Pasti ramai yang mempunyai tabiat suka meninggalkan barangan dalam kereta, betul tak?
Tapi, korang tahu tak perkara ini mampu membahayakan nyawa dan perlu dielakkan. Meninggalkan beberapa barang ini di dalam kereta, tambah lagi apabila korang parkir kereta di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari sangat berbahaya. Jom semak apakah barang tersebut.
Hand Sanitizer
Foto Via Pexels
Cecair pembasmi kuman kini semakin popular dalam kalangan masyarakat susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bahan tersebut berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api.
Makanan dan Minuman
Foto Via Pexels
Makanan dan minuman sama ada dalam pek atau disimpan dalam bekas tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kenderaan, tambahan lagi dikawasan terdedah kepada bahang matahari. Ia bahaya terhadap kesihatan kerana suhu dalam kereta boleh mencecah 70°C atau lebih hingga menyebabkan kandungan dalam makanan atau minuman terurai, sekali gus menghasilkan bahan kimia cemar. Paling selalu kita lakukan ialah meninggalkan air mineral yang tidak habis diminum.
Ads
Ubat-ubatan
Foto Via Pexels
Ubat akan cepat rosak jika terdedah suhu tinggi. Mengambil ubat-ubatan rosak semestinya boleh menjejaskan kesihatan. Jadi memang sah tidak elok apa saja ubat-ubatan disimpan dalam kereta tidak kira dalam jangka masa sekejap atau lama.
Powerbank/Alatan elektronik
Foto Via Pexels
Peranti dikuasakan bateri litium-ion sangat berbahaya jika terdedah kepada suhu panas terlalu, apatah lagi secara terbuka boleh menyebabkan letupan. Jadi hati-hati dengan peranti elektronik mudah meletup seperti telefon bimbit, komputer riba, dan rokok elektronik. Juga jangan dilupakan peranti lain seperti pembaca kad tol Smart-Tag. Sila simpan dalam kotak khas yang diletakkan dalam laci khas, jangan biarkan terdedah.
Tin aerosol
Ads
Foto Via Pexels
Tin aerosol seperti penyembur rambut, racun serangga, pewangi, cat sembur dan ubat asma ialah bahan mudah terbakar. Jadi, janganlah ditinggalkan dalam kereta kerana boleh membuatkan kandungan kimia dalam tin mengembang dan bertindak balas menghasilkan letupan.
Pemetik api
Foto Via Pexels
Yang ini paling popular dikalangan golongan perokok, biasanya mereka ada lebih satu pemetik api, dan satu disimpan dalam kereta. Ramai mungkin lupa yang pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas! Jadi cuba elakkan perkara ini.
Petrol
Bukan petrol dalam tangki minyak kereta, tapi petrol yang disimpan sebagai minyak rizab ketika kecemasan, biasanya disimpan dalam but. Ini perbuatan yang sangat berbahaya kerana petrol ialah jenis bahan mudah terbakar.
Ads
Kaca mata
Foto Via Pexels
Barang yang paling disukai ramai adalah menyimpan cermin mata di dalam kereta. Pernah tak anda perasan kaca mata yang ditinggalkan di dalam kereta dalam keadaan cuaca yang panas, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata anda akan mengalami perubahan bentuk selepas beberapa penggunaan. Hal ini kerana suhu yang begitu panas akan melembutkan bingkai kaca mata yang diperbuat sama ada daripada plastik, nelon ataupun asetat. Kesannya nanti kaca mata anda akan longgar apabila dipakai.
Semoga bermanfaat kepada semua.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebut sahaja tentang lapangan terbang, mungkin ada yang begitu teruja apabila mengenangkan tempat percutian yang diidamkan, namun ada pula yang seram kerana memikirkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Biasanya, bila sebut tentang percutian menaiki pesawat, perkara yang paling dibenci adalah apabila penerbangan terpaksa ditunda. Maka, berjam-jam lamanya kita terpaksa menunggu untuk penerbangan seterusnya.
Nah, hal ini mungkin tidak menjadi masalah sekiranya lapangan terbang tersebut mempunyai banyak kemudahan untuk mengisi masa lapang. Tahukah korang ada lapangan terbang yang terdapat pawagam didalamnya?
Berikut kami senaraikan antara lima lapangan terbang yang mempunyai kemudahan pawagam.
Sedikit berbeza dengan pawagam yang lain, The iRido 6D Cinema Theatre di Terminal Domestik 1D mempunyai tempat duduk bergerak dan 21 kesan khas yang terdiri daripada simulasi buih dan salji.
Pelancong yang mengunjungi Lapangan Terbang Antarabangsa Portland boleh menonton filem tempatan sementara menunggu penerbangan mereka di pawagam The Hollywood Theatre yang dibuka semula pada 8 November lalu selepas ditutup selama lebih setahun akibat pandemik COVID-19.
Terdahulu, Lapangan Terbang Incheon Korea Selatan juga pernah mempunyai pawagam tetapi kini khabarnya ia sudah pun ditutup.
Ha, menarik bukan jika semua lapangan terbang menyediakan kemudahan ini, sekurangnya sewaktu penerbangan ditunda atau transit bolehlah kita meluangkan masa dengan menonton filem yang ditayangkan.
Korang pernah berpengalaman menonton pawagam di lapangan terbang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini ramai yang menunggu promosi dari syarikat penerbangan AirAsia untuk mendapatkan tiket murah. Tapi lain pula dimusim Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Mana tidaknya, Airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga 1 SEN SAHAJA untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad. Harga yang ditawarkan pada waktu promosi ni boleh dikatakan tak masuk akal dan ‘gila’
Tapi berita baik ini hanya buat korang yang berada di Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja.
Banyak lagi restoran menarik dan tawaran hidangan istimewa tersedia sepanjang promosi ini. Untuk menebus, pelanggan boleh klik pada ikon ‘Food’ di airasia super app atau layari airasia.com/food.
Promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong airasia food dan berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food.
Malah, para pelanggan juga digalakkan untuk memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan bagi memesan hidangan 1 sen ini di lokasi pilihan mereka.
Korang boleh mengunakan kod promo dibawah untuk mendapatkan makanan dan minuman bernilai 1 sen ini pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.
Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam lingkungan jarak 15km dari restoran terlibat. Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.
Penebusan pertama untuk promosi hidangan 1 sen ini adalah dari Pisco dengan hidangan istimewanya iaitu Croquetas di Lembah Klang dan Nasi Ayam dari Loo Kee Chicken Rice untuk penebusan di Pulau Pinang pada 10 Jun.
Apa lagi guys, sambil buat kerja di rumah bolehlah makan sedap-sedap dengan harga yang murah. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedar tak sedar, kita sudah pun sampai pada hari 10 Ramadan, mesti ada di antara korang yang dah sampai pun ke beberapa bazar untuk beli juadah viral tertentu di setiap tempat itu kan? Bagi kaki foodie pasti korang yang paling teruja sebab waktu bulan puasa ini juga peluang untuk cuba makanan rare yang cuma muncul setahun sekali.
Alang-alang menyeluk perkasam, meh kami kongsi beberapa bazar paling hype untuk tahun ini yang korang wajib check-it-out dan confirm buat korang rambang mata nak pilih juadah apa untuk iftar nanti.
Kredit: FreeMalaysiaToday
Bazar Terpanjang Paling Meriah: Bazar Ramadan Wangsa Maju, KL
Sesuai sangat untuk korang yang jenis suka window shopping sebelum buat keputusan nak beli apa. Bazar ini merupakan bazar terpanjang di ibu kota, sepanjang 500 meter satu hala, bermakna kalau ulang-alik, korang dah berjalan sejauh 1 kilometer tau! Bolehlah anggap sebagai senaman bakar kalori sebelum berbuka.
Paling menarik, terdapat 320 gerai yang menyediakan pelbagai jualan tapi sedialah untuk bersesak-sesak sebab bukan je penduduk Wangsa Maju yang datang, tapi juga dari Taman Danau Kota, Taman Melati, Taman Seri Rampai, dan kawasan sekitar.
Lokasi: Sepanjang Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju
Port Makanan Rare & Hipster: Bazar Ramadan TTDI, KL
Suka makanan yang out of the box? Bazar TTDI yang digelar ‘Bazar T20’ ini memang wajib masuk dalam radar. Setiap tahun, ada je menu unik yang jadi viral. Macam tahun lepas, Samosa Besar Panas jadi rebutan. Tahun ini? Dengar cerita ada Nasi Goreng Wagyu! Betul ke sedap? Kalau nak tahu, mungkin korang kena cuba sendiri.
Lokasi: Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI
Waktu operasi: 3.30 petang – 8.00 malam
Kredit: Benjamin Travel Walk
Syurga Street Food: Bazar Ramadan Stadium Shah Alam Seksyen 13
Nak cari makanan legend & authentic, cuba singgah Bazar Seksyen 13 Shah Alam. Dari menu ayam percik, roti john, dan martabak daging special antara yang paling laku keras. Paling menarik, Chef Ammar yang pernah tular sebelum ini, kali ini kembali dengan menu baru Kabsah Talam! Hmm, agak-agak berapa ringgit ya boleh habis di bazar ini…
Makanan Viral Orang Perak: Bazar Ramadan Stadium Ipoh
Orang-orang Ipoh pasti bangga dengan bazar sini sebab makanan sini memang padu. Mee rebus udang galah, nasi ganja beratur, dan tau fu fah gula melaka antara yang mesti cuba. Jangan lupa juga untuk bungkus ayam yang dimasak dengan stail Jepun ya!
Lokasi: Sekitar Stadium Perak, Ipoh
Waktu operasi: 3.00 petang – 7.30 malam
Kredit: X @MohKeIpoh
Syurga Kuih Tradisional: Bazar Ramadan Kubang Kerian
Ha! Orang Pantai Timur pasti tahu, bazar Ramadan Kubang Kerian ini antara tempat wajib untuk cari kuih-muih asli Kelantan. Dari tepung pelita, jala mas, akok, sampai lompat tikam, semua ada! Selain tu, kalau korang peminat nasi kerabu tumis, di sini juga antara tempat terbaik nak dapat yang betul-betul rasa asli.
Lokasi: Berhampiran Masjid Mukim Kubang Kerian, Kelantan
Jadi dalam banyak-banyak yang REMAJAsenaraikan ini, bazar mana yang korang nak serbu dulu? Selain daripada yang kami kongsikan, cuba kongsi hidden gem mana lagi yang patut orang ramai cuba. Apa pun, sambil membeli makanan sedap itu, jangan lupa untuk sentiasa berpada-pada supaya tidak berlaku pembaziran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.