Personaliti televisyen popular Amerika Syarikat, Steve Harvey baru-baru ini mencuri perhatian apabila mendedahkan hasrat anak lelakinya untuk memeluk Islam. Perkara itu turut membuka sisi peribadinya apabila beliau berkongsi bagaimana dirinya menerima keputusan tersebut dengan penuh hormat dan sokongan.

Difahamkan, Steve atau pemilik nama penuh Broderick Stephen Harvey (69) berkata, anak lelakinya terlebih dahulu berbincang dengannya sebelum membuat keputusan berkenaan. Malah, pelawak dan pengacara itu mengakui beliau tidak menghalang pilihan anaknya untuk mendalami agama Islam.

“Saya menyokong keputusan itu dan saya tidak terkejut. Sejak dia dilahirkan, saya sudah merasakan dia akan mempunyai hubungan dengan Timur Tengah,” katanya.

Steve Harvey Sokong Anak Peluk Islam, Pengalaman Di Sharjah Buka Perspektif Baharu

Steve Harvey Sokong Anak Peluk Islam, Pengalaman Di Sharjah Buka Perspektif Baharu
Steve Harvey ketika di Sharjah

Menariknya, Steve turut mendedahkan bahawa beliau sendiri memilih nama Ali untuk anaknya sejak kecil. Menurutnya, pemilihan nama tersebut dibuat berdasarkan satu firasat bahawa anaknya suatu hari nanti akan mempunyai kaitan dengan rantau berkenaan.

Ads

Dalam pada itu, Steve turut mengimbas kembali pertemuannya dengan Pemerintah Sharjah, Sheikh Dr. Sultan bin Mohammed Al Qasimi, ketika menghadiri Sharjah International Book Fair (SIBF). Pertemuan tersebut dikatakan memberi perspektif baharu kepadanya mengenai Islam dan konsep keimanan.

“Beliau mengubah cara saya berfikir tentang Islam hanya dalam satu hari,” ujarnya ringkas ketika menceritakan pengalaman tersebut.

Steve Harvey Sokong Anak Peluk Islam, Pengalaman Di Sharjah Buka Perspektif Baharu Steve Harvey Sokong Anak Peluk Islam, Pengalaman Di Sharjah Buka Perspektif Baharu

Ads

Menurut Steve, perbualannya bersama Sheikh Sultan banyak menyentuh mengenai keesaan Tuhan, prinsip Islam serta nilai yang terkandung dalam keimanan. Pengalaman itu juga membuatkannya melihat Islam daripada sudut yang berbeza berbanding sebelumnya.

BACA: Rapper Terkenal Central Cee Peluk Islam, Tukar Nama Kepada Akhil

Ads

Selain aspek agama, Steve turut menyatakan kekagumannya terhadap Sharjah yang disifatkannya sebagai sebuah tempat yang tenang serta memberi penekanan terhadap pendidikan, budaya dan kehidupan berkeluarga. Baginya, pengalaman berada di emiriah itu menjadi antara detik penting yang memberi kesan terhadap pandangan peribadinya, selain hubungan anaknya dengan rantau Timur Tengah.

Sumber: Al Jadeed

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads