Sekurang-kurangnya 500 malim gunung atau sherpa akan digerakkan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari Hashim di kawasan pergunungan Everest tahun depan.
Muhammad Hawari dilaporkan hilang selepas turun dari puncak Everest pada 18 Mei lalu.
Ini berlaku setelah operasi SAR Muhammad Hawari, yang berusia 33 tahun dan juga seorang yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, dihentikan pada 16 Jun yang lalu disebabkan oleh faktor keselamatan pasukan SAR dan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika itu.
Pengarah yang juga merupakan Pengasas Bersama Pioneer Adventure, Nivesh Karki, menyatakan bahawa pihaknya sedang mengumpulkan tenaga sherpa dari syarikat-syarikat yang berbeza untuk menjalankan operasi SAR tersebut pada tahun yang akan datang.
Pengasas Bersama Pioneer Adventure, Nivesh Karki
“Kita beri jaminan kepada keluarga usaha mencari Muhammad Hawari akan dilakukan secara menyeluruh di seluruh pelusuk Everest dengan bantuan kira-kira 500 sherpa daripada pelbagai syarikat.
“Malah kita juga tawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menemui Muhammad Hawari sekali gus memastikan misi pencarian itu lebih proaktif.
Ads
“Bagaimanapun, kita tidak boleh memberi jaminan sama ada Muhammad Hawari dapat ditemui dalam misi pencarian tahun depan ini kerana ada kes di mana pendaki hilang pada 1942 ditemui selepas 77 tahun,” katanya hari ini.
Karki berkata demikian pada sesi soal jawab berhubung rancangan pencarian Muhammad Hawari yang dijangka bermula pertengahan April hingga akhir Mei tahun depan.
Saffiyah hadir bersama anak perempuannya.
Hadir sama isteri Muhammad Hawari, Saffiyah Tang Xie Lie, 34, bersama dua anaknya serta ibu mertuanya, Che Tom Hassan.
Mengulas lanjut, Karki berkata, berdasarkan kenyataan sherpa yang menemani Muhammad Hawari, dia dilihat kali terakhir di Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut namun tidak dapat disahkan sama ada dia mendaki atau menurun gunung tersebut.
Ads
“Bagaimanapun apa yang terjadi selepas itu tiada siapa dapat pastikan kerana sherpa tersebut meninggalkan kem untuk memberi bantuan kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub yang berdepan masalah kesihatan.
“Pencarian tempoh hari kita tidak menemui apa-apa jejak dan kita harap pencarian pada musim pendakian tahun depan berhasil namun bergantung pada cuaca.
“Jika cuaca buruk SAR mungkin terpaksa ditanggunhkan lagi dan pencarian akan dilakukan tahun seterusnya (2025),” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Hawari dilaporkan hilang selepas turun dari puncak Everest dan berehat di kem empat lalu selepas berjaya menakluk punca Everest petang 18 Mei lalu.
Misi pendakian ME2023 dikendalikan oleh syarikat Pioneer Adventure yang berpusat di Nepal dengan menyediakan tenaga malim gunung, logistik dan makanan sepanjang misi ke puncak Everest.
Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1.48 juta dan Kerajaan Pulau Pinang RM500,000 kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi SAR Muhammad Hawari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Panas isu gerakan Blockout 2024 dilaksanakan secara meluas di media sosial wargamaya di Malaysia. Terbaru, pelakon jelita Elfira Loy pula tampil memberikan pendapatnya mengenai gerakan #Blockout2024.
Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG Story) berkata gerakan ini sangat wajar dilakukan oleh semua individu.
Menurut pelakon yang popular dengan drama bersiri Qalesya ini, dia sama sekali tidak bersetuju bila mana terdapat individu yang mengatakan bahawa hasil titik peluh yang diperolehi menerusi kempen mempromosikan barangan jenama yang menyokong Zionis adalah rezeki daripada Allah SWT.
‘Jadi, dengan puak macam ini (Zionis) ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka.
Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, learn to let go.
Percayalah Allah akan beri lebih baik.’
Tambahnya lagi, dia tidak dapat membayangkan keadaan sebenar yang akan terjadi apabil munculnya Dajjal di atas muka bumi ini memandangkan orang ramai mula keliru mengenai gerakan boikot yang sedang dilakukan.
‘Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana.
Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja.
Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot.’
Sekadar info, gerakan Blockout2024 ini dibuat susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel. Antara artis tempatan yang turut disenaraikan bagi gerakan ini termasuklah Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Dahlia Rizal dan ramai lagi.
Sebelum ini, Elfira juga sering memuat naik berkaitan isu Palestin dan berkata tiada masalah dilabel beremosi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tatkala dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu, ia mengingatkan kita kembali kepada virus-virus bahaya yang pernah dialami dalam sejarah dunia.
Bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan manusia, impaknya juga mempengaruhi sistem ekonomi dunia, sekali gus memberi tekanan pada kehidupan seharian.
Namun, untuk pengetahuan korang dunia penah dilanda wabak pelik yang bermula dan berlaku di Strasbourg, Perancis apabila epidemik yang dipanggil sebagai Tarian Saint Vitus ini menyebabkan orang ramai akan menari tanpa henti.
Bermula daripada seorang wanita, Frau Troffea pada 17 Julai 1518, Frau pada awalnya cuma menari di lorong rumahnya dari pagi sehinggalah malam tanpa henti walaupun diarahkan untuk berhenti.
Disebabkan terlampau penat, beliau pengsan. Sedar daripada pengsan, Frau Troffea sambung semula biarpun kakinya berada dalam keadaan bengkak.
Terpengaruh Menari Tanpa Sedar
Peliknya, ramai yang terpengaruh ikut sama menari apabila melihat Frau menari dan dalam masa seminggu sahaja, mereka yang dijangkiti dikatakan lebih daripada 30 orang dan terus meningkat hingga 400 orang dalam masa sebulan.
Sehinggakan mereka sendiri seakan tidak mampu mengawal lagi diri dan menyebabkan ramai yang meninggal dunia kerana terlampau penat, serangan jantung dan angin ahmar.
Bimbang dengan keadaan ini, pihak berkuasa kemudiannya menyediakan pentas siap dengan iringan ahli muzik dan penari profesional yang dikhaskan untuk mereka yang dijangkiti menari kerana percaya pada teori ‘mereka akan berhenti menari sekiranya menari dengan lebih lama’.
Namun, inisiatif ini tidak berjaya apabila mangsa epidemik ini meningkat secara mendadak!
Ramai yang menyumbangkan teori mereka mengenai punca bermulanya wabak ini. Sebagai contoh:
Para paderi berpendapat epidemik ini berpunca daripada sumpahan Orang Suci Katolik, Saint Vitus yang merupakan seorang pendendam.
Pada abad ke-20, pengkaji percaya mereka termakan sejenis roti yang dijangkiti kulat Ergot yang menyebabkan si pemakannya berhalusinasi dan menari tanpa henti.
Ajaran sesat yang percaya lebih lama mereka menari, lebih banyaklah harta yang akan dikurniakan kepada mereka.
Namun yang paling diterima orang ramai ialah teori daripada seorang ahli perubatan, John Waller bahawa ianya bermula akibat daripada gangguan psikologi, Psikogenik yang menyebabkan emosi seseorang itu tertekan.
Seorang ahli fizik pada abad ke-16, Paracelsus percaya Frau pada awalnya menari hanya kerana mahu menjengkelkan suaminya kerana masyarakat pada ketika itu percaya wanita yang menari adalah lambang kepada satu pemikiran bebas dan tidak sopan.
Namun teori ini tidak diterima kerana Paracelsus dikenali sebagai seorang misogini.
Keadaan Frau yang semakin kritikal ini menyebabkan pihak berkuasa bandar terpaksa mengheret beliau ke Gereja Saint Vitus untuk memohon keampunan.
Magisnya, penyakit tersebut berjaya disembuhkan! Selepas itu mereka yang dijangkiti akan dibawa ke Gereja Saint Vitus untuk disembuhkan.
Ahli grup Vixx, Leo mengakui rasa janggal hadir ke Malaysia tanda kehadiran ahlinya yang lain namun itu tidak bermakna dia tidak akan memberikan 100 peratus dalam persembahannya nanti.
Dia berkata demikian ketika sidang media untuk K-Performance Show 2019 di Plenary Hall, KLCC pada Jumaat.
“Sebagai artis solo ke Malaysia, saya rindukan ahli-ahli saya yang lain. Sebenarnya bila saya sampai di lapangan terbang dan lihat ramai peminat mengalu-alukan kehadiran saya di sini membuatkan saya rasa sangat bersalah sebab kami (VIXX) tak buat persembahan di Malaysia.
“Walaupun hanya saya seorang tanpa ahli kumpulan, saya ingin sekali melakukan persembahan yang terbaik untuk starlight,” katanya.
Dalam pada itu, Leo turut berkongsi makanan kegemaran terbarunya di Malaysia.
“Saya suka nasi lemak. Hari ini sahaja dah dua kali saya makan makanan itu. Mungkin saya akan terus makan sampailah saya balik,” tambahnya lagi.
Untuk pengetahuan, Leo hadir ke Malaysia sebagai salah satu perfomer yang akan membuat persembahan di K-Perfomance Show 2019 yang dibawakan oleh Korea Tourism Organization bertempat di Plenary Hall, KLCC dan berlangsung selama 2 hari bermula Sabtu dan Ahad ini.
Selain Leo, terdapat juga persembahan daripada JUMP, The Painters, Let’s Dance Crazy dan juga T-Bird.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!