Pasangan selebriti terkenal, Mimi Lana dan Syafiq Kyle, hari ini selamat diijabkabulkan.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Andai Tiada Dia itu menerusi entri Instagramnya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, got married on a blessed Friday. #skmlfoundthedate,” tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan kesayangan ramai itu kelihatan anggun dan segak mengenakan busana serba putih semasa majlis pernikahan mereka.
Ads
Menurut laporan media tempatan, majlis tersebut diadakan di kampung halaman Mimi yang terletak di Taiping, Perak.
Majlis pernikahan itu difahamkan berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, dengan permintaan agar tidak diketahui oleh pihak media atau orang luar.
Ads
Syafiq Kyle sebelum ini telah mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya yang memegang tangan Mimi, lengkap dengan dua bentuk cincin di Instagram.
Pada asalnya, pasangan ini dijadualkan untuk melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut dibatalkan tanpa memperincikan sebabnya.
Walaupun demikian, Syafiq dan Mimi mengesahkan hubungan mereka tetap baik dan masih boleh bekerjasama dalam projek drama atau filem.
Setelah cuba mengelak soalan wartawan, spekulasi membabitkan rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila beliau dilaporkan memfailkan penceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven Binti Eddy Verhoeven.
Memetik laporan CNN Indonesia, Baim, 43 dilaporkan membuat permohonan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin melalui sistem Informasi Penelusuran Perkara (SIPP) PA Jaksel. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Baim.
Terdahulu, Baim menerusi satu rakaman podcast mengaku dirinya dan isteri sama seperti pasangan lain yang melalui fasa pasang surut dalam perhubungan.
Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim bin Johny Djaelani, bagaimanapun hanya meminta peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecil mereka dan enggan mengulas lanjut mengenai status perkahwinannya.
Gosip perpisahan terus bertiup kencang apabila Paula yang telah berhijrah ke imej berhijab dilihat menunaikan ibadah umrah di tanah suci tanpa kehadiran Baim di sisinya.
Khabarnya, Paula meneruskan perjalanan ke sana biarpun tidak meminta izin daripada suaminya.
Baim pula dilihat lebih memberi fokus kepada kerjaya, tambahan pula dengan pelancaran filem bergenre seram, Lembayung arahannya yang turut menampilkan pelakon dari Malaysia, Anna Jobling.
Sekadar info, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dua zuriat lelaki iaitu Kiano Tuger Wong,3 dan Kenzo Eldrago Wong, 2.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, baru-baru ini berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.
Menerusi temubual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
“Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut inshaAllah”
“Saya selalu bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dulu dan selepas itu solat tahajud” – Rizman
“Solat tahajud ini Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?” – Rizman
Pereka fesyen yang kini berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran sekurangnya satu muka surat setiap hari.
Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.
Kredit: Tiktok Tun Asyraf Khalid
“Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji sebab keluarga saya tidaklah terlalu alim. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya”
“Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu dah jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju”
Kredit: Instagram Rizman.N
Menurutnya lagi, jika kata ada usaha untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan hal yang ingin dilakukan itu akan jadi lebih mudah.
Sementara itu, tambah Rizman sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha. Berharap sepenuh hati terhadap Allah juga membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.
“Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman” – rizman
“Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi, saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini”
Sebagai manusia, Rizman berkata sudah semestinya akan ada pelbagai cabaran tetapi kita pasti boleh lakukan dan laluinya jika kembali kepada asas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media sosial kembali hangat apabila selebriti Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz memuat naik sesi live di Instagram bersama semalam.
Umum tahu bagaimana perjalanan hubungan mereka yang selalu teruji sehinggakan Aliff melafazkan penceraian terhadap wanita berusia 25 tahun itu.
Jadi apabila video tersebut tular di kalangan netizen, ramai yang mempersoalkan mengapa Bella masih terbuka hati untuk cuba melayan Aliff di hadapan ribuan penonton di Instagram.
Ada yang memberi komen pedas seperti, “Kenapa bertindak bodoh, Bella?” dan “Mereka adalah pasangan bercerai paling teruk pernah saya kenal.” Amboi, mulut..
REMAJA enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan Bella dan Aliff. Namun, situasi pasangan yang cuba berbaik semula ini bukan situasi baru. Ia selalu berlaku, mungkin disebabkan oleh 5 sebab ini.
01
Matang Selari Dengan Usia
Okay, ini satu fakta saintifik untuk korang hadam.
Sesiapa yang belum berusia 25 tahun didapati sukar mengawal emosi dan reaksi balas disebabkan satu perkara, frontal lobe. Ia adalah satu bahagian di dalam otak yang akan berkembang sehingga usia 25 tahun. Itulah bahagian yang mengawal emosi dan personaliti manusia.
Tak hairanlah apabila remaja terlalu mudah putuskan hubungan ketika bergaduh dengan pasangan dan menyesal tak lama. Ini kerana remaja memerlukan masa untuk meredakan emosi dan kemarahan.
Sekali dah naik angin, memang kita senang nak cakap lepas je. Bila sudah menyesal, kita merayu untuk kembali bersama. Tipikal.
Apabila seseorang itu sudah lebih berusia; secara automatik dia boleh mengawal emosi dan berfikir secara logik. Mungkin juga korang yang kini semakin matang akan kembali bersama..
02
Masih Terikat Di Media Sosial
Wujudnya akaun seperti Facebook, Snapchat dan Instagram menyukarkan seseorang untuk melupakan ex kecualilah korang bertindak untuk block mereka.
Perhatikan jika si dia masih belum memadamkan gambar korang bersama atau belum unfollow korang lagi, besar kemungkinan perasaan sayang itu masih ada padanya.
Pernah dengar alasan, “Itu dia yang dulu, sekarang keadaan dah berubah” ?
Dengar macam klise tetapi alasan itu sebenarnya relevan dan boleh menentukan jika pasangan itu akan kembali bersama.
Ada yang dahulunya terpaksa putus kerana keadaan yang tidak mengizinkan seperti jarak jauh (belajar di negeri lain atau di luar negara). Atau mungkin hubungan dihalang oleh keluarga kerana masih terlalu muda untuk bercinta.
Bukannya korang tak saling menyukai antara satu sama lain, cuma dulu masanya tidak tepat untuk bercinta. Kini setelah beberapa tahun berlalu, mungkin ~ repeat after us ~ “keadaan sudah berubah” dan mungkin inilah waktu terbaik untuk meneruskan hubungan.
04
Dia Sudah Tahu Baik Buruk Kamu
Dulu sewaktu bercinta, korang rasakan tiada siapa yang boleh menyayangi korang sebaik si dia.
Semasa bercinta, masing-masing sudah mengetahui sisi baik pasangan. Bila sudah putus, sisi buruk pula yang terserlah. Ini bermakna tiada rahsia yang tinggal, baik buruk pasangan semua sudah terserlah. Itulah fasa saling mengenali pasangan.
Sekarang sepatutnya korang berdua lebih mudah untuk mengendalikan hubungan ini jika berhasrat untuk kembali bersama. You guys have been through a lot, it is hard to fail this relationship.
05
Takut Keseorangan
Bukannya korang manja, bukannya tak boleh berdikari.
Cuma korang ada rasa takut jika end up keseorangan. Normal lah bagi kita untuk merasa lonely. Setelah sekian lama ada pasangan untuk meluahkan perasaan dan bermanja, sekarang korang tinggal seorang diri.
BUT, jangan sesekali cuba untuk kembali bersama hanya disebabkan korang rasa keseorang. Ia tidak adil bagi pasangan. Why not ‘buang’ rasa keseorangan itu dengan bergaul dengan kawan dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
HANYA JIKA korang berdua yang merasakan wajar untuk memberi hubungan itu peluang kedua, barulah kembali bersama.
Apa pendapat korang? Okay ke kalau get back together dan berapa banyak chance boleh kita beri kepada pasangan?
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!