Mengamalkan pemakanan dengan mengira kalori yang diambil sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda sedang diet dan berusaha untuk menurunkan berat badan.
Perkongsian Iera berserta dengan gambar ini memang tidak lebih 300 kalori dan sesuai untuk anda ambil waktu sarapan atau makan tengah hari ketika diet.
Pastikan anda check bmi berapa kalori yang anda kena ambil dalam satu hari. Contoh, ada orang kena ambil 1800 kalori dalam sehari, tapi untuk manusia normal dalam 1900 kalori.
Jumlah Kalori Yang Diperlukan Oleh Badan
Umumnya, jumlah kalori yang diperlukan ialah berdasarkan jantina:
Lelaki : 2000 – 2500 kcal sehari Perempuan : 1600 – 2000 kcal sehari
Kalori bukan sahaja datang dari karbohidrat, malah datang dari pengambilan protein dan lemak.
Menu ini memang sesuai untuk dimakan pada waktu pagi, sebab ada mengandungi protein iaitu telur goreng separuh masak. Ini akan memberi tenaga pada anda
sepanjang hari, roti pula karbohidrat. Jadi jumlah untuk dishes ini adalah 292 calories.
Ads
2. Roti tooast , avocado , daun bawang
Yang ni juga sesuai untuk anda makan pada waktu sarapan atau malam. Kalau lapar tapi takut nak ambil makanan yang berat boleh buat menu ini dengan jumlah kalori untuk menu ini adalah, 266 calories
3. Roti , jam kacang, pisang
Menu ini anda boleh ambil pada waktu pagi, petang atau malam. Sebab senang nak buat and sedap! Anda hanya perlu apply jam kacang 0% sugar dan kemudian roti itu siap bakar, lepas itu letakkan pisang dan taburkan sedikit serbuk coklat.
Ads
4. Chicken vegetable spring roll
Yang ini pula sesuai untuk anda jadikan makanan tengah hari sebab dalam spring roll itu ada bihun, ada sayur sayuran dan isi ayam. Jadi lengkap dan boleh buat anda rasa kenyang.
Okay cukup, ini antara menu yang anda boleh makan waktu nak diet. Selamat mencuba !
Nama Labuan sekali lagi menjadi sebutan apabila dua orang pelajar dari pulau ini mencipta sejarah selepas berjaya meraih gelaran Top in the World dalam subjek Matematik bagi peperiksaan IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) siri November 2024.
Memetik laporan Bernama, pelajar yang dimaksudkan ialah Sharaneshri Saravanan dan Nicole Chia Xin Dong, dua pelajar cemerlang dari Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) yang masing-masing memperoleh markah penuh 100 peratus dalam peperiksaan berprestij tersebut.
Dalam pada itu, anugerah tersebut disampaikan kepada mereka dalam satu majlis rasmi di Universiti Sunway, Selangor, oleh Kanjna Paranthaman, Pengarah Rantau Negara bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Cambridge University Press & Assessment yang berlangsung baru-baru ini.
Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah mereka, tetapi juga membuktikan bahawa pelajar dari Labuan mampu bersaing di peringkat global. Malah, pencapaian ini turut mengangkat profil pendidikan di Labuan yang kurang mendapat perhatian berbanding kawasan lain.
Sementara itu, Pengetua LIS, Fadlin Aimuni, turut berkongsi rasa bangga beliau terhadap pencapaian kedua-dua pelajarnya.
“Kedua-dua pelajar ialah suri teladan, cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam sukan, muzik dan debat serta aktif mewakili LIS dalam pelbagai pertandingan”
“Pencapaian mereka mencerminkan pendekatan holistik LIS terhadap pendidikan yang memupuk kecemerlangan meliputi minda, fizikal dan sikap,” katanya.
Untuk pengetahuan, Sharaneshri dan Nicole bukan hanya pelajar pintar dalam kelas, tetapi juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Mereka juga membuktikan bahawa kejayaan akademik tidak semestinya bermaksud perlu mengorbankan minat atau hobi lain.
Sumber foto dan artikel: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap wanita pasti memiliki bra ‘favorite’ yang telah dipakai selama bertahun-tahun. Tahukah kamu bahawa bra yang sudah melebihi satu tahun biasanya menyimpan bakteria dan kotoran. Selain itu juga, daya elastik pada bra tersebut sudah berkurang sehingga tidak mampu lagi untuk menyokong payudara kamu dengan baik.
Foto Via Pexels
Pakar juga mengesyorkan setiap wanita untuk tukar bra bagi setiap 180 kali pemakaian atau selepas 6 bulan. Tapi ada kesan buruk ke jika menggunakan bra dalam waktu yang lama?
Macam-macam boleh jadi pada badan, bukan sahaja luaran malah dalaman pun boleh terkesan disebabkan oleh pemakaian bra yang tidak sesuai.
1 .Kerap sakit kepala
Ramai yang tak tahu, bra yang salah pun boleh menyebabkan sakit kepala. Ini kerana otot-otot badan dalam bra terpaksa bekerja lebih keras untuk kekalkan bentuk badan yang baik. Bila berada dalam tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala.
2. Alami refluks asid
Pakai bra yang ketat atau salah pun boleh menyebabkan beberapa gejala refluks asid seperti pedih ulu hati, sakit dada dan gastrik. Lagilah kalau pakai bra yang ketat, tekanan di bahagian perut boleh menyebabkan asid dalam perut ditolak ke bahagian esofagus bawah sehingga menyebabkan refluks asid terjadi.
3. Masalah pada kulit badan
Bila pakai bra yang tak sesuai atau ketat, bra akan bergesel pada kulit sehingga badan mengeluarkan peluh berlebihan, kerengsaan dan keradangan. Malah ketika ini bakteria yang berada di permukaan kulit juga akan mudah masuk dalam folikel rambut sehingga terjadinya ruam dan gatal-gatal di badan.
4. Sakit pada bahagian badan atas
Bukan sahaja bra yang ketat boleh beri kesan pada badan, bra yang longgar pun sama. Jika pakai bra longgar, kamu akan alami sakit pada bahagian baju dan belakang kerana ia tidak dapat menyokong payudara. Malah bila ketatkan bahagian tali, ia akan beri kesan pada bahagian bahu seperti sakit, kerengsaan dan lenguh.
5. Payudara sendat dan asyik terkeluar
Apabila payudara mula membesar dan berubah saiz, cup bra yang sedia ada akan menjadi kecil dan tidak sesuai. Bila pakai cup yang tak sesuai ia akan menyakitkan dan merimaskan payudara, lagi-lagi bila ada besi di bawahnya.
Jadi, dah boleh la check dalam almari pakaian dalam korang tu. Semoga bermanfaat!
Penerima Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pelajar kelainan upaya (PKU), Nurul Asyiqin Shafie, membuktikan bahawa kekurangan diri bukanlah penghalang untuk mencapai impian.
Meskipun menghadapi cabaran fizikal yang besar, graduan berusia 23 tahun itu tidak menjadikan keadaan itu sebagai halangan, sebaliknya terus berusaha keras dan menanam tekad untuk berjaya seperti pelajar lain.
Anak kelahiran Setiu, Terengganu itu, yang kini memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESOL (Kepujian), mengakui bahawa walaupun pihak universiti menyediakan kemudahan khusus untuk pelajar OKU, dia lebih memilih untuk mencabar dirinya sendiri dan tidak mahu diperlakukan berbeza daripada pelajar normal.
“Saya mengalami kemalangan ketika membonceng motosikal dengan sepupu. Akibat kemalangan itu, urat pada keempat-empat jari kaki kanan saya putus.
“Dan terpaksa dipotong sepanjang 15 sentimeter. Sejak itu saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak,” katanya.
Tambahnya lagi, semasa semester terakhir, dia sekali lagi terlibat dalam kemalangan kecil yang menyebabkan kaki kiri retak, terpaksa bergantung sepenuhnya pada kaki kanan untuk bergerak.
Walaupun doktor mengesyorkan cuti selama 58 hari bagi proses pemulihan, Nurul Asyiqin memilih untuk mengambil risiko dengan hanya bercuti selama empat hari.
“Saya tidak mahu menangguhkan pengajian saya, jika tidak, saya mungkin akan terlepas sesi konvokesyen ini,” ujarnya penuh semangat.
Sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESOL, Nurul Asyiqin telah berjaya mengatasi pelbagai rintangan sepanjang perjalanan pendidikannya.
Kini, dia juga mengajar tuisyen dalam talian secara sambilan, sambil mendalami ilmu dan berkongsi pengetahuan dengan pelajar lain. Kejayaan yang diraihnya ini tidak hanya didedikasikan untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk kedua orang tuanya.
Dia berkata, kejayaan ini adalah untuk bapanya, Shafie Awang, 61, seorang mekanik, dan ibunya, Maziah Hamid, 45, yang kini menghidap penyakit buah pinggang.
Selain Nurul Asyiqin, turut menerima anugerah pada upacara konvokesyen USM yang berlangsung selama lapan hari mulai esok hingga 26 November ini adalah tiga lagi graduan cemerlang yang turut berjuang untuk mencapai kejayaan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!