Memiliki ibu bapa yang buta huruf bukanlah halangan bagi Norimrana Mujahid Ali untuk mengejar kejayaan. Sebaliknya, ia menjadi pendorong utama baginya untuk berusaha gigih dalam merubah nasib keluarganya.
Norimrana, penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-16, berkongsi bahawa ibu bapanya tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah disebabkan pelbagai kekangan, termasuk kesusahan hidup yang mereka alami. Keadaan itu memberi kesan mendalam buat Norimrana yang mahu mengubah kehidupan keluarganya melalui pendidikan.
“Saya mahu buktikan walaupun ibu bapa tidak mendapat pendidikan di sekolah, anak-anak masih boleh berjaya dengan cemerlang,” ujar Norimrana, penuh semangat.
Sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Norimrana telah menanam tekad sejak awal untuk meraih anugerah tertinggi universiti sebagai hadiah kepada kedua ibu bapanya yang banyak berkorban demi masa depan anak-anak mereka.
Ads
“Saya juga mahu balas jasa mereka yang membesarkan saya serta empat adik-beradik dengan penuh kepayahan.
“Semasa kecil ibu bersendirian menjaga kami di Tumpat, Kelantan kerana bapa bekerja sebagai peniaga jalanan di Kuala Lumpur,” katanya, mengenang kembali cabaran yang dilalui keluarganya.
Ads
Kejayaan Norimrana ini tidak dicapai dengan mudah. Sepanjang empat tahun pengajian di UniSZA, graduan berusia 24 tahun ini terpaksa mengorbankan banyak perkara. Walaupun jarak antara Terengganu dan Tumpat tidak terlalu jauh, Norimrana jarang pulang ke kampung, apatah lagi pada cuti semester.
“Cuti semester pun saya akan ikut program UniSZA hingga ke Indonesia demi tekad mendapatkan anugerah ini. Walaupun letih dan terpaksa menanggung rindu terutama kepada ibu, saya tetap teruskan demi membanggakan orang tua,” tambahnya.
Ads
Sumber: Awani
Kini, sebagai seorang pekerja di sebuah firma perakaunan terkemuka, Norimrana membuktikan bahawa dengan usaha yang gigih, kejayaan pasti akan datang.
Tidak hanya sekadar meraih anugerah, dia juga berjaya membanggakan ibu bapanya yang telah banyak berkorban untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Virus Covid-19 sehingga kini masih belum menunjukkan tanda untuk ‘hilang’ dari muka bumi ini. Namun ada berita gembira buat kita terutamanya rakyat Malaysia apabila kita telah mendapat vaksin Covid19.
Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19, iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara.
Yakinkan Rakyat Vaksin Selamat Dan Berkesan
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.
Perdana Menteri berkata ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.
Walaupun kita sudah mendapat vaksin Covid19, Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan mengamalkan kebiasaan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.
Destinasi pelancongan di Thailand paling digemari golongan keluarga Malaysia tahun ini. Mana tidaknya, negara tersebut sememangnya ‘kaya’ dengan pelbagai juadah yang enak selain menawarkan lokasi pelancongan yang indah.
Kota metropolitan Asia yang menawarkan pelbagai jenis hiburan untuk semua peringkat umur merupakan destinasi idaman oleh keluarga Malaysia yang ingin bercuti di luar negara tahun ini, didahului oleh dua bandar raya di Thailand iaitu Hat Yai dan Bangkok, dan diikuti oleh Singapura, Tokyo dan Taipei.
Menurut data carian platform percutian digital Agoda, tujuh daripada sepuluh destinasi
antarabangsa yang mendapat carian tertinggi untuk percutian di tahun 2023 oleh golongan
berkeluarga adalah bandar-bandar besar.
Syurga pantai tropika turut menjadi idaman para pelancong, dengan Phuket (#6), Bali (#7) dan Krabi (#8) mendapat tempat di dalam senarai destinasi percutian keluarga yang mendapat carian tertinggi.
Sementara itu, destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia
adalah Kuala Lumpur (#1), Pulau Pinang (#2) dan Melaka (#3). Destinasi percutian lain dengan udara nyaman seperti Cameron Highlands (#5) dan Genting Highlands (#10) juga menarik perhatian pelancong keluarga Malaysia.
Menurut Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson, rakyat di negara ini lebih menghargai masa dengan meluangkan waktu bersama ahli keluarga dengan percutian dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di luar sana.
“Rakyat Malaysia menghargai masa yang diluangakan bersama-sama keluarga, dan dengan
bercuti, ia memberikan peluang untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga sambil
menikmati makanan, pemandangan dan aktiviti baharu,” katanya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jocelyn Yow, 25, telah dilantik sebagai Datuk Bandar bagi kawasan Eastvale di California pada 10 Disember lalu. Jocelyn yang merupakan warganegara Amerika Syarikat berketurunan Malaysia di sebalah bapanya dan Vietnam disebelah ibunya. Pelantikan ini juga menandakan dia merupakan wanita dan bukan individu berkulit putih termuda yang pernah diberi dilantik untuk menjawat jawatan tersebut.
Ibu kepada bayi berusia enam bulan ini ada bercerita di dalam satu hantaran di Instagram tentang susur galur keluarganya. Bapanya telah berhijarah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1980-an manakala ibunya pula meninggalkan Vietnam demi mencari kehidupan baru di negara Uncle Sam itu.
Kemudian pada tahun 1996 dia dan keluarganya pulang ke Malaysia apabila datuknya disahkan menghidap kanser. Tinggal di Malaysia selama lebih 10 tahun memberikan dia peluang untuk mendekati dan mempelajari sejarah tentang keluarganya, warisan dan juga budaya.
Katanya, “Walaupun kedua ibu bapa saya tiada apa-apa Ketika memulakan kerjaya masing-masing, mereka selalu menekankan kepentingan perkhidmatan awam dan sikap suka memberi. Saya sangat bangga menjadi anak kepada ibu bapa saya dan saya bangga mejadi seorang Malaysian Vietnamese Chinese American.”
Merupakan graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley. Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School.
Sumber & Gambar: Instagram Jocelyn Yow
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...