Masalah sukar untuk tidur memang selalu dihadapi oleh orang muda dan disebabkan oleh itu, mereka sering ‘berjaga’ malam dan bila sudah awal pagi barulah mata rasa mengantuk.
Siapa yang pernah mengalami masalah tidur mesti faham akan situasi ini. Betul tak? Sebenarnya tidak elok jika korang ubah waktu tidur yang seharusnya dilakukan pada malam hari dan bukannya waktu siang.
Jadi, kami nak kongsikan dengan korang beberapa kaedah saintifik yang boleh diamlakan bagi membantu badan dan minda tidur dengan cepat.
Cara untuk tidur dalam masa 10 saat
1. Cara militari
Relakskan otot wajah korang, termasuk bahu dan tangan. Letakkan tangan di sebelah badan. Tarik nafas dan hembus. Relakskan kaki, betis dan paha korang. Kosongkan fikiran selama 10 saat dengan membayangkan pemandangan yang menenangkan. Jika tidak berhasil, korang perlu katakan pada diri sendiri “Jangan berfikir” sebanyak yang mungkin. Dalam masa 10 saat, sepatutnya korang dah boleh tidur.
Jika kaedah ini tidak berhasil juga, korang mungkin perlu belajar teknik pernafasan dan cara merelakskan otot. Jika korang menghidap anxiety disorder atau ADHD, cara ini mungkin kurang berkesan untuk korang.
Jika korang masih belum pernah mencuba kaedah ini, korang mungkin mengambil masa 2 minit untuk tidur.
2. Kaedah pernafasan 4-7-8
Ads
Menggabungkan kuasa meditasi dan visualisasi, teknik pernafasan ini jadi lebih berkesan sekiranya korang kerap berlatih. Jika korang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, COPD, bincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukannya kerana teknik ini mungkin mencetuskan simptom untuk korang.
Sebelum mula, letakkan hujung lidah menyentuh lelangit di belakang barisan gigi hadapan. Biarkan bibir sedikit terbuka dan buat bunyi seperti korang menghembus nafas keluar. Kemudian, tutup bibir dan tarik nafas secara perlahan melalui hidung.
Kira sehingga 4. Tahan nafas selama 7 saat. Kemudian, hembus nafas dengan bunyi selama 8 saat. Elakkan dari terlalu fokus sehingga terjaga sepanjang teknik ini. Lakukan sebanyak 4 kali.
3. Progressive muscle relaxation (PMR)
Kaedah ini disyorkan oleh para doktor bagi pesakit insomnia. Sebelum mula, amalkan teknik 4-7-8 dan bayangkan semua stres meninggalkan korang dengan setiap hembusan nafas. Kerutkan dahi selama 5 saat sekuat yang boleh. Ini akan mengetatkan otot dahi. Kemudian, relakskan otot tersebut dengan segera dan rasakan tekanan menurun. Tunggu 10 saat.
Ads
Selepas itu, senyum selebar mungkin bagi mengetatkan otot di pipi dan muka. Tahan selama 5 saat. Relaks. Berhenti sekejap selama 10 saat. Kemudian, tutup mata secara rapat selama 5 saat. Relaks. Berhenti lagi sekejap selama 10 saat.
Gerakkan badan korang dari atas ke bawah, dari lengan, dada, paha dan kaki. Ketatkan otot-otot kemudian relaks. Biarkan diri korang tidur walaupun korang masih belum selesai mengerjakan keseluruhan anggota badan.
Ketika korang melakukan teknik di atas, fokus kepada ketenangan badan apabila badan relaks dan dalam keadaan selesa.
Jika kaedah sebelum ini tidak berhasil, korang perlu buang beberapa halangan dalam minda.
4. Ingatkan diri sendiri untuk kekal berjaga
Ads
Teknik ini juga dipanggil paradoxical intention, di mana apabila kita cuba untuk tidak tidur akan membantu kita rasa mengantuk. Kajian mendapati mereka yang mengamalkan kaedah ini tidur lebih pantas berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Jika korang sering mengalami kesukaran untuk tidur, kaedah ini mungkin lebih berkesan berbanding kaedah pernafasan tradisional.
Gunakan imaginasi korang untuk membayangkan satu keadaan yang mendamaikan jiwa. Sebagai contoh, korang boleh membayangkan air terjun, bunyi air mengalir, dan bau lumut hijau. Kuncinya adalah untuk membiarkan bayangan tersebut memenuhi ruang minda bagi mengelakkan korang kembali memikirkan stres dan tekanan sebelum tidur.
Jika tidak berkesan juga, ada beberapa kaedah lain yang korang boleh cuba dan antaranya adalah seperti berikut:
• Sorokkan jam
• Mandi dengan air hangat sebelum tidur
• Memakai stokin
• Melakukan yoga
• Meletakkan telefon bimbit jauh dari korang (yang ni memang perlu. Hiks!)
• Aromaterapi seperti lavender, chamomile
• Makan lebih awal bagi mengelakkan perut kembung sebelum tidur
Hm, rasanya teknik nombor 5 tu memang penulis selalu gunakan. Serius berkesan. Hiks! Kalau tak percaya apa kata korang cuba malam ni okay?
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan kesayangan kebanyakan daripada masyarakat kita. Bukan saja perwatakannya yang comel, malah haiwan comel ini juga sangat manja dan mudah dijaga.
Tapi, kadang-kadang kucing belaan kita pun tapi entah kenapa suka sangat jadikan depan atau belakang rumah ‘port’ mereka membuang. Baunya memang busuk.
Dah cuci bersih tapi tetap juga kucing ni kencing dan buang najis di lokasi yang sama. Tension kan.
Bagi korang yang dah tak tahan dengan bau najis dan kencing boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Ella Ahmad ini. Guna bahan yang ada kat rumah saja. Senang sangat!
Bahan-bahan yang diperlukan
7-10 titis cuka makan
1/4 penutup pelembut kain
Air paip
Bekas spray
Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas spray dan goncang.
2. Sembur di tempat yang kucing suka kencing dan buang najis.
3. Sembur dua hari sekali, nak buat hari-hari pun boleh.
Menurut Ella lepas gunakan petua ini, porch rumahnya dah bebas dari bau najis dan air kencing kucing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Terbaharu, Shift Robotics telah memperkenalkan kasut robot bagi memudahkan dan mempercepatkan manusia berjalan. Sebuah kasut yang diberikan nama Moonwalkers ini telah dibangunkan dengan lapan roda dan ia dipadankan kepada sebuah motor elektrik 300W.
Kasut ini berfungsi dengan memberikan impak seperti berjalan di atas sebuah walkalator dengan kelajuan mencecah 11 km/j.
Dilengkapi Sistem Keselamatan
Menariknya lagi, kasut robot ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti brek kecemasan yang mampu menghentikan pemakai dalam jarak kurang 1 meter. Sebuah lagi sistem keselamatan menghadkan kelajuan roda apabila mengesan pemakai sedang menuruni kawasan cerun.
Menurut Shift Robotics lagi, harga sepasang kasut ini berharga $899 (~RM4237) dan projek ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter.
Untuk pengetahuan semua, kasut ini perlu di caj. Sekali caj Moonwalkers boleh bergerak sejauh hampir 10 kilometer dengan pengecasan semula mengambil masa sekitar 90 minit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
Youtube: kasisolusi
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
Youtube: kasisolusi
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Kredit: Detik
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!