Peninju Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih mesra dipanggil Jojo, baru-baru ini mencuri perhatian warganet selepas memuat naik beberapa foto bersama seorang wanita di platform TikTok miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Jojo dilihat meluangkan masa bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Queenna Khan.
Hantaran berkenaan sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang membuat andaian bahawa mereka mungkin mempunyai hubungan istimewa.
Ads
Selain itu, segelintir pengguna juga memberikan sokongan, menganggap pasangan ini kelihatan serasi bersama, dan berharap hubungan mereka berkekalan.
Namun, ada juga segelintir wargamaya yang berseloroh, mengatakan mereka ‘makan hati’ dan mengundur diri kerana tidak berjaya memikat hati Jojo.
“Mundur semua, saingan kita Quenna Khan,” komen seorang pengguna.
Ads
“My friend depressed after seeing this,” tulis juga pengguna lain.
“Satu Malaysia tak nak kawan Jojo dah… Hmmm majok,” seloroh seorang lagi.
“Dah semua jom balik perjuangan kita dah tamat.. semua boleh beredar,” seloroh juga pengguna lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Jojo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang memang mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Nak suami soleh, zuriat yang ramai dan bijak-bijak, pendek kata semuanya yang indah-indah kita dah berangan.
Persoalannya, macam mana nak bina perkahwinan penuh berkah dan ada beberapa perkara tentang perkahwinan yang perlu korang tahu dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
Manalah tahu terlepas pandang kan, berikut kami senaraikan tentang 6 pernikahan yang dilarang dalam Islam.
Nikah Mut’ah atau lebih dikenali sebagai kahwin kontrak, iaitu pernikahan dalam tempoh masa tertentu., dimana suami tidak wajib untuk memberikan nafkah dan tempat tinggal kepada isteri, serta tidak mempunyai warisan (anak).
Contohnya, seorang lelaki melakukan perkahwinan dengan akad nikah seperti, “Aku menikahimu selama satu atau satu tahun,” kemudian wanita itu menjawab, “Aku terima”
Nikah Mut’ah ini pada mulanya dibolehkan oleh Rasullah SAW, iaitu apabila terjadinya peperangan yang panjang kerana suami perlu meninggalkan para isteri ke medan perang dan khuatir berlakunya perbuatan zina, maka dengan itu Rasullah membenarkan nikah ini kerana dianggap darurat dan sifatnya hanya sementara saja.
Dari Rabi’ bin Sabrah dari ayahnya ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda:” Sesungguhnya aku pernah mengizinkan kalian untuk menikahi perempuan secara mut’ah. Sekarang Allah Swt mengharamkan hal itu sampai hari kiamat. Kemudian siapa yang mempunyai isteri hasil nikah mut’ah hendaklah ia melepaskannya dan jangan kalian mengambil sesuatu yang telah kalian berikan kepada mereka.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Gambar hiasan
2. Nikah Syighar
Pernikahan dengan cara tukar menukar calon isteri diantara para wali untuk dinikahkan dengan calon suami yang telah disepakati atau untuk dirinya masing-masing dengan suatu penjanjian tanpa mahar.
Rasulullah SAW bersabda, ” Dari Ibnu Umar RA, ia berkata Rasullah SAW telah melarang nikah syighar, iaitu seorang mengahwinkan anak perempuannya kepada seorang laki-laki dengan syarat laki-laki itu harus mengahwinkan anak perempuannya kepada laki-laki pertama dan masing-masing tidak membayar mahar.” (HR Bukhari dan Muslim)
3. Nikah Muhallil
Nikah muhallil merupakan pernikahan untuk menghalalkan kembali isteri yang telah ditalak tiga agar boleh lagi dinikahi suami pertamanya. Dalam bahasa lain, lebih kurang cina buta la.
Suami yang baru disebut muhallil atau orang yang menghalalkan dan suami yang telah menalak tiga disebuat muhallal lahu atau orang yang dihalalkan untuknya. Nikah seperti ini dilarang oleh agama, malah Rasulullah SAW melaknatnya.
Pernikahan antara lelaki dan perempuan yang berbeza agama atau kepercayaan, iaitu lelaki mukmin bernikah dengan perempuan non-muslim dan perempuan mukmin bernikah dengan lelaki non-muslim.
5. Nikah Khadan
Pernikahan secara rahsia dan ia sangat terkenal di zaman jahiliyiah dulu, dan mereka berkata: Sesuatu yang tertutup, tidak apa-apa dan sesuatu yang nampak, maka ia merupakan cacian.
Allah SWT berfirman, “Dan bukan (pula) perempuan yang mengambil laki-laki lain sebagai peliharaannya,” (QS An-Nisa: 25)
“Dan bukan untuk menjadikan perempuan peliharaan” (QS Al-Maidah:5)
6. Menikahi perempuan yang berzina
“Penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik, dan penzina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina laki-laki atau dengan laki-laki yang musyrik dan yang seperti itu diharamkan bagi orang-orang mukminin” (QS An-Nur: 3)
Nah, sebenarnya banyak benda lagi yang perlu kita belajar. Kadang, kita rasa kita dah cukup faham tentang isu nikah kahwin ni, tapi rupanya ilmu masih cetek.
Tak salah kalau luangkan masa sikit untuk belajar perkara-perkara penting macam ni kan. Barulah rumah tangga lebih berkat. InsyaAllah..
Masih tidak terlewat untuk ucapkan tahniah buat Nynaa & suami!
Bagaikan sudah lama tidak mendengar khabar peserta Dewi Remaja 2019 seorang ini. Seorang yang pandai ‘berahsia’ juga ya, akhir bulan lalu aktres cantik manis ini memaklumkan dirinya sudah berbadan dua dan menghitung hari untuk melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pelakon Nynaa Harizal berkongsi khabar gembira apabila sudah genap tujuh hari dia dan suami tercinta yang juga usahawan, Fahmi Ilyas, menimang cahaya mata pertama mereka.
Dalam hantaran dibuat Top 3 Dewi Remaja 2019 itu, bayi yang tidak didedahkan jantinanya selamat dilahirkan pada 29 Januari lalu.
“Alhamdulillah for everything. 29.1.23 , #7DaysOld,” coret bintang meningkat naik itu.
Khabar gembira berkenaan turut diumumkan suaminya menerusi platform yang sama, dengan memaklumkan mereka kini sudah bertiga.
“Now we are three…. 29.1.2023,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Tentunya kehadiran orang baharu sekaligus menyuntik rasa teruja para pengikutnya termasuk rakan artis yang mendoakan ibu dan anak dalam keadaan sihat selain tidak sabar melihat wajah bayinya itu yang masih belum didedahkan umum.
Untuk rekod, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di ibu kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perkahwinan pasangan bintang popular Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin masih lagi diperkatakan apabila seorang tetamu majlis resepsi mereka yang juga merupakan rapper Korea, Hanhae telah membongkar ‘doorgift’ yang diterima daripada majlis tersebut.
Menurut selebriti itu, dia terkejut melihat ‘doorgift’ yang diterima iaitu minyak wangi daripada jenama terkenal Tom Ford, massage roller daripada jenama peranti kecantikan Barnab dan set kaca daripada Baccarat sebagai hadiah kerana menghadiri majlis perkahwinan itu.
Hadiah yang diberikan kepada tetamu itu dianggarkan bernilai lebih 1 juta Korea Won bersamaan lebih kurang AS$789.19 (RM 3468.10).
Sumber: Allkpop
Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang kad jemputan perkahwinan selebriti popular ini yang dikatakan begitu mewah dengan rekaan wedding dress pada kad jemputan tersebut. Kedua-dua pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac lalu yang mendapat perhatian ramai.
Son Ye Jin dan Hyun Bin juga telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari lalu. Hubungan intim mereka terjalin ketika kedua-duanya menjalani drama Crash Landing On You. Ia bukanlah sesuatu yang baharu kerana ramai juga selebriti Korea yang bertemu dengan cinta hati ketika di set penggambaran.
Di Malaysia juga, perkahwinan selebriti Neelofa pernah turut menjadi bualan kerana doorgift yang diterima tetamu merupakan barangan mewah daripada Lancome dan Swarovski. Untunglah tetamu yang hadir di perkahwinan selebriti-selebriti terkenal ini kan. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang ramai yang struggle nak turunkan berat badan, tapi kadang-kadang rasa mustahil, kan? Tapi jangan down dulu sebab seorang pemuda dari Indonesia ni...