Pelakon karya terkenal Mukhsin, Yana Alyahya, akhirnya mengumumkan kehamilan bayi pertamanya, selepas lima bulan berahsia kepada umum.
Menurut Yana, dia dan suami tercinta, Jad Hanif Jimmy, menzahirkan rasa teruja bagi menyambut putera sulungnya itu.
“Selepas menanti lima bulan, kami teruja untuk mengumumkan yang kami sedang menantikan kelahiran cahaya mata lelaki.
“la merupakan satu perjalanan yang penuh ‘ups and downs’ dan perjalanan kita sebagai ibu bapa jauh lagi tapi kami teruja untuk menantikan si kecil ini,” tulisnya di Instagram.
Ads
Di samping itu, adik kepada pelakon terkenal, Sharifah Amani itu juga memohon doa orang ramai agar bayi mereka sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
“Terima kasih kepada semua pihak yang tahu dan menyimpannya sebagai rahsia. Maafkan kami berdua sekiranya ada tersilap kata dan doakan kami berdua dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, insya-Allah.
“Saya sangat gementar untuk bergelar seorang ibu namun saya bersyukur kerana punya sistem sokongan yang kuat. Syukur juga bayi saya dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah,”katanya lagi.
Untuk rekod, pasangan dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, anak kepada biduanita negara, Siti Aafiyah meraih perhatian ramai apabila berjaya meraih Gold Award dalam acara Euroasia Youth Music Festival 2025 yang diadakan di Sunway University, Selangor.
Menerusi sebuah perkongsian video di Instagram milik penyanyi nombor satu tanah air itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa terharu dan bangga selepas anak sulungnya berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada Jun akan datang.
“Alhamdulillah, baru-baru ini Aafiyah menyertai ‘2025 EuroAsia Youth Music Festival ‘ di Sunway University untuk Kuala Lumpur Preliminary Round,” tulisnya menerusi perkongsian berkenaan.
Kredit foto: Instagram @ctdkKredit foto: Instagram @ctdk
“Di bawah bimbingan Teacher Illy @illypianoacademy, Aafiyah berjaya mendapatkan Gold Award dan layak ke pusingan Final pada bulan Jun nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu turut berterima kasih atas jasa guru yang mengajar Aafiyah sekaligus mendoakan puterinya agar sentiasa terus melakar kejayaan.
“Ini adalah moment yang sempat ibu abadikan buat semua. Berdebar jugak ibu bila Aafiyah nak mulakan persembahan, tapi ibu percaya Aafiyah boleh lakukan,” ujarnya.
“Terima kasih Teacher Illy tak jemu jemu melatih Aafiyah. Semoga Aafiyah terus berjaya sayang. Amin ya Rabb,” tambahnya.
Kredit foto: Instagram @ctdkKredit foto: Instagram @ctdk
Sementara itu, lagu persembahan yang dimainkan oleh Aafiyah sehingga berjaya melayakkan dirinya ke peringkat seterusnya adalah bertajuk ‘The Elephant Herd’ oleh June June Armstrong
Sekadar info, Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Siti Aafiyah pada Jun 2017 dan anak kedua, Muhammad Afwa pada Ogos 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tidak terlepas daripada menerima komen negatif segelintir netizen apabila ‘diperli’ oleh kerana kerap melakukan sesi siaran langsung menjual barangan produk kecantikan jenamanya.
Menerusi perkongsian yang dibuat akaun peminat di aplikasi X, terdapat beberapa pihak yang seakan mentertawakan Siti hanya kerana kerap melakukan sesi siaran langsung di media sosial.
Ciap pemilik akaun @bad_arsila itu, walaupun ditertawakan segelintir pihak, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu tetap dilihat sentiasa berkongsi rezekinya kepada mereka yang memerlukan.
“Walaupun ada pihak mentertawakan Siti Nurhaliza sebagai ‘artis tiada job’ hanya kerana buat live mempromosikan produknya di TikTok dan Instagram.
“Siti tetap meneruskan target kehidupan tanpa mempedulikan kata-kata nista itu. Terima kasih Siti kerana terus berjalan dan berkongsi rezeki,” ciap pemilik akaun X itu.
Ciapan yang dimuat naik individu tersebut turut mendapat perhatian anak tiri penyanyi itu, Asyraf Khalid yang membidas kata-kata kurang enak berkenaan.
Menerusi ciapan yang dibuat, Asyraf mempersoalkan netizen yang menggelarkan Siti begitu sedangkan ibu tirinya itu sudah beberapa kali mengadakan konsert dalam masa setahun.
“Macam mana boleh kata TokTi tiada job? Tahun ini saja dah berapa banyak konsert dianjurkan? Rasanya macam TokTi tak sempat nak rehat pun tapi orang boleh kata tak ada job,”
“Simplysiti adalah perniagaan dan perniagaan memerlukan marketing dan promosi. Sibuk macam mana pun, Simplysiti tetap di hati,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon jelita, Emma Maembong yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua baru-baru ini, akhirnya tampil membuka mulut selepas kerap menerima teguran dari warganet berkenaan pantang larang selepas bersalin.
Menurut Emma menerusi sebuah hantaran di Instagram, pada awalnya dia tidak mahu mengambil pusing tentang perkara berkenaan, namun ia semakin berlarutan sehingga dirinya menerima komen yang kurang menyenangkan.
“Saya tidak faham kenapa isu saya berpantang ini beriya sangat. Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okaylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.
“Tetapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam dia duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang ke tidak. Alhamdulillah, saya sihat tiada pun tular yang kata saya menangis ke tumpah darah ke semua itu palsu. Saya berpantang, jangan risau.
“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya sudah buat semua benda bertungku, tangas, urut, sauna, pakai bengkung dan sebagainya,” kongsinya dalam video tersebut.
Mengulas lanjut, pelakon drama hit Nusyuz Berkiblat Cinta itu menyifatkan setiap wanita melalui proses berpantang yang berbeza-beza iaitu bergantung kepada kondisi para ibu ketika melahirkan anak.
“Alhamdulillah daripada anak pertama sampai anak kedua saya bersalin secara normal tapi tidak ada koyak dan tidak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit dia sebenarnya ikut atas badan masing-masing. Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif.
“Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga. Semua manusia lain-lain, tidak ada yang sama. Cuma saya tidak adalah berlari dan sertai marathon. Takkanlah sebab orang lain tidak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak perlu beriya-iya samakan cara orang berpantang.
“Macam banyak sangat yang komen dan bandingkan cara mereka berpantang sebelum ini. Macam saya, saya bersalin memang tak sakit luaran tapi dalaman saya tetap jaga dan makan makanan sihat,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Chacha Maembong itu sempat menitipkan doa agar segala urusan setiap wanita di luar sana yang sedang proses berpantang dipermudahkan selain berpesan buat warganet agar tidak berlebih-lebihan dalam memberikan teguran dan nasihat kepada orang lain.
“Doakan yang terbaik untuk satu sama lain. Jangan risau saya masih jaga pantang. Nasihat tu boleh, nak tegur itu boleh tidak salah. Tapi kalau sampai sumpah-sumpah itu, itu yang salah. Jadi saya nak beritahu tidak perlu gaduh pun tentang saya berpantang.
“Banyak lagi isu yang pentang yang korang boleh ambil tahu kat luar sana. Saya tahu dengan video saya ni bukan semua orang setuju. Saya hanya nak beritahu yang saya sihat sahaja dan yang lain itu semua fitnah.
“Kena hormat satu sama lain, masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri. Saya pun doakan yang terbaik untuk semua wanita yang sedang berpantang di luar sana. Badan masing-masing,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada tanggal 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas sekian lama dikenali sebagai pelakon dan model, Ramona Zamzam kini mula mengorak langkah ke dunia keusahawanan apabila menceburi bidang bisnes produk kecantikan khusus...