Kay, Becky with the good hair IS back! Or is that really her?
Bagi korang yang terlepas train, jom kita recap semula apa sebenarnya yang berlaku.
Untuk pengetahuan, Beyonce dan suaminya yang baru diisytiharkan billionaire, Jay-Z berada di perlawanan Game 3 NBA Finals di Oakland semalam dan berdasarkan beberapa video dan foto yang bertebaran sejak semalam di Twitter, Beyonce memang tak boleh sembunyikan emosinya terhadap wanita yang duduk di sebelahnya.
Cuba bayangkan, ada perempuan yang tiba-tiba datang duduk di sebelah korang (kerana tempat duduk di sebelah BF/suami telah diambil) dan terus-menerus berborak dengan BF/suami seolah-olah korang tiada di situ.
Amboi, amboi, siapa yang tak pissed off kena caras macam tu je.
Ini 5 reaksi natural mana-mana perempuan kalau ia terjadi kepada korang. Kalau (Queen) Beyonce pun tak tahan, inikan lagi kita perempuan biasa.
Ads
Mula-mula kita usahakan juga untuk bercakap dengannya. Tak salah jadi friendly.
Uhm hello, I’m still here..
Bila dia OBVIOUSLY nak bercakap dengan pasangan kita je, I’LL TUNE OUT telinga tapi otak masih ligat berjalan.
Oh honey, you’re dead when my sister SOLANGE knows about this
Ads
Ada kawan yang tegur kita dari jauh lah! Cepat-cepat kita recover balik emosi dan riak wajah. Nanti dia ingat kita tak suka dia padahal kita tak suka perempuan sebelah ni.
Still menempel dekat tepi Bey..
OMG this girl just does not know how to stop! Kita tak boleh control (atau sengaja tak nak control) muka. Dah bagi signal jelingan tepi pun dia tak faham juga.
Okay kita kena gunakan kuasa fizikal. Jom tolak dia sedikit supaya dia tak kacau BF/suami KITA.
Tepi, tepiiii
Fuhh.
ANYWAY, perempuan yang duduk di sebelah Beyonce itu ialah Nicole Curran. Dia merupakan isteri kepada billionaire, Joe Lacob yang juga merupakan pemilik kelab bola NBA Golden State Warriors.
Cer lihat video yang sedang viral di Twitter itu untuk korang judge sendiri, sama ada Nicole betul-betul telah mengundang kemarahan Beyonce atau tak.
Ada berpendapat bahawa perbezaan umur yang ketara di antara pasangan boleh membuatkan sesebuah perhubungan itu berisiko. Tapi ada juga yang berpendapat bahawa jarak usia boleh mematangkan seseorang yang muda.
Contoh terbaru adalah pasangan pengantin selebriti baharu kita yang membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin. Zizi, 36 memilih Yusuf, 29 sebagai pasangan hidup biarpun mempunyai jarak usia 7 tahun di antara mereka. Majlis pernikahan ringkas telahpun selamat dilangsungkan pada pagi Ahad, 19 September 2021.
Pasangan yang dikhabarkan mula bertambah rapat kira-kira dua bulan lalu menerusi rakaman program All Together Now Malaysia itu melalui fasa pengenalan yang cukup menarik apabila masing-masing tidak berjumpa seperti pasangan kekasih lain disebabkan kekangan musim pandemik.
Sebaliknya, mereka hanya berhubung menerusi telefon saja! Haa, korang mampu tak? Hehe..
“Alhamdulillah dengan izin Allah, kami selamat ddiijab kabul dengan sekali lafaz. Terima kasih untuk doa dari keluarga, sahabat dan kalian semua, semoga Allah memberkati kita semua.” -Zizi Kirana. Foto : By Nana Azman Studio
REMAJA tumpang gembira apabila bertambah satu lagi pasangan selebriti yang tidak menjadikan perbezaan usia itu sebagai satu halangan. Bak kata orang, usia itu hanyalah angka dan tidak bermakna sekiranya perasaan sayang itu tulus dah ikhlas.
Tak percaya ia boleh berkesan? Cer tengok 11 lagi pasangan lelaki muda dan perempuan yang lebih berusia ini.
Priyanka Chopra & Nick Jonas
Perbezaan Usia: 10 tahun
Hubungan Priyanka Chopra dan Nick Jonas diakhiri dengan perkahwinan pada Julai 2018. Majlis tersebut langsung membuatkan semua orang bercakap mengenainya. Bagaimana ia boleh menjadi setular ini?
Pertama disebabkan campuran budaya. Kedua tentunya disebabkan perbezaan usia mereka. Tapi kalau difikirkan kembali, jarak 10 tahun itu sebenarnya normal pada zaman sekarang.
Noor Neelofa & Haris Ismail
Jarak Usia: 6 Tahun
Benar, episod awal hubugan Muhammmad Harris Mohd Ismail atau PU Riz dan Noor Neelofa ini telah berdepan cabaran yang boleh dikatakan getir juga setelah mereka berdepan kontroversi diikuti dengan kontroversi. Namun, pasangan ini berjaya menempuhi dan rezeki mereka semakin murah.
Baru-baru ini, perniagaan pelitup muka Nun Ha milik mereka telah dilaporkan habis terjual sebanyak 220,000 keping sebelum pelancaran rasminya lagi. Cabang perniagaan ini telahpun dirancang mereka sejak hujung tahun lalu lagi sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Liam Payne & Cheryl Cole
Perbezaan Usia: 10 tahun
Satu lagi pasangan yang mempunyai perbezaan usia 10 tahun! Okay fine, Liam dan Cheryl telahpun berpisah anak satu. Tetapi pada tahun 2016, mereka cukup bahagia ketika Cheryl melahirkan anak pertama mereka pada tahun 2017. Setakat bertahan 2 tahun saja, hhm..
Ariff Aziz & Datuk A. Aida
Jarak Usia: 18 Tahun
Fuh, ni memang legend. Setelah diijab kabulkan tiga tahun lalu, Ariff mengajak Datuk A.Aida untuk memancing udang pada hari kedua sebagai suami isteri. Sweet dan lain daripada yang lain. Namun itulah, jodoh mereka berdua tidak berpanjangan setelah sah berpisah pada tahun 2019.
Ryan Gosling & Eva Mendes
Jarak Usia: 6 tahun
Sejak 2011, Ryan dan Eva tak boleh berenggang walaupun ada khabar angin mengatakan hubungan mereka agak goyah. Eva melahirkan anak pertama, Esmeralda Gosling pada September 2014 dan anak kedua, Amada pada Mei 2016.
Ryan Gosling & Sandra Bullock
Jarak Usia:16 tahun
Wow, nampaknya Ryan memang sukakan wanita berusia sejak muda lagi! Sebelum Eva, bekas ahli The Mickey Mouse Club ini pernah berpacaran dengan Sandra Bullock yang jauh lebih matang pada tahun 2002.
Fattah Amin & Nur Fazura
Jarak Usia: 7 tahun
Sweet sangat ucapan Fazura terhadap Fattah sempena Hari Bapa,, kira-kira dua tahun lalu. Fazura yang kehilangan arwah ayahnya, Sharifuddin Adnan lebih 20 tahun lalu nyata terkesan dengan pemergian tersebut.
Namun setelah berkahwin, Fazura dapat melihat sisi personaliti yang hampir sama di antara arwah dan juga suaminya, Fattah Amin. “Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.”
InsyaAllah, cinta pasangan Hero Seorang Cinderella ini akan terus kukuh bersama. Amin!
Ashton Kutcher & Demi Moore
Jarak Usia: 15 tahun
Okay, makin ramai pasangan jarak usia jauh yang telah bercerai.
Ini termasuklah Ashton dan Demi. Pasangan ini memang epik kerana tak semua orang boleh menerima hakikat Demi memilih Ashton pada waktu lelaki itu kelihatan ‘mentah’ dan menurut mereka, “tak sama taraf dengan beliau”.
Selepas dua tahun berkahwin, akhirnya ramalan jadi kenyataan apabila mereka bercerai pada November 2013.
Gerard Pique & Shakira
Jarak Usia: 10 tahun
Tapi tak semuanya bercerai okay!
Pemain bola sepak dan penyanyi Amerika Latin ini telah bersama sejak tahun 2010 dan kini, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Milan dan Sasha Pique Mebarak.
Zain Saidin & Rozita Che Wan
Jarak Usia: 11 tahun
Kecoh satu Malaysia pada tahun 2013 apabila ura-ura pelakon, Rozita Che Wan berpasangan dengan ‘pucuk muda’ menjadi realiti. Rozita, 48, dan Zain, 37, pada 2013 kemudian dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.
Dalam temubual baru-baru ini, Che Ta mengakui perbezaan usia yang wujud memerlukan mereka berdua selalu bertolak ansur untuk mengelakkan salah faham. Bagi Che Ta, dalam perkahwinan untuk ada pasang surut. Namun hubungan mereka baik-baik sahaja hingga sekarang. “Suami pun ada kala bersifat kebudak-budakkan, jadi kita kenalah toleransi.”
Benji Madden & Cameron Diaz
Jarak Usia: 7 tahun
Setelah melangsungkan perkahwinan pada Januari 2015, nampaknya hubungan Benji dan Cameron masih kekal sehingga kini! Hubungan mereka bertambah erat dengan kehadiran anak perempuan yang dinamakan Raddix pada tahun 2020. Interesting name..
Hubungan yang berjaya kekal seperti ini adalah sesuatu yang jarang sekali berlaku di Hollywood. Cameron sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan selebriti lelaki muda lain seperti Justin Timberlake.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disember 2020 nampaknya menjadi bulan istimewa bagi kebanyakan pasangan selebriti mengikat tali perkahwinan bersama pasangan pilihan masing-masing.
Jika pada 19 Disember lalu, pelakon dan finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telahpun diijab kabulkan bersama Najla Samshul seterusnya melangsungkan majlis resepsi pada sebelah malamnya pula.
Minggu ini, tiba giliran seorang lagi pelakon lelaki muda untuk menamatkan zaman bujangnya.
Siapakah gerangannya?
Tentulah pelakon terkenal Indonesia, Adipati Dolken yang selamat menikahi pasangannya, Canti Tachril.
Pada usia 29 tahun, Adipati melangkah ke fasa seterusnya itu di Pulau Belitung lebih awal pada hari Jumaat lalu. Keesokan harinya, mereka melangsungkan acara makan malam bersama.
Pemilihan Belitung sebagai lokasi adalah disebabkan keinginan pasangan itu untuk menikah berdekatan dengan kawasan pantai. Lokasi seperti Bali dan Lombok pula dilihat sudah terlalu biasa digunakan oleh pasangan lain sebelum ini.
Malang sekali, ayah, ibu dan kakak Adipati tidak dapat sama-sama berada di majlis tersebut. Kakaknya sedang menetap di Washington DC, Amerika Syarikat. Ibunya pula berada di Jerman pada masa ini manakala ayahnya berada di luar kawasan dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
Katanya dalam sebuah temuramah bersama 20 Detik, ibunya benar-benar ingin hadir dan telahpun membeli tiket pulang. Malah, baju buat ibunya itu juga telah disediakan.
Bagaimanapun, situasi lockdown yang masih dilaksanakan di Jerman dan beliau terpaksa ‘refund’ tiket yang telah dibeli. Apapun, keluarga Adipati tetap menyokong keputusannya itu dan sempat menyaksikan upacara perkahwinan mereka menerusi group call.
“Ketidakhadiran mereka tidak terlalu menjadi masalah yang besar kerana mereka pasti mendoakan saya dengan kondisi yang sangat baik juga.”
Adipati cuba untuk tidak memberikan sebarang komen setelah video dan foto pernikahan dan resepsi mereka tersebar meluas di media sosial pengguna dari Indonesia.
Apa yang hangat diperkatakan oleh orang ramai adalah permintaan keluarga Canti yang berharap agar Adipati ‘memperbaiki’ pegangannya kepada agama Islam. Ini kerana mertua Adipati itu menerapkan pegangan agama yang kuat kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Jelas Adipati, “Yang pasti memang bapanya secara khusus meminta saya untuk mampu mengimamkan Canti dengan baik. Jujur agama saya kurang baik apabila saya hidup bersendirian selama ini. Saya telah belajar untuk menjadi imam yang lebih baik. Syarat keluarganya itu telah saya terima dan itu adalah yang terbaik untuk kami berdua.”
Buat masa ini, mereka menunda dahulu perancangan berbulan madu kerana situasi pandemik di sana yang tidak stabil. Oleh itu, mereka sedang menghabiskan masa romantik di Belitung saja.
Sumber Foto: Instagram @adipati
Untuk pengetahuan, Canti merupakan anak perempuan kepada ‘bos besar’ di syarikat pemaju PT Plaza Indonesia Realty, Mohamad Tachril Sapi’ie.
Manakala Canti sendiri merupakan seorang model, pelakon dan penyanyi di Indonesia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa. Kami akan kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube nanti.”
Berikutan pembacaan kes yang terpaksa dilalui oleh pasangan M Sugu dan S Pavithra akibat insiden mengasari isteri dan dakwaan memiliki senjata berbahaya, seluruh Malasyia bersimpati dengan nasib YouTuber saluran masakan terkenal negara itu.
Biarpun minggu ini Pavithra terpaksa melalui satu demi satu ujian (which is ironic memandangkan dia baru saja menerima penghargaan anugerah daripada Datuk Bandar Ipoh Selasa lepas), dia dilihat masih kekal tenang.
Malah, Pavithra tampil untuk membayar jaminan RM10,000 yang dikenakan kepada suaminya dan dilaporkan juga telah memaafkan suaminya itu.
Jelas, Pavithra adalah seorang perempuan yang amat positif dan berjiwa cekal. Tanpa memerlukan masa yang panjang untuk berfikir akan perbuatan suaminya, dia setia untuk menerimanya.
Bukan semua orang boleh melalui apa yang menimpanya pada minggu ini setenangnya.
Enggan lagi memikirkan masalah yang melandanya itu, dia ingin berikan perhatian sepenuhnya kepada mereka empat sekeluarga dan ingin teruskan dengan content masakan terbaru di saluran YouTube.
Kami bertanyakan sesama team REMAJA sendiri sama ada bolehkah mereka memaafkan pasangan sekiranya mereka dikasari atau diuji sebegitu rupa.
Jom lihat 5 cara bagaimana korang boleh cuba untuk memaafkan si dia..
*
Sekiranya korang tidak memiliki pasangan yang mengasarimu TETAPI korang sering DIBULI oleh orang di sekeliling, ini adalah langkah yang perlu korang ambil.
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...