menakjubkan, IU kembali menjadi bualan ramai. Pemuzik dan pelakon Korea Selatan itu secara rasminya dipilih menjadi duta global yang baru Gucci, menyertai pelakon Lee Jung-jae dan Shin Min-a.
Iu, atau nama sebenarnya Lee Ji-eun sebelum ini telah menunjukkan kerjasamanya dengan rumah fesyen Itali. Dia sering menyiarkan gambar dirinya memakai beg dan pakaian Gucci di Instagram.
Pada majlis penutup Festival Filem Cannes, IU memakai gaun tulle berwarna hijau sage. Gaun ini mempunyai perincian kelopak berenda di pergelangan tangan, taburan bunga labuci dan kristal, serta tali pinggang sutera Duchesse.
Melalui persembahan yang hebat sebagai ibu muda dalam filem Broker, IU mendapat pengiktirafan dan pujian ramai.
Sekadar info, “Broker” ialah filem Korea pertama yang diarahkan oleh tuan Jepun Hirokazu Kore-eda dan telah meraih perhatian tinggi sejak awal. Ia menggambarkan kehidupan watak yang terpinggir dan tidak dilindungi dalam masyarakat.
Selain artis K-pop, pelakon K-Drama juga merupakan pilihan popular jenama antarabangsa.
Antara yang terpilih termasuklah Park Seo Joon (MONTBLANC), Yoo Ah In (BURBERRY), Song Hye-kyo (BOTTEGA VENETA), Jun Ji-hyun (Alexander McQueen) dan Park Min-young (TOD’s).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Foto di sebelah kanan kelihatan seperti foto lama Kylie Jenner.
Tettt, ia sebenarnya adalah foto terbaru Kylie Jenner di Instagram dan dia tampil tanpa lip filler buat kali pertama selepas membuangnya.
Kylie memuat naik foto bersama kawannya Anastasia ‘Stassie’ Karanikolaou itu ke Instagram pada malam Ahad dan salah seorang pengikutnya berkata Kylie “kelihatan seperti wajah lamanya” di bahagian komen. Tiada siapa yang menyangka Kylie akan membalas komen tersebut dengan berkata –
I got rid of all my filler.
Wow. Sudah tentu, Kylie masih kelihatan cantik seperti biasa dan pengikutnya rata-rata setuju.
Ramai juga yang menyokong keputusan Kylie untuk membuang lip filler. Beberapa tahun lepas, ia telah mencetuskan debat berpanjangan di antara pemilik bisnes Kylie Cosmetics itu dengan pengikutnya di media sosial sama ada dia betul-betul menggunakan trik lip liner untuk membentuk bibir yang lebih besar atau telah melakukan pembedahan.
Salah seorang pengguna Twitter berkata, “Kylie Jenner kelihatan cukup cantik tanpa bantuan filler, personally saya sukakan look baru ini.” Sementara itu, seorang lagi terfikir sekiranya trend mendapatkan bibir munggil dan besar akan berakhir. “Saya tertanya-tanya jika pengikut remaja Kylie ingin mengecilkan semula bibir sekarang.”
Pada tahun 2015, Kylie menerusi rancangan realiti keluarganya, Keeping Up With The Kardashians, telah mengaku melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan bibirnya.
Saya mempunyai lip filler sementara. Selama ini (memiliki bibir kecil) saya merasa kurang yakin dan ini (pembedahan) adalah keputusan saya sendiri.
Good for you, Kylie!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat banyak sangat produk kecantikan yang ada di pasaran sekarang. Korang cuma perlu tahu sama ada produk tersebut sesuai atau tidak dengan kulit, atau paling kurang kenal pasti fungsi sebenar jika tidak mahu tersalah guna.
Perkongsian kali ini dibuat oleh Azreena Azmi tentang produk serum yang boleh korang dapatkan di drug stores.
Tapi sebelum tu korang kena tahu terlebih dahulu apa beza serum dengan essence.
Ada sedikit perbezaan di antara dua produk ini, iaitu tekstur serum ni lebih pekat berbanding essence dan fungsinya adalah untuk merawat kulit dengan lebih baik sehingga ke lapisan dalam. Essence pula banyak digunakan dalam produk anti penuaan.
Kenapa korang kena pakai serum?
Serum adalah salah satu skin care yg perlu dipakai selepas mencuci muka, apply toner dan sebelum pakai moisturiser. Tak kisah korang ada masalah kulit apa. Serum memang hebat dalam menangani masalah kulit. Tapi kalau tak cuci muka bagi bersih, buat double cleanse pun tak guna sebab kotoran/dead skin yang ada boleh menyukarkan serum serap dengan lebih baik.
Serum mestilah dipakai selepas toner kerana toner dapat membantu serum diserap lebih cepat.
The best way untuk serum serap dengan cepat ialah urut dari bawah ke atas. Dari bawah pipi hingga ke tepi dahi. Dari bawah hidung sampai ke tengah dahi. Dalam masa yg sama boleh massage kulit dan buat kulit lebih anjal.
So, berikut merupakan serum yang dirasakan terbaik untuk korang cuba. Tapi nak ingatkan, tak semua skincare sesuai dengan kulit kita ya. Mungkin ada sesetengah orang sensitif dengan bahan-bahan tertentu. Pilih dengan baik la ok?
1. Eucerin Dermo Purifyer Concentrate Serum
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat besar-besar (kecil pun boleh tapi kuantiti yang banyak) dan untuk kulit berminyak. Produk ini juga sesuai untuk korang ada ada masalah kulit sensitif.
2. Naruko Tea Tress Shinie Control & Blemish Clear Serum
– Mengawal minyak dan boleh lawan bakteria yang muncul
– Mengurangkan pembentukan jerawat/menghapuskan jerawat
– Dapat memudarkan parut jerawat dan mengurangkan kekusaman pada wajah
– Mengurangkan kilauan pada wajah akibat minyak berlebihan, mengetatkan pori
– Mengurangkan kemerah-merahan pada wajah
3. Naruko Raw Job’s Tears Pore Minimizing & Brightening Essence
– Melembab dan menyerikan wajah
– Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pori yang terbuka
4. Pure Beauty Pink Pore Perfection Essence
Ada sesetengah orang pakai dapat mengurangkan pembentukan jerawat. Ia untuk mengelakkan dan bukkannya merawat. Prevention is better than cure.
5. Hado Labo Airbutin Whitening Essence
– Menmudarkan parut-parut/ kekusaman yang ada pada wajah
– Tidak mengeringkan wajah
6. Eucerin White Therapy Concentrated Serum
– Merawat kesan kulit yang rosak akibat cahaya matahari
– Mengurangkan kekeringan pada wajah dan bintik hitam
– 5 kali lebih lembap dan membuatkan wajah cerah berseri
7. Bio-Essence Tanaka Bio White Advance Whitening Serum
Sesuai untuk mereka yang mengalami kulit kusam dan bintik hitam. Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit.
8. Loreal White Perfect Laser Derm White Essence
– Memudarkan bintik-bintik hitam yang degil
– Mengurangkan kulit pucat (ala-ala darah tak jalan kata orang)
9. Clinelle Whiten Up Brightening Serum
– Meningkatkan keberkesanan vitamin C untuk memudarkan kesan bintik hitam pada wajah
– Tidak mengeringkan kulit
– Dermatologically tested (diuji oleh pakar kulit)
10. Clinelle Pure Swiss Hydracalm Serum
– Mengekalkan kelembapan wajah
– Menyembuhkan kulit daripada kesan sensitif yang diterima melalui persekitaraan
– Sesuai untuk kulit normal dan kering
11. Hado Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Essence
– Memberi kelembapan pada kulit yang berpanjangan
– Mempunyai kapasiti yang tinggi untuk mengekalkan air dalam badan untuk kulit sentiasa lembap
12. Avene Hydrance Optimale Hydrating Serum
– Sesuai untuk korang yang mengalami kulit sensitif, alergik dan sebagainya
– Masalah kulit kering yang melampau
– Mengurangkan sensitif dan alergik pada kulit
Tuti Noor bukanlah nama asing dalam persada fesyen tempatan.Bertahun-tahun mewarnai kempen fesyen dan pentas peragaan Malaysia dan antarabangsa, supermodel lokal berusia 33 tahun ini...