Nama Labuan sekali lagi menjadi sebutan apabila dua orang pelajar dari pulau ini mencipta sejarah selepas berjaya meraih gelaran Top in the World dalam subjek Matematik bagi peperiksaan IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) siri November 2024.

Memetik laporan Bernama, pelajar yang dimaksudkan ialah Sharaneshri Saravanan dan Nicole Chia Xin Dong, dua pelajar cemerlang dari Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) yang masing-masing memperoleh markah penuh 100 peratus dalam peperiksaan berprestij tersebut. 

Dalam pada itu, anugerah tersebut disampaikan kepada mereka dalam satu majlis rasmi di Universiti Sunway, Selangor, oleh Kanjna Paranthaman, Pengarah Rantau Negara bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Cambridge University Press & Assessment yang berlangsung baru-baru ini.

Dua Pelajar Labuan Cemerlang Matematik IGCSE, Raih Gelaran ‘Top in the World’

Ads

Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah mereka, tetapi juga membuktikan bahawa pelajar dari Labuan mampu bersaing di peringkat global. Malah, pencapaian ini turut mengangkat profil pendidikan di Labuan yang kurang mendapat perhatian berbanding kawasan lain.

Sementara itu, Pengetua LIS, Fadlin Aimuni, turut berkongsi rasa bangga beliau terhadap pencapaian kedua-dua pelajarnya.

Ads

“Kedua-dua pelajar ialah suri teladan, cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam sukan, muzik dan debat serta aktif mewakili LIS dalam pelbagai pertandingan”

Dua Pelajar Labuan Cemerlang Matematik IGCSE, Raih Gelaran ‘Top in the World’

“Pencapaian mereka mencerminkan pendekatan holistik LIS terhadap pendidikan yang memupuk kecemerlangan meliputi minda, fizikal dan sikap,” katanya.

Ads

Untuk pengetahuan, Sharaneshri dan Nicole bukan hanya pelajar pintar dalam kelas, tetapi juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Mereka juga membuktikan bahawa kejayaan akademik tidak semestinya bermaksud perlu mengorbankan minat atau hobi lain.

Sumber foto dan artikel: BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI