Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 3.
Pelakon filem seram Lembayunh itu juga mengungkapkan keterujaannya dalam menjayakan projek hebat tersebut.
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil.
“Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya,” katanya kepada Remaja.
Namun begitu, Anna turut memaklumkan dia masih belum mendapat maklumat lanjut tentang tarikh penggambaran karya tersebut.
Ads
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil. Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya.
“Tetapi saya sendiri tidak tahu bila filem ini akan jalani penggambaran. Saya nak ulas lebih-lebih pun tak boleh. Kita nantikan saja,” tambahnya ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Awards 2024.
Ads
Sebelum ini, bekas peserta Dewi Remaja itu juga pernah membintangi filem seram terbitan Indonesia, Lembayung, di mana dia memegang watak sebagai hantu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat pelakon lelaki popular Korea, Song Kang, korang bakal berpeluang untuk bertemu dengan aktor ini dalam sesi bertemu peminat secara virtual pada 4 Mac depan.
Dihoskan oleh Netflix, sesi meet and greet ini bakal berlangsung selama 1 jam di saluran YouTube kandungan Korea Netflix The Swoon dan akan distrim dalam bahasa Inggeris. Sari kata turut disediakan dalam bahasa cina tradisional, Indonesia, Jepun, Thai, Portugis (Brazil), Sepanyol (Amerika Latin) dan Vietnam selepas acara berlangsung.
Sumber: Netflix
Sesi ini dapat memberikan pengalaman luar biasa buat para peminat untuk berinteraksi bersama bintang kesayangan mereka. Peminat akan melihat sekilas kehidupan pelakon itu melalui sesi soal jawab, kuiz dan banyak lagi aktiviti interaksi menarik yang dijanjikan. Tiada tiket diperlukan untuk menyertai sesi ini, jadi semua peminat dialu-alukan untuk menyertai acara tersebut.
Sumber: Netflix
Peminat juga berpeluang menghantar soalan dan video 30 saat untuk bertanyakan soalan atau memberikan ucapan buat Song Kang menerusi Google Form.
So guys, jangan lupa 4 Mac depan pada pukul 7 malam untuk beramah mesra dengan pelakon Love Alarm, Sweet Home, Navillera, Nevertheless and Forecasting Love And Weather ini ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
**
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin korang terkejutkan kalau sebut orang gaji rendah pun boleh beli rumah sebiji. Yalah, harga rumah masa kini sudah boleh beli kereta Mustang sebiji.
Kalau disaat ramai yang mengatakan usia muda belum layak beli rumah, tak berkemampuan sebab rumah mahal tapi untuk pengetahuan korang khususnya anak muda, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka.
Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.
Jadi memang tak ada alasan untuk tak beli ya kerana hanya gaji bawah RM2300 sahaja yang layak untuk rumah pertama.
Baca perkongsian dari pengurus dan perancangan kewangan Amir Syahir yang dikongsikan dalam fbnya.
Di bawah Dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Banyak rumah flat tiga bilik dibina bagi kemudahan keluarga pada masa depan. Kalau dapat begini pun dah baguskan.
Kriteria dan ciri-ciri Dana BNM bagi Rumah Mampu Milik ialah:
a) Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300.
b) Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000.
c) Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun; dan
d) Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.
Korang boleh walk in ke institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut ye.
Anak muda, ayuh rebut peluang ini untuk beli rumah pertama korang dari BNM. Dana RM1 bilion ini ada dalam tempoh dua tahun saja dan sehingga habis
***
Best woo dapat rate 3.5% tu. Tempoh pembiayaan boleh 40 tahun pulak tu. Ansuran bulanan murah. Kerajaan dah tolong kau, kau pulak kena tolong diri sendiri. Kena jaga penyata gaji elok-elok supaya mudah lulus pembiayaan perumahan.
Nak beli rumah kena ada kewangan yang kukuh kerana komitmen ansuran bulanan sehingga 30-35 tahun. Jadi, kau kena buktikan kepada pihak bank kau mampu untuk bayar ansuran bulanan setiap bulan.
***
Jangan buat perkara di bawah jika kau ingin beli rumah pertama. Jom baca!
1) Jangan bazirkan duit pada perkara yang tidak penting. Kumpul duit untuk beli rumah. Kalau subsale, kau kena ada sekurang-kurangnya 10% – 15% dari harga rumah.
2) Jangan beli kereta lebih 20% daripada pendapatan. Ansuran bulanan kereta yang tinggi akan merugikan kelayakan pembiayaan perumahan kau. DSR barai nanti.
3) Jangan buat pembiayaan peribadi. Kau akan dilabel individu berisiko nanti.
4) Jangan biarkan laporan CCRIS rosak. Jaga CCRIS sebaik-baiknya. Kau ada hutang bayarlah tepat pada masanya dengan jumlah yang cukup. Ramai tak lepas beli rumah sebab ada CCRIS PTPTN.
5) Jangan buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. ASBF masuk dalam CCRIS juga. Masuk perkiraan DSR. Lepas dapat dividen baru boleh dikira sebagai pendapatan.
6) Jangan tak ambil tahu mengenai NDI. Net Disposable Income (NDI) ni kos sara hidup kau untuk makan minum dan meneruskan kehidupan. Ada bank akan tolak RM500 sebagai NDI. Jadi simpanan yang padu amatlah penting.
7) Jangan tak sediakan dokumen penting dan dokumen sokongan yang lengkap. Dah cukup deposit rumah, terus sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan.
8) Jangan mohon pembiayaan perumahan lebih daripada kelayakan. Semak dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau sebelum membeli rumah. Rugi masa dan tenaga kau je nanti.
9) Jangan bayar deposit rumah kepada akaun peribadi ejen hartanah. Bayar kepada akaun agensi mereka. Tanya dulu sama ada deposit rumah akan dipulangkan balik atau tidak jika pembiayaan perumahan kau ditolak oleh pihak bank.
10) Jangan guna kad kredit sehingga limit. DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan 5% baki terkini penggunaan kad kredit. Seelok-eloknya bayar dulu tunggakan hutang kad kredit baru mohon pembiayaan perumahan.
Yang penting kau jangan memilih nak rumah harga RM400K la, nak atas tanah saja la, nak rumah yang baru la, yang ada kolam renang bagai.
Baiki kewangan kau terlebih dahulu sebelum membeli hartanah. Bank nak berurusan dengan orang yang betul-betul berkemampuan sahaja.
Peminat seluruh dunia menzahirkan keterujaan apabila salah seorang ahli kumpulan popular Korea Selatan, Jennie Blackpink akhirnya mewujudkan akaun TikTok.
Hal itu dapat dilihat pada komen yang ditinggalkan peminat di ruangan balas pada video yang dimuat naik penyanyi lagu SOLO itu di platform popular tersebut.
Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka seakan tidak percaya bahawa penyanyi itu akhirnya muncul di TikTok.
“Omg, Jennie first rose then Lisa now jenni when jiso,” komen seorang peminat.
“Is this Jennie Kim? For Real?” tulis juga peminat yang lain.
“Hello Jennie!” komen pempengaruh terkenal Azfar Heri.
Remaja sempat menjengah akaun berkenaan, Jennie memuat naik video pertamanya pada 19 Jun lalu dan meraih 9.2 juta tanda suka dan 39.5 juta tontonan.
Sementara itu, video kedua yang dikongsikan penyanyi berkenaan adalah pada 20 Jun dan berjaya meraih 1.3 juta tanda suka serta 4.5 juta tontonan.
Setakat ini, akaun yang menggunakan nama @jennierubyjane itu telah memiliki seramai 5.7 juta pengikut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.